Bestnya kalau dapat berbuka puasa dengan orang tersayang kan? Kalau korang tengah mencari tempat berbuka puasa yang menghidangkan pelbagai makanan dengan harga yang berbaloi, boleh sangat kalau nak consider berbuka di Bangi Golf Resort (BGR) ^_^
Berkonsepkan ‘Kebun Dalam Bandar’, Restoran BGR menanam sendiri sayur-sayuran khususnya ulam-ulaman bagi penyediaan masakan Melayu dan tradisional. Nasi Kerabu yang dimakan bersama ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef disini tidak harus dilepaskan, apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat,ulam raja, daun selom, kacang panjang, selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga Telang di gunakan untuk nasi Kerabu,
Menariknya bagi tahun ini, tarikan terbaharu daripada BGR adalah menyediakan ruang bermain untuk kanak-kanak sementara ahli keluarga yang lain boleh berbuka puasa dengan aman hihi seronoknya rasa nak join sekali :p
Jom kita lihat di sekitar suasana Buffet Ramadhan di sini.
Ruang makan di dalam dewan.
Ruang mengambil makanan
Durian yang ditanam sendiri oleh pihak BGR turut disediakan disini.
Ruang pemanis mulut yang menjadi pilihan pengunjung
Jom kita tengok menu hidangan yang disediakan di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort :)
Macam mana? Terliur tak? Yaya yang tengah menaip ni pun nak menjejes air liur hahaha! Mana taknya, tahun ini mereka menyajikan lebih 200 hidangan mewah dari dapur Melayu, Barat dan Timur.
Antara lain yang menarik disini ialah :
- Ruang solat yang luas dan selesa untuk tetamu
- Lebih 800 ruang parkir disediakan
- 1% dari keuntungan akan disumbangkan kepada Islamic Relief Malaysia untuk memperkasakan komunti dan memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
- Berkerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan lebihan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com juga akan mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib baik yang man tidak pernah dilakukan oleh mana-mana restoran sebelum ini.
Harga untuk tempahan dalam talian
Tempahan online - https://www.bgrrest.com/product/ramadhan-buffet-ms-rachel/
Harga :
Dewasa : RM59.00
Kanak-kanak : RM29.50
Website :
Alamat :
No1, Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor
Facebook :
Instagram :
#iftarBGR #ramadhanBGR #BGRbuffetramadhan #bukapuasa
Terima kasih sudi baca
No comments:
Post a Comment