Hai korang! Wow dua gambar pembuka kata ya sebab confuse nak letak yang mana sebab perasan cantik sangat wakaka cowie! Btw, seronok nak share dengan korang yang haritu Yaya berkesempatan untuk memenuhi jemputan ke Mommies Softlaunch X Madam Ell's Birthday yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya. Mula-mula tersalah masuk Hall gigih call mekonie sebab takut tersilap rupanya dekat Hall sebelah je haha love you Onie!
Untuk pengetahuan semua, ini adalah majlis pertama yang julung kalinya diadakan oleh Olathee Luslimlabeb. Majlis yang sederhana tapi sangat meriah dengan warna comel pink kegemaranku ini menjadi tema pada hari istimewa buat pengasas Olathee Luslimlabeb, Madam Ell yang turut diraikan dengan sambutan harijadi beliau yang ke 27 tahun. Bangganya dengan anak muda sekarang yang masih muda belia tapi sangat berdaya saing dan hebat merebut peluang untuk berjaya! ^_^
Cantik sangat dekorasi majlis ni
Antara tetamu yang hadir pada hari itu mengikut tema rona pink dan putih.
Comel kan biskut tu! Bentuk uncang teh hee
Punya suka tengok sampai sayang nak makan. Yaya tak ambil seketul pun haha suka tengok je :D
Ketika majlis softlaunch oleh founder Olathee Luslimlabeb
Sangat cantik, peramah dan merendah diri. Sukanya kat Madam Ell!
Paling sweet, husband Madam Ell turut menyanyikan lagu cinta untuk beliau ketika majlis sedang berlangsung hee
Happy Birthday Madam Ell! Semoga terus sukses dan dimurahkan rezeki :)
Ucapan sayang dari adik kesayangan Madam Ell yang juga merupakan perserta Hero Remaja.
Ditubuhkan pada awal tahun 2016 oleh sepasang suami isteri iaitu Syukri Harish dan juga Suhaili Salleh, Olathee bertujuan untuk menyediakan hanya bahan terbaik dan semula jadi sahaja untuk dijadikan minuman khusus bagi kecantikan dan kesihatan pengguna. Produk Olathee dicipta untuk individu yang mengambil berat tentang penampilan dan juga kesihatan luaran dan dalaman bagi mengembalikan keyakinan mereka.
Kebanyakan suplemen atau makanan tambahan untuk kecantikan dan kesihatan yang ada dipasaran sekarang mengandungi pelbagai bahan kimia dan ramuan buatan yang mungkin memberikan hasil yang cepat tetapi akan menjejaskan kesihatan pengguna dalam jangka masa yang panjang. Berlainan dengan konsep Olathee, ianya menggunakan ramuan semulajadi yang sesuai diambil oleh ibu yang sedang menyusukan bayi tetapi dalam masa yang sama ingin menguruskan badan. Wah menarik kan?
LUSLIMLABEB adalah produk ramuan berasaskan semulajadi yang khusus dibuat untuk pelangsingan badan. Teh herba ini diformulasikan dari 13 herba sebenar yang telah diuji oleh pengasas sendiri yang pernah hampir putus harapan untuk menurunkan berat badannya kerana dia telah mencuba pelbagai produk pelangsingan tetapi semuanya tidak berhasil. Lebih menakutkan, ada produk pelangsingan yang memberikan kesan sampingan yang berbahaya seperti penyakit jantung dan juga insomnia.
Terbukti berkesan walaupun hanya menggunakan ramuan semulajadi, LUSLIMLABEB telah membantu ramai orang yang telah mencubanya. Bukan sahaja pengasas, tetapi ramai pelanggan LUSLIMLABEB gembira kerana telah berjaya mencapai matlamat dan impian mereka untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berbelanja lebih dengan mencuba pelbagai produk lain terutama yang berasaskan bahan kimia yang tidak menjanjikan kesihatan jangka masa panjang pengguna.
Sebarang pertanyaan mengenai Olathee? Boleh KLIK SINI
Dah lama tak jumpa mek sorang ni. Makin cantik dia hee. Love you Mekonie!
Paling excited dapat jumpa adik cantik yang dari dulu selalu humble dan down to earth. Terharu okay Ainan datang kat Yaya hihi Yaya segan nak tegur dia mula-mula walaupun dah nampak dia kat depan sebab Ainan duduk kat meja VIP time ni. Thank you Ainan for our friendship! Yaya kawan dengan dia dari Facebook sebelum dia jadi artis lagi. Memang support dia sungguh-sungguh masa dia masuk ke industri seni. Manis, baik, penuh sopan santun dari dulu sampai sekarang. Love you Ainan!
Kat luar pun bergambar lagi dengan Ainan hahaha selagi boleh. So korang jangan lupa dapatkan Olathee Luslimlabeb Herbal Tea dipasaran sekarang! Yaya tak sabar nak cuba. Ramai yang bagi feedback bagus. Yang penting, selamat dan berkesan mengikut kesesuaian individu sesuai dengan tagline mereka, "Real People, Real Result".
Untuk maklumat lanjut :
Website : https://luslimlabeb.com/
Facebook : olathee.luslimlabeb
Instagram : @luslimlabeb.olathee
Terima kasih sudi baca
Baru pertama kali dengar jenama ini. Cantik hiasan majlisnya. Ingat produk apa rupanya suplemen utk kurus.
ReplyDeleteSweet sangat nampak event ni. Pink pink putih. Tapi ni first time dengan brand olathee ni. Nanti yaya review tau
ReplyDeleteWarna pink di mana-mana... hahahhaa apa-apa pun, happy birthday Madam Ell ;)
ReplyDeleteWow!!!!!!! Meriah dan lovely sgt event nie. Suka tengok warna tema sweet pink tu. Memang cantik and cocok. Have a good day.
ReplyDeleteNama produk Lu-SLim-La-Beb betul tak kita sebut ni wakakkaak menarik juga hehehe usahawan sekarang macam-macam moga terus berjaya dan menjadi antara produk berdaya saing tahun makin mencabar ini.
ReplyDelete
ReplyDeleteMeriahnya sambutan hari lahir Madam Ell. Serba pink gitu. First time dwngar jenama tea yang dilancarkan ni. Erm boleh cuba produk yang dikeluarkan Madam Ell ni nanti.
Meriah tengok event colour pink ni. Mesti semua gegirl je yang ada kan.
ReplyDeleteFirst time dengar nama Olathee Luslimlabeb. Nak terbelit jugak lidah membacanya hehe. Terima kasih atas perkongsian ya :)
ReplyDeleteLawanya decoration..sweet gituuu
ReplyDelete1st dengar brand ni..unik betul namanya.
wah tema dia cantik betul. happy bday Madam Ell
ReplyDeleteSuka nya tengok all the photo. Sbb color tema dia soft & sweet sangat.
ReplyDeletePertama kali dengar jenama ni, hiasan pun cantik, boleh ambil jadikan sumber inspirasi ni.
ReplyDeleteWah. Bagusnya ada product mcm ni...
ReplyDeleteNak try utk ibu yang tak menyusu tu lah..
Dlu akak masa menyusu mmg cepat lapaq.. Asyik makan ja sampai tembun
That brand name is so catchy! Lu Slim La Beb...took me like a good minute to figure out what it actually was. Hahahha Hope all of those who are wishing to loose some weight with this product will see positive results. and Btw, memang cantik pun thank you for using both pics!
ReplyDeleteEii suka tengok theme dia comel sangat warna pink lembut macam ni favourite kita.
ReplyDelete