Dalam
kehidupan dunia yang semakin mencabar jejaka sentiasa berikhtiar untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat
kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru
untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan
sekali gus!
Amalan rutin
kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri.
Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan
kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin.
Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka &
Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan
untuk muka dan badan tanpa iritasi.
Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang
penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang
mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka
yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula
akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada
pencemaran, kelembapan dan habuk.
Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan
badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,
buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia
(hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki
(si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian
khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan
pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan
bersih dan segar sepanjang hari.
DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active,
Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran
serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.
COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang
berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi
kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan
daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan
wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai
nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool
dan maskulin.
ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini
adalah gabungan nuansa Fougére dengan
Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk
memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin
yang luar biasa.
ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara.
Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan
modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan
dengan kesegaran Cardamom serta
disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.
HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap
lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik
kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.
Variasi Cool
dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali
ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta
memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi
penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar
lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan
segar.
Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan
minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak
berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu
kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan
kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan
menyegarkan.
Buih mandian DASHING 2
in 1 Muka & Badan
boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai
harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2
dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.