Apr 30, 2019

Promosi Ramadhan 2019 | Lebih 40 Menu Istimewa di Me'nate Steak Hub



Setiap tahun paling tak sabar menunggu kehadiran bulan Ramadhan. Kurang seminggu lagi Ramadhan akan tiba. Korang dah ready ke belum tu? Puasa dah habis ganti? Yaya dah settle semua Alhamdulillah (maklumlah bersalin 1 Ramadhan memang mencabar sikit nak cukupkan puasa sebulan ^^'). 


Terngiang-ngiang kesedapan kesemua menu istimewa di Me'nate Steak Hub tempoh hari. Menariknya pada tahun ini, Me'nate Steak Hub menyediakan lebih 40 hidangan buffet yang merangkumi makanan barat dan juga hidangan mengikut citarasa rakyat Malaysia.


Yaya ni memang sukaaaaa sangat menu western food! Siapa geng dengan Yaya? Ya Allah heaven sangat okay menu western disini! Semua memang tiptop dengan kualiti makanan yang premium dan bertaraf hotel :') . Bagi tahun ini, Me'nate Steak Hub memilih Elly Mazlien a.k.a Kak Lina Pom Pom dan juga Syuk Raja Lawak sebagai Ikon Me'nate 2019. Memang meriah dengan gelagat mereka yang tak kering gusi semasa majlis preview promosi ramadhan buffet kali ni ;)


Kak lina dan Syuk bersama wakil Chef dari Me'nate membuat demo masakan.


Yaya bersama menu Ramadan Family Platter yang boleh dimakan untuk 5-6 orang. Ianya menggunakan daging premium sahaja tau :)


Jom kita tengok hidangan Ramadan Buffet Special bagi menu Western dan juga Malay Cuisine.



Tak sah la Ramadan buffet kalau takde kambing golek kan? Wuu sedap gila gravy dia! I love!



Ayam bakar


Ribs ni sumpah sedap gilaaaaaaa~!


Baked potato dan brokoli


Laksa Penang


Makanan panas yang terdiri dari mee goreng dan juga kuetiow goreng


Mee kari


Potato salad



Rojak buah



Pelbagai jenis pizza


Bagi mereka yang perut tu pedih kalau tak makan nasi jangan risau sebab terdapat menu nasi tomato yang sangat sedap tau!


Ayam masak merah


Gulai Kambing


Acar timun dan papadom


Kuih muih tempatan yang pelbagai juga turut disajikan disini




Aneka buah-buahan



Sudut minuman




Wait wait... Ingat tu je ke? Ada lagi tau! :p


Chillean Black Mussel with Tomato Sauce


Lamb Shabu


BBQ Chicken Wing


Beef Meatball in Creamy Pepper Sauce


Fettuchini and Mushroom Carbonara


Deep Fried Chicken Drummet 


Spaghetti Beef Aglio and Olio


Spaghetti Arabiata


Penne Creamy Chicken Pesto

Memang tersangat NYUMSS sekali semua menu diatas kan? :p


Harga bagi set Family Platter ni terbahagi kepada dua ya. 

Premium Family Platter : RM450
 Super Premium Family Platter (Termasuk Daging Wagyu) - RM 650

Sangat berbaloi kerana ianya boleh dimakan dari 5 ke 6 orang bagi Family Platter ni dan bagi Set Super Premium tu ada daging wagyu tau! Pakej makanan barat yang premium ini menggunakan daging yang berkualiti tinggi sahaja. Memang seronok kalau dapat makan bersama yang tersayang ;) Bagi mereka yang mengambil pakej ni korang boleh mendapat akses percuma untuk buffet pemanis mulut yeayy hihi


Buffet Western & Local Cuisine

RM79.90 untuk dewasa 

RM39.90 untuk kanak-kanak

*Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan bayaran


Jom ajak orang tersayang berbuka puasa di Me'nate Steak Hub!

Promosi ini berlangsung di kesemua cawangan Me'nate Steak Hub diseluruh Malaysia bermula dari 6hb Mei sehingga 4hb Jun 2019  :)


Setapak
C-01-01 & C-01-03, Starparc Point, Jalan Taman Ibu Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Danau Kota, Kuala Lumpur, Malaysia

Ampang Jaya
16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang Selangor

Bangi
25, Jln Medan Pusat 2D
3B Curve Business Park
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Shah Alam
Lot F-36, Vista Alam
Jalan Ikthisas 14/1 off Persiaran Damai
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Johor Bahru
No. 113 & 115, Jalan Glasiar, 
Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi :
11am-11pm (Mon-Thu, Sat-Sun)
3pm-11pm (Fri)


Untuk maklumat lanjut dan tempahan :

Instagram : @menatesteakhub
Terima kasih sudi baca

13 comments:

  1. Serious teringin betul tengok rib Tu. Nak try la next week. Tak tau pulak they all Ada buat buffet camni. Harga pun not bad gak.Banyak pilihan.

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnya tengok daging dan makanan dia. Pernah cuba yang dekat Setapak tu, memang sedap bebrbaloi denagn harga. Nanti nak ajak suami mana tahu dia nak bawa. Dah lama mengidam nak makan steak ni.

    ReplyDelete
  3. Lia teringin sangat makan kat Menate Steak Hub ni. Tengok menu sedap & pernah viral kan dulu. Harga menu pun berbaloi dengan hidangan menu yang menarik.

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya yaya makan me'nate. oh ingatkan mahal la harga buffet tu rupanya mampu milik jugak eh. kalu nak berbuka ramai-ramai elok amik family platter tu boleh share satu keluarga. ewah kena datang berbuka kat sini la. insyallah

    ReplyDelete
  5. Kita kalau datang Me'nate ni memang target kita nak makan kambing mereka yang memang terbaik dan juga daging yang dimasak mesti adalah terbaik dan tak ada tempat lain dengan harga yang murah gilerrr ni ....

    ReplyDelete
  6. Nasib abik baca caption setiap gambar. Terpegun kejap tengok yaya pegang portion daging yang banyak. Terfikir juga habis ke makan seorang. Sekali baca caption untuk 5-6 orang maka . Ramai cakap makan kat Menate ni sedapkan .Teringin nak makan dekat sini. Walaupun ada yang cakap harga boleh tahan tapi berbaloilah dengan menu yang dihidangkan.

    ReplyDelete
  7. Me'nate memang sedap. Last year dah pernap pegi. Memang puashati dengan buffet yang dihidangkan dan harga pun berpatutan. Suasana pun selesa. InsyaAllah ada rezeki tahun ni nak pegi lagi

    ReplyDelete
  8. Hidangan di menate semua best2 dan menyelerakan. Paling suka daging syabu dia lembut gila. Ramai yang kata daging ribs antara yang terbaik. Terasa nak pergi berbuka puasa di sana jer

    ReplyDelete
  9. Eh ada kak lina pom pom laaa. Hehe. Emi dah lama sangat tak makan dekat menate ni. Tapi bulan puasa ni macam tak sempat je nak ke sini. Tunggu lepas raya la kot pi makan kat menate, hilangkan rasa mengidam tu.

    ReplyDelete
  10. This is so delicious time to gather my colleagues for a buka puasa session our office is really near the outlet in Shah Alam

    ReplyDelete
  11. wow... combination of local and international dishes.. wow!! i can suggest this place to my clients to have buka puasa together at there!!

    ReplyDelete
  12. Wah...semua makanan nampak sedap sangat. Saya baru tadi makan lunch tapi dah rasa lapar semula.

    ReplyDelete
  13. Puasa puasa lihat kambing guling bikin ngileeers

    ReplyDelete