Hai semua! Masih ingat lagi dengan produk penghapus jerawat masa zaman sekolah dahulu? Yaya percaya remaja zaman 80an hingga 90an semuanya kenal dengan produk T3. Mana taknya, masa ni semua pakat guna T3 sahaja bila jerawat mula menampakkan tanda kemerahan di wajah. Fuhh Yaya teringat lagi time sekolah dulu beria-ia memujuk ayah pergi Watsons sebab nak beli gel jerawat T3. Ayah pun layan jelah anak dara dia ni. Hihi.
Yang terbaru, T3 kini hadir menongkah arus dengan mengeluarkan satu lagi variasi produk dibawahnya iaitu T3 Acne Body Spray. Serius la jujur sejak mengandung haritu naik juga jerawat kat belakang badan Yaya. Mana taknya, selain faktor hormon, Yaya dah tak sampai nak skrub bahagian belakang dah. Mungkin ada bahagian yang tak kena skrub tu tak begitu bersih sehingga timbul jerawat di badan :(
Korang pun ada masalah jerawat di badan juga? Jangan risau okay lepas ni boleh guna T3 Acne Body Spray untuk selesaikan masalah jerawat tu. Selain di belakang badan, ianya juga boleh membantu menyelesaikan masalah jerawat di dada, leher, lengan dan lain-lain. Setakat ni Yaya cuma mempunyai masalah jerawat di belakang badan sahaja. Tapi kalau ada antara korang yang ada masalah jerawat di tempat lain, Yaya suggest kat korang untuk cuba T3 Acne Body Spray ni okay!
Diformulasikan dari ekstrak Canadian Willow Herb, ekstrak Willow Bark dan ekstrak Natural Australian Tea Tree Oil yang membantu melegakan jerawat yang meradang di bahagian tubuh. Bahan utama yang digunakan sememangnya sangat terkenal dalam membantu menyelesaikan masalah jerawat secara semulajadi dan tidak memberi kesan yang membahayakan kulit.
Cara penggunaan : Semburkan 2-3 kali sehari di kawasan jerawat untuk kesan positif yang optimum. T3 Acne Body Spray boleh digunakan diseluruh badan terutama bahagian belakang badan, dada, leher, lengan, dan juga bahagian badan yang lain. Nak lagi efektif? Gunakan T3 Acne Body Spray selepas mandi menggunakan T3 Acne Body Wash.
Dirumuskan dengan bahan aktif semulajadi yang terbukti boleh membantu menenangkan bahagian kulit badan yang berjerawat, liang yang tersumbat dengan kotoran, menghilangkan sebum yang berlebihan di kulit badan dan bertindak dengan pantas menghapuskan bakteria penyebab jerawat. T3 Acne Body Spray baharu adalah penyelesaian 360 darjah kepada masalah tubuh badan yang berjerawat.
Bebas dari bahan berunsur Paraben, T3 Acne Body Spray boleh didapati di semua cawangan Watsons, Aeon Wellness dan juga farmasi terpilih dengan harga RM22.15 sahaja untuk 75ml. Mudahnya, lepas ni kalau ada jerawat di anggota badan, cuma spray sahaja dengan T3 Acne Body Spray! ^_^
Review dari Yaya : Sememangnya Yaya sangat jatuh cinta dengan T3 Acne Body Spray baharu ni! Selain dari bau tea tree oil yang sangat ringan, ianya mudah meresap dan memberi kesan segar apabila kita sembur dibahagian jerawat. Yaya juga suka dengan teksturnya yang ringan dan mudah mesra dengan kulit. Jerawat pula makin mengecut dengan bantuan T3 Acne Body Spray ini. Kalau nak cepat lagi proses pemulihan jerawat di badan, jangan gatal-gatal picit jerawat tu dan selalu disiplin skrub anggota badan 2-3 kali seminggu okay! Jangan lupa dapatkan T3 Acne Body Spray :)
T3 FACEBOOK CONTEST SNAP, POST & WIN!!
Nak menang jam Daniel Wellington yang bernilai RM899 ini? Jangan lupa sertai peraduan Snap, Post & Win dari T3 Malaysia!
Caranya :
1 - Ambil selfie bersama T3 Acne Body Spray (75ml)
2- Post gambar korang ke Facebook dengan hashtag rasmi #NewT3AcneBodySpray dan #T3Malaysia (Pastikan set post tu kepada public tau! Baru admin T3 boleh nampak post korang tu!)
Pemenang akan di pilih secara random jadi semua orang ada peluang untuk menang. Yeayy!!
GRAND PRIZE X 1 : Daniel Wellington Watch worth RM899
CONCOLATION PRIZE X 20 : H&M Shopping Voucher worth RM100 each
Peraduan akan tamat pada 4hb September 2017 (tertakluk kepada terma & syarat)
Untuk maklumat lanjut :
Facebook : T3 Malaysia
Instagram : @t3malaysia
#NewT3AcneBodySpray
#T3Malaysia
#Reachable
Terima kasih sudi baca