Dec 24, 2019

Raikan Hari Jadi Anak Tersayang Dengan Tema Doraemon di Marrybrown



Siapa suka tengok kartun Doraemon? Teringat zaman budak-budak dulu pukul 7 malam je dah standby nak tengok Doraemon dekat saluran ntv7 hihi. Bukan setakat tu, Yaya siap beli komik Doraemon yang paling latest sebab nak jadi orang terawal yang baca sebelum kawan-kawan lain haha! Baca pun hati-hati je slow-slow je buka setiap helaian sebab lepas tu Yaya jual balik dengan harga murah 20sen dari harga pasaran. Haa pandai tak Yaya? :p


Sehingga kini, Doraemon tetap mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Marrybrown juga telah mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Doraemon dalam memberi tarikan baharu untuk menarik minat pelanggan dengan menambah pakej sambutan hari jadi, bermula Disember 2019. Kalau nak tahu sejarah Doraemon, Doraemon rnerupakan sebuah siri manga keluaran Jepun yang sangat popular dari Fujiko F Fujio yang diperkenalkan pada tahun 1969, berkisahkan pengembaraan Doraemon, robot jenis kucing dari masa depan. Dengan kerjasama antara Marrybrown dan Doraemon, Marrybrown akan memberikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyambut ulang tahun yang penuh bermakna. 




Bersama rakan pengacara majlis yang bertugas, Nisa Kay yang the bomb!


Meriah sungguh acara pembuka! Semua krew Marrybrown sangat sporting mempersembahkan nyanyian dan tarian untuk tetamu yang hadir.


Ucapan pembuka dari Mr Michael Liew yang merupakan Business Director Marrybrown


Ketika majlis pelancaran pakej sambutan hari jadi bertemakan Doraemon



Comel sangat maskot Doraemon ni!


Majlis turut diserikan dengan kehadiran lebih 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang untuk meraikan hari yang penuh keseronokan bersama Doraemon.



Semua kanak-kanak yang hadir mendapat kelengkapan seperti alat tulis dan beg sebagai persediaan ke sekolah pada tahun hadapan selain mainan dan layanan istimewa ketika majlis pelancaran ini.



Terpancar kegembiraan di wajah kanak-kanak ini dengan layanan dari Uncle Balloon 


Bersama orang kuat dan tulang belakang Marrybrown.

Korang berminat nak adakan parti harijadi anak dengan tema Doraemon? Jom tengok pakej berbaloi dari Marrybrown ni! 



Bagi Yaya memang sangat murah dan berbaloi! Mesti anak kita teruja dan seronok meraikan hari jadi bersama kawan-kawan dengan tema Doraemon ^_^


Antara aksesori harijadi yang termasuk di dalam pakej. Comel sangat gerammm!!





Yaya pun sempat mencuba set ayam Marrybrown ni. Ya Allah sedapnya makan panas-panas kat sini! 


Buat peminat Marrybrown, jangan lupa ambil peluang join contest yang diadakan. hadiah memang lumayan kaw kaw!


Can I have my own birthday party with Doraemon's theme? :D


Bersama rakan blogger yang hadir. Semua seronok jadi kanak-kanak semula :p


Dari serendah RM13/pax, kini semua kanak-kanak boleh mempunyai hari jadi bertemakan Doraemon dan lepas tu seminggu depa tidur tersenyum-senyum sebab teringat kenangan dapat peluk dan bergambar dengan maskot Doraemon time hari jadi depa. Mommies semua jom buat kelainan untuk parti hari jadi anak akan datang! ^_^


Untuk Maklumat Lanjut :



Instagram : @marrybrownmy



#Marrybrown
#SomethingDifferent
#MBxDoraemon
#DoraemonBirthdayPackage

Terima kasih sudi baca

1 comment: