Hai semua! Pernah dengar laman web shopping yang menggunakan sistem On-The-Go? Yaya pun pertama kali dengar semasa pelancaran Shopplus pada 8 Ogos 2017 lepas. Menariknya, ruang runcit digital yang dikatakan akan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.
Sistem ini dibawa masuk dari Taiwan di mana pengguna boleh menjadi sebahagian daripada e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia tanpa melabur sejumlah besar masa dan wang. Ini juga adalah platform perniagaan di mana rakyat Malaysia boleh membeli, berkongsi dan memperoleh wang tunai melalui sistem perkongsian ekonomi.
Shopplus juga adalah inisiatif untuk rakyat Malaysia membeli-belah dengan sentuhan e-dagang yang mana pembeli boleh membeli-belah, berkongsi dan memperolehi wang tunai serta mata apabila membeli-belah daripada sistem tersebut. Bagi Yaya sendiri, konsep yang dibawa oleh Shopplus memang unik apabila kita sebagai pengguna boleh mendapat rebat apabila berbelanja si Shopplus bagi membeli barang keperluan kita. Kini semuanya di hujung jari, pilih yang mana berkenan, klik add to cart dan tunggu sahaja pesanan tiba di pintu rumah. Hihi
Apa yang menarik di Shopplus?
*Memiliki produk Taiwan dengan masa yang singkat
*Rebat bonus tertinggi
*Menjana pendapatan
*Peluang perniagaan dengan menjual produk anda di Shopplus
YB Datuk Chua Tee Yong yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Malaysia berkata, Malaysia kini bergerak pantas ke arah industri e-dagang dengan penyediaan Zon Perdagangan Bebas Digital dan beliau berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan untuk melihat bagaimana industri e-dagang akan memberi manfaat kepada mereka pada masa hadapan.
Ketika sesi press conference yang diadakan oleh orang kuat Shopplus, mereka sangat berbesar hati dapat mengembangkan sayap mereka di Malaysia yang mana sistem yang dibawa mendapat sambutan di Taiwan dan berharap ianya juga mendapat sambutan dan penerimaan baik di Malaysia. Mereka juga percaya bahawa ini adalah peluang yang baik untuk rakyat Malaysia yang celik teknologi untuk memulakan perjalanan usahawan mereka. Secara am, mereka hanya perlu berkongsi laman Shopplus dan Shopplus akan melakukan kerja backend seperti penyimpanan stok, pemasaran, pemgiklanan, penghantaran bungkusan dan perkhidmatan pelanggan.
Shopplus mempunyai enam kategori utama iaitu :
- Fesyen
- Barangan Digital & Eletronik
- Barangan Rumah & Hiasan
- Sukan & Riadah
- Bayi & Kanak-kanak
- Automotif
Yang pastinya, barangan yang dijual di Shopplus adalah ori dan berkualiti. Shopplus juga dalam fasa mengumpulkan lebih ramai penjual yang ingin memasarkan produk di laman web mereka. Wah lepas ni meletop kebabom la bila semua produk di bawah satu bumbung Shopplus! Kalau korang berminat, jangan lupa sign in di Shopplus okay!
Bestnya! Tak sabar nak tunggu lebih banyak item di laman web Shopplus. Tertarik pula Yaya dengan kesemua barangan yang dijual. Harga pun berbaloi dengan kualitinya yang original. Yaya pun dah daftar tau. Lagi best, bagi mereka yang mendaftar awal, secara automatik akan mendapat 100 point di dalam akaun. Tunggu apa lagi? Daftar la awal-awal. Hehe
< Daftar -> Shopplus >
Untuk maklumat lanjut :
Website : http://shopplus.com.my
Facebook : ShopPlus
Hotline : 03-61433212
Email : service@shopplus.com.my
Terima kasih sudi baca
makin byk dah platform online shopping skang...
ReplyDeleteMacam2 shop online skrg ni yeaa..xterkejorkan..
ReplyDeleteFirst time juga CCL dengar . Boleh terjah2 shopplus lepas ni
ReplyDeleteDah mcm2 portal jualan online skrg ni kan..kena pandai pilih mana yg terbaik
ReplyDeleteAmboi macam2 shoping online skrg ni kan....x menyenat la duitnya nnt hihi
ReplyDeleteWah ada platform online shopping yang terbaru. Tak sabar.
ReplyDeleteAlamakkk macam best plak web ni siap ada rebat lagi hahahhaa. screenshoot gambar yang ada toys tu, geram nk beli untuk anak.
ReplyDeleteyanmie
www.yanmieonline.com
waah first time jugak ni dgr laman web ni. next time boleh la try masuk shopping situ plk hehe
ReplyDeleteanother shop online.. not bad at all produk mereka
ReplyDeleteprice pun ok.. berbaloi juga beli
Tak tahu mana satu nak pilih banyak sangat online shopping. Mungkin kena ada satu macam laman web Trivago yang komparekan semua harga barangan daripada semua jenis laman web online dan cari yang paling murah ok juga tu kan....
ReplyDelete1st time dengar shopplus. Menarik nih.
ReplyDeleteWowwwwwww....!!! So lepas ini lebih mudah dan cepat ek untuk miliki produk / barang dari taiwan?
ReplyDeletefirst time dengar shopplus. boleh cuba beli online kat sini.
ReplyDeleteLisa
www.blogmamalisa.com
Boleh masuk dalam list belian online ni.. Heheheheh...Klik klik sampai depan pintu.
ReplyDeleteAlamak. Lagi satu portal belian online? Rawlins - bawa bertenang. Bahaya pada kesihatan kewangan nie.
ReplyDelete