Jan 22, 2020

Jom Nikmati Fortune Burger Sempena Tahun Baru Cina Ini di Marrybrown



Hai korang! Dah plan ke nak kemana Cuti Tahun Baru Cina nanti? Seronoknya bila tinggal kat Malaysia ni bila kita dapat meraikan semua perayaan antara kaum. Dalam masa yang sama dapat juga menikmati pelbagai tawaran dan menu menarik sempena perayaan yang begitu istimewa buat rakyat Malaysia.


Antara yang menarik untuk perayaan kali ini adalah hidangan Fortune Burger dari Marrybrown yang sedang berlangsung di semua cawangan Marrybrown seluruh Malaysia. Kongsi Fortune ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara ahli keluarga dan juga rakan tersayang. Dengan rempah dan ramuan istimewa, pastinya memberi kenangan manis apabila set hidangan Fortune Burger dimakan bersama-sama ;)


Fortune Meal

Terdapat 2 pilihan Fortune Meal iaitu :


Fortune Meal - Black Pepper Burger

Sarat dengan limpahan sos black pepper istimewa dan juga kepingan cendawan, buat penggemar berasaskan black pepper, korang pasti akan menyukainya. Bagi Yaya ianya terasa hangat apabila dimakan fuhh memang kaw la rasa dia. Dagingnya sangat empuk, tebal dan juicy. Untuk mereka yang suka pedas, bolehlah try ;)


Fortune Meal - Cheese Burger

Ramai juga yang memuji Fortune Burger Cheese ni. Yaya tak sempat nak rasa lagi tapi dalam minggu ni Yaya nak cuba yang ni pula! Hee sesuai untuk pencinta cheese! Untuk kanak-kanak pun sesuai sebab tak pedas hihi *update* Yaya dah try Cheese Burger ni memang sedap! Daging ayam tanpa tulang yang sangat empuk walaupun di goreng garing hee wajib try juga ni sementara stok masih ada ;)



Set Fortune Burger ini cuma berharga RM14.60 sahaja dan dihidangkan bersama Golden Fortune Fries (R) dan juga Minute Maid Orange Refresh (R).


Kebetulan time ni Yaya bawa orang tersayang makan di Marrybrown. Suka sangat makan di Marrybrown sebab ada pelbagai menu dan hidangan menarik yang ditawarkan disini. Memang sesuai untuk pelbagai peringkat usia!


Nyum nyum Jangan lupa try Fortune Burger di Marrybrown tau!


I love Marrybrown! Jangan lupa untuk bawa orang tersayang ke cawangan Marrybrown yang berdekatan. Mesti mereka happy ^_^


Untuk Maklumat Lanjut :


Facebook : Marrybrown Malaysia

Instagram : @marrybrownmy



#MBFortuneBurger 
#KongsiFortune 
#SomethingDifferent 
#Marrybrown




Terima kasih sudi baca

11 comments:

  1. Eh yang ini belum cuba lagi, nak kena cuba gak ni...nampak sedap dan juicy!

    ReplyDelete
  2. Wah..sedapnye..nad nk try yg fortune meal cheese la...nasib marrybrown dekat tempat nad nie dekat..

    ReplyDelete
  3. wow..sedap tu nmpak. baru mkn burger Mcd aritu..lain kali boleh g marrybrown plak la cuba burger die

    ReplyDelete
  4. Dari dulu Marrybrown ni favourite saya. Root beer dan burger mereka memang sedap.
    Fortune burger ni pulak nampak ganas. Kena cube ni!

    ReplyDelete
  5. Lama betul tak makan MB. Dulu suka porridge and nasi lemak. Tapi susah nak dapat outlet Mb ni.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih berkongsi menu yang baharu di Marry Brown ini. Kekadang Naim terlepas pandang jika ada satu-satu menu yang baharu mereka sediakan. hehe.. Next time , boleh pi cuba. :)

    ReplyDelete
  7. Lama tak amakn marrybrown.. Bila dia keluarkan burger cheese ni rasa nak pergi.. Tengok cheese dia meleleh je.. Boleh try dua2 ni.. Sempena cny je erk

    ReplyDelete
  8. wow. tebal jugak burger nyer, yaya.
    akak baru merasa prosperity burger last week.
    adakah minggu ni wajib rasa fortune burger ni? hu hu hu hu hu
    menarik nampak nyer limpahan daging bersos lada hitam nyer tu!

    ReplyDelete
  9. Marrybrown sekarang dah mula menyerlah berbanding dulu-dulu...Jika dulu marrybrown bukan pilihan utama makanan segera, kini dengan menu-menu yang setanding makan segera lain beri kepuasan pada pelanggan...dh lama juga x makan disana...dh tiba masa utk kami sekeluarga menjengah restoren keluarga ini..

    ReplyDelete
  10. Kite dah rasa dua-dua dan dua2 sedap tau.. Tapi bagi yang tak makan pedas better order yang cheese sebab yang black pepper tu memang pedas. eh, tertumpang review plak kat sini.. xpe kan share info. ^_^

    ReplyDelete
  11. Memang sedap wakkk..kte suka yg cheese

    ReplyDelete