Masalah jerawat sememangnya memberi impak dalam keyakinan diri seseorang. Mana taknya, kalau time jerawat tengah meriah naik di muka terutamanya waktu datang bulan, Yaya akan rasa segan nak keluar rumah jumpa orang tau. Teringat waktu sekolah dulu masa tu jerawat naik teruk di sekitar pipi dan hidung lepas tu kawan-kawan pun tegur aduhai malu kita :(
Walaupun zaman remaja dah lama berlalu, waktu pertengahan 20-an ni juga Yaya tetap tak dapat lari dari masalah jerawat. Maklumlah bila kita pakai make up dan muka tak dicuci dengan bersih serta pemakanan yang tak menentu dan tidak dijaga, memang mengundang jerawat naik di muka. Yaya rasa bila dah umur belia macam ni, lagi lambat tau jerawat nak kecut dan parut jerawat nak hilang! Sampailah Yaya cuba Hiruscar Anti Acne yang merupakan penyelesaian kepada masalah jerawat. :)
Kebetulan haritu Yaya berkesempatan menghadiri Hiruscar Anti-Acne Product Launch yang bertempat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. Produk penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne yang bertindak untuk mengekalkan kulit sihat dan bebas parut jerawat telah dilancarkan oleh DKSH Malaysia.
Rangkaian penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne oleh Medinova yang berpusat di Switzerland ini terdiri daripada Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Spot Gel. Ia telah diuji secara klinikal untuk menangani masalah jerawat ringan hingga sederhana yang merangkumi bintik hitam, bintik putih, papul dan pustul. Rumusan uniknya mengawal secara efektif pengeluaran sebum, mengurangkan bakteria dan sel kulit mati di samping menyeimbangkan paras kelembapan kulit dan mengurangkan pengeluaran jerawat di muka.
"Kami komited dalam mendidik pengguna mengenai penjagaan kulit Anti-Acne yang betul untuk mendapatkan kulit yang bebas parut jerawat dan meningkatkan keyakinan diri mereka. Melalui Club Spotless, kami menggalakkan pengguna untuk mengawal masalah kulit mereka di samping menyediakan platform perkongsian untuk memberi inspirasi kepada pengguna lain apabila mereka berkongsi tentang kejayaan masing-masing. Kami juga ingin memperkenalkan rangkaian produk ini melalui Spotless Pop-up Store di enam universiti terpilih di Lembah Klang supaya pelajar-pelajar lain boleh mendapatkan nasihat pakar dan sampel produk penjagaan Hiruscar Anti-Acne"- Ms Pang Koon Yin yang merupakan Pengurus Senior, Ketua Kesihatan Pengguna, Pengurusan Pemasaran, Kesihatan Pengguna, DKSH Malaysia.
Ketika majlis pelancaran yang diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.
Bersama produk Hiruscar Anti Acne iaitu Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Spot Gel baharu bagi menyelesaikan masalah jerawat dan juga parut jerawat.
Sesi bual bicara bersama Syada Amzah dan juga Dr. Ch'ng Chin Chwen yang merupakan Pakar Perunding Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Enam universiti terpilih di Lembah Klang yang akan dikunjungi oleh Hiruscar Anti Acne ialah UKM, UIAM, UM, UPM, UITM, TAR UC. Hiruscar Anti Acne akan diperkenalkan kepada mereka dan para pelajar boleh mendapatkan nasihat dari pakar dan juga mencuba sampel produk penjagaan Hiruscar Anti-Acne yang akan diedarkan nanti.
Jom Yaya perkenalkan kat korang tiga produk utama Hiruscar Anti Acne ^_^
Dari kiri, Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Spot Gel.
Pore Purifying Cleanser : RM27.80 ( 100ml )
Pembersih muka ini terdiri daripada bahan-bahan berprestasi tinggi iaitu MPS, ekstrak biji Moringa, aloevera dan juga Licorice. Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser membersihkan muka tanpa menjadikan muka kering. Ianya juga berfungsi untuk melembapkan kulit muka dan menjadikannya lebih sihat serta menyingkirkan lebihan minyak di muka yang menjadi punca jerawat. Ianya juga mempunyai formula anti bakteria untuk menghapus bakteria penyebab jerawat.
Cara penggunaan : Titiskan Pore Purifying Cleanser di tapak tangan, ratakan dan gosok perlahan di permukaan wajah dan kemudian bilas wajah sehingga bersih. Kalau nak tahu, pencuci muka ini bebas dari bahan bahaya dan juga bebas pewarna dan minyak. Muka terasa segar sangat selepas cucian.
Pore Purifying Serum : RM 75.00 ( 50ml )
Pore Purifying Serum merupakan serum penjagaan muka bagi kulit yang berjerawat. Ianya mengandungi bahan istimewa iaitu MPS dan Laricyl untuk melindungi kulit daripada pencemaran kerana bahan penting yang terkandung didalamnya mempunyai rawatan untuk melembab, mengurangkan lebihan minyak di kulit yang merupakan penyebab jerawat, dan juga menyihatkan kulit muka. Ianya juga berfungsi untuk mengecilkan liang pori dan memberi keserian kepada kulit wajah.
Cara Penggunaan : Titiskan 2-3 titis di jari dan ratakan sapuan ke seluruh wajah. Tekstur serum ini sangat ringan, tidak melekit dan mudah diserap kerana ianya menggunakan formula dan ekstrak semula jadi, tanpa pewarna dan alkohol yang mana sesuai untuk semua jenis kulit. Gunakan setiap pagi dan juga sebelum tidur.
Hiruscar Anti Acne Spot Gel : RM 26.80 ( 10ml )
Hiruscar Anti Acne Spot Gel pula merupakan penyelesaian kepada kulit berjerawat dengan menggunakan ekstrak dari Allium cepa dan pelbagai ekstrak semulajadi iaitu Salicylic Acid, Allium Cepa, MPS, Vitamin C, Laricyl dan Bisabolol. Kandungan Saliclylic acid dapat membantu untuk merawat kulit yang berjerawat manakala kandungan Vitamin C akan menghilangkan bintik hitam. Kulit juga menjadi lebih lembap dengan kebaikan Mucopolysaccharide Polysulphate (MPS) dan ekstrak semulajadi yang membantu menyingkirkan lebihan minyak di wajah.
Cara penggunaan : Picitkan Hiruscar Anti Acne Spot Gel di hujung jari, sapukan di tempat berjerawat 2-3 kali sehari sehingga jerawat mengecut. Yaya suka dengan teksturnya yang padat tetapi ringan dan mudah meresap di tempat yang berjerawat. Jerawat juga semakin mengecut dan merah di kawasann jerawat juga beransur hilang.
Jangan lupa dapatkan produk baharu dari Hiruscar Anti Acne di cawangan Watsons berdekatan tau! Dan jangan lupa juga utnuk join contest giveaway yang akan Yaya buat di Facebook nanti ya! 5 pemenang bertuah bakal memenangi set Hiruscar Anti Acne yang bernilai lebih RM100 ;)
Selain daripada cawangan Watsons, korang juga boleh dapatkan produk Hiruscar Anti Acne secara online di Watsons E-Store ^_^
Untuk maklumat lanjut :
Website : http://hiruscar.com.my/
Facebook : Hiruscar Malaysia
#clubspotless
#hiruscarantiacnemy
Terima kasih sudi baca
selalu sangat dengar pasal jenama ni tapi takpernah try. wah ada giveaway! nak joinlah nanti mana tau ada rezeki dapat guna produk ni ;)
ReplyDeleteAlololo comelnya. Muka kita ada jerawat, nak skit Spot Gel tu. hehehe
ReplyDeleteAlah ibu bersalin tak ada jerawat dah ehehehe..
ReplyDeleteLast time saya tak guna any acne gel whatsoever..jerawat time tu memang teruk..terus ke klinik Dr Ko..after that terus ok sampai sekarang..alhamdullilah..
ReplyDeleteBoleh belikan utk aeysha ni..skrg jerawat pasir menjadi jadi naik kat muka dia
ReplyDeleteRemoving acne and pimple scars can instantly make your face look so much clearer and better! But I think you don't need it.. xD
ReplyDeleteKalau takde jerawat boleh guna tak? Bestnya ade giveaway jugak. Nak join laa
ReplyDeleteooo ada di watson , boleh lah beli online saja .... akak tengok2 giveaway kalau sempat boleh join ,,,
ReplyDeleteok nanti kak nowa join.. anak dara always berjerawat.. hormon bertukar..
ReplyDeletemayb this produk mampu membantu
Hi sis, selalu saya nampak jenama ni lalu dkt timeline, tengah cari produk yang sesuai juga ni, harga dia pun agak berbaloi juga untuk student . Bole cuba ni hee
ReplyDeletebestnya pergi event. pernah dengar pasal brand ni, kalau parut biasa elok pakai la kan..kalau nk tunggu elok mmg makan tahun
ReplyDeleteMacam biasa dengar je nama Syada Amzar... Siapa dia ek?
ReplyDeleteWah bagusnya...slalu klau kluar jerawat mmg stress sgt2..
ReplyDeleteLpas ni boleh la try yg ni
First time dengar brand ni.. nice info, nanti boleh try recommend kat sesiapa yang ada masalah kulit muka dan jerawat
ReplyDeleteOrg brjerawat boleh try produk ni
ReplyDeletewowwwwww, DKSH keluarkan produk baru lagi....
ReplyDeleteMacam best jer product Hiruscar ni.
ReplyDeleteNmpak cam ok. Semulajadi tak
ReplyDeletemcm ok jee, nak try lahh. cik j ni meriah pulak berpesta bulan ni. hahaha
ReplyDelete