Hai korang! Especially mereka yang berada di sekitar Putrajaya, kalau ada masalah phone, laptop atau macbook sila datang terus ke cawangan MRFIX di Presint 8, Putrajaya. Paling best, mereka buat servis face-to-face tau! So korang boleh tengok sendiri mereka baiki gajet korang di depan mata. Tapi kalau tiada masa untuk menunggu, jangan risau sebab boleh tinggalkan sahaja gajet yang ingin dibaiki disini. InsyaAllah team MRFIX akan buat yang terbaik untuk "fix" kan kembali gajet korang hihi
Kebetulan Yaya nampak ada kawan yang tukar bateri iphone mereka disini dengan harga yang berpatutan, so Yaya pun ambil peluang untuk pergi ke MRFIX Putrajaya ni. Di sambut baik oleh team MRFIX, mereka turut memberikan pelbagai tips penjagaan smartphone kepada Yaya. Memang sangat membantu terutamanya kaum wanita yang kadang kala kurang mahir tentang penjagaan smartphone :p
"Huish teruk sangat bateri iphone ni, battery health tinggal 74% je! Memang kena tukar bateri ni"
Terkesima Yaya bila team MRFIX cakap macam tu. Patutlah cepat sangat bateri phone Yaya habis. Rupanya kadar upayaan bateri cuma 74% je. Iphone 11 Yaya ni pun Shawn yang hadiakan sempena birthday 3-4 tahun lepas. Time tu memang baru keluar lagi. Memang tak pernah tukar bateri ke apa :')
MRFIX pakar dalam servis dan perkhidmatan membaikpulih smartphone :
- LCD replacement
- Baterry replacement
- Charging port
- Software
- Speaker
- Antena
- Back/Front Camera
- Fingerprint
- Off/On Button
Face-to-face service
Sambil-sambil menunggu team MRFIX godek-godek smartphone kita, ada pelbagai tips penting yang turut dikongsikan tau. Mereka juga ada membuat perkongsian tips di media sosial MRFIX. Jangan lupa follow okay! ;)
Antara 5 tips Penjagaan Battery Phone yang patut diamalkan oleh semua :
- Jangan cas menggunakan power supply dalam kereta
- Elakkan guna powerbank dengan kerap
- Cas jika tahap battery rendah sahaja
- Elakkan bermain phone semasa mengecas
- Digalakkan menggunakan "air plane mode" ketika mengecas phone
Ada pelbagai pilihan aksesori penjagaan smartphone disini. Boleh sangat kalau nak tukar tempered glass baru dan lain-lain ^_^
Boleh beli and standby untuk bawa travel nanti hihi
Tiba-tiba terpandang sudut ni. Oh yes sebab MRFIX juga menawarkan servis membaiki laptop dan macbook! Wow lepas ni senang la kalau nak betulkan laptop yang dah slow tu hee
MRFIX pakar dalam servis dan perkhidmatan membaikpulih laptop/macbook :
- Format laptop
- Fan services
- Tukar screen
- Tukar battery
- Tukar keyboard
- Upgrade SSD/HDD
- Upgrade RAM
- Tukar thermal paste
Team MRFIX sedang memberikan penerangan kepada pelanggan dan menawarkan antara pilihan SDD yang selalu digunakan untuk menaiktaraf kecekapan komputer riba
Antara "tools" yang digunakan untuk membaiki dan membersihkan dalaman laptop. Nampak simple tapi kepakaran yang dimiliki oleh team MRFIX tak semua orang ada hihi
5 Tips Menjaga Laptop dari MRFIX :
- Sentiasa menjaga suhu laptop supaya tidak overheat ketika penggunaan
- Jangan kerap terlalu charge laptop
- Jauhkan minuman dari laptop supaya tiada kebarangkalian air tertumpah
- Mempunyai anti-virus
- Service laptop setiap 6 bulan
MRFIX juga menawarkan service untuk "backglass crack" . Menggunakan kaedah laser keatas original glass, smartphone korang akan kelihatan seperti smartphone baharu selepas menggunakan kaedah ini. Macam magic ye :p
Antara pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan dari MRFIX ^_^
Bagus ye MRFIX ni. Korang boleh membuat pembayaran dengan menggunakan pelbagai saluran yang ditawarkan. Macam ni lah mak lovee!! *I'm a cashless person hihi
Pelbagai perkhidmatan dan service yang ditawarkan
Bestnya tengok battery health 100%!
Jangan lupa datang ke MRFIX Putrajaya ye korang. Boleh bagitahu kawan-kawan dan keluarga kalau nak betulkan smartphone, laptop atau macbook! MRFIX sentiasa bersedia membantu ^_^
๐ ๐ฅ๐๐๐ซ ๐ฃ๐๐๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐๐ฎ (๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ฟ ๐ด) - ๐ฆ๐บ๐ฎ๐ฟ๐๐ฝ๐ต๐ผ๐ป๐ฒ ๐ฅ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ถ๐ฟ ๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฎ๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ
A-6A 1st Floor, Blok A,
Jalan Seluang P8/7,
Presint 8,62250 Putrajaya
๐๐๐ง๐๐ฆ๐๐ซ๐ค : ๐๐ญ๐๐ฌ ๐๐ฉ๐๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ญ ๐๐
Buka Setiap Hari : 10:00 pagi - 9:00 malam
Untuk maklumat lanjut :
Wassap : https://mrfixputrajaya.wasap.my/
Instagram : @mrfix_putrajaya
Terima kasih sudi baca
Bagusnya servis dia boleh dipercayai. Boleh la nak rekomen kat kawan kelak. TQ
ReplyDeletethis shop is perfect! i stay near the border of putrajaya and now i know exactly where to go to get my phone repaired at an affordable price!
ReplyDeletePergh, berapa harga tukar bateri ni Yaya? Nak tukar juga, capacity pun dah 80% nak pakai lama ni.
ReplyDeleteramai jugak yang review mrfix ni, nampak menarik jugak. bolehlah nnti singgah kalau ada apa2 problem phone :)
ReplyDeletemereka yg tinggal di putrajaya senang dah lepas ni kalau hantar baiki phone... mmg sangat transparent kalau baiki face to face kan
ReplyDeleteThanks for sharing this, it's not easy to find a reliable gadgets repair shop, gonna send in my ipad for a repair la. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteNo wonder bila dah lama battery cepat kong! Boleh replace rupanya with battery health dah drop kan... boleh go replace kat sini la next time..
ReplyDeletebagus lah ada kedai repair phone yang bagus ni kat Putrajaya, nanti boleh rekemen pada family yang stay area sana
ReplyDelete