Apr 28, 2017

Berbaloi Beli Baju Fesyen Muslimah di Carousell


Hai semua! Wah pejam celik pejam celik tinggal kurang sebulan je lagi bulan Ramadhan akan datang dengan rahmatNya. Dah habis ganti puasa ke belum? :p Walaupun Yaya bakal bersalin bulan puasa nanti, Yaya tetap tak ketinggalan dok survey pilihan baju muslimah untuk Yaya pakai masa berpantang nanti. Yela walaupun Yaya tak pulang ke kampung beraya dan cuma berada di KL sepanjang proses berpantang, Yaya pun nak raya juga tau! Nanti orang datang beraya kat rumah atleast nampak elok dan kemas la sikit kita ni. Dah nama pun hari raya kan hihi.


Seingat Yaya, last Yaya beli kain potong dan hantar tempah dekat tukang jahit masa zaman sekolah dulu je. Lepas tu semua beli yang dah siap je. Senang, mudah, pantas dan murah. Korang bayangkan ye, kain potong semeter je dah berapa? Lepas tu nak hantar tempah je dah berapa? Baiklah beli yang dah siap terus je. Lagi pula zaman sekarang ni dah banyak pilihan fesyen Baju Muslimah terkini di kebanyakan shopping online. So kali ni, Yaya nak beli baju muslimah di Carousell pula. Rasanya ramai yang dah tahu kewujudan laman sesawang ni kan? :)


Menariknya disini, terdapat pelbagai pilihan busana muslimah dengan harga yang sangat berpatutan. Kebanyakan penjual disini akan menjual koleksi baju muslimah mereka samada yang baru mahupun preloved. Mengamalkan konsep jual beli yang sangat unik, selain dari mencari baju muslimah yang cantik dengan harga yang murah, korang juga boleh menjual barangan peribadi yang tidak dipakai tapi masih dalam keadaan elok di Carousell. Secara tak langsung, korang juga boleh menjana pendapatan disini dan semua urusan di bawah satu bumbung sahaja. Best kan? :)


Di Carousell juga korang boleh tawar menawar dengan penjual sehingga mendapat harga yang dihajati. Yang paling penting, biarlah tawar menawar dengan harga yang masuk akal ya. Kalau si penjual setuju, transaksi boleh terus dibuat dan korang cuma perlu tunggu sahaja bungkusan tiba di depan rumah. Yaya memang suka shopping online sahaja. Dengan keadaan yang semakin sarat ni, memang taklah Yaya nak berhimpit dan bersesak ke butik muslimah. Buka je Carousell, pergi ke Carian dan taip "baju muslimah". Tak sampai 2 saat, korang dah boleh mulakan pencarian baju raya yang akan dipakai nanti ^_^



Selain daripada baju muslimah seperti baju kurung, jubah, blouse dan lain-lain, ibu mengandung seperti Yaya juga boleh mencari baju ala-ala baju mengandung kat sini. Sukanya Yaya bila terjumpa banyak pilihan baju muslimah yang boleh dipakai semasa mengandung ni. Mana taknya, kat luar sana dah la baju mengandung kebanyakannya mahal lepas tu fesyennya Yaya tak berkenan. Tapi di Carousell, banyak pilihan baju muslimah yang Yaya boleh pakai semasa mengandung mahupun tidak mengandung. Kan dah jimat tu? Nak lagi jimat jangan lupa sort-kan pencarian korang ke Lowest Price tau :p Lagi best ada juga baju muslimah yang dijual mempunyai fungsi wudhuk-friendly dan juga nursing-friendly.  :)


Yaya suka sangat Zaskia Suit ni. Menerapkan ciri-ciri baju muslimah yang elegan dan moden, Yaya memang suka fesyen macam ni. Nampak sweet je kan? Harganya pula memang berbaloi bagi Yaya dengan semua kelebihan yang ada. Terdapat beberapa lagi warna yang boleh dipilih untuk disesuaikan dengan citarasa korang. Nak pakai pergi kerja pun boleh tau. Kalau nak tahu lebih lanjut dan berminat dengan baju muslimah yang dijual, korang cuma perlu klik ID penjual untuk berurusan dengan mereka ;)


Kurung Pahang pun ada dijual di Carousell tau. Susah dah nak cari pilihan Baju Kurung Pahang sekarang kan? Kalau nak cari Baju Kurung idaman, cari je di Carousell okay! Terdapat pelbagai pilihan Baju Kurung yang dijual disana seperti Kurung Moden, Kurung Kedah, Kurung Peplum dan lain-lain.


Selain dari baju muslimah untuk orang dewasa, masa Yaya scroll tadi tiba-tiba terjumpa baju muslimah untuk kanak-kanak juga. Mudah la lepas ni untuk ibu-ibu berkerjaya yang tak sempat nak beli baju raya untuk anak gadis comel mereka. Cantik-cantik juga tau pilihan baju muslimah untuk kanak-kanak disini. Yang penting, harganya sangat berbaloi dan berpatutan.


Nak lagi mudah, cepat dan pantas, korang boleh download aplikasi Carousell di App Store dan juga di Google Play. Lagi senang nak teruskan pencarian baju muslimah dengan fesyen terkini idaman korang setiap masa. Bukan sahaja persiapan untuk raya, tapi korang juga boleh mencari baju muslimah untuk dipakai ke tempat kerja, majlis formal mahupun tidak formal dan juga ke rumah terbuka nanti. Wee tak sabar pula nak raya. Hihi upss :p

Untuk maklumat lanjut korang boleh terus layari https://my.carousell.com/ okay :)




Terima kasih sudi baca

Apr 4, 2017

Keterujaan Layanan Kelas Pertama di The Eye Shop Bangi





Hai korang! Tengah mencari spek mata idaman dengan harga murah dan berkualiti ke tu? Kebetulan Yaya memang tengah cari spek mata baru sebab spek mata sedia ada ni dah kurang power. Yaya syak masalah rabun Yaya dah semakin tinggi tahap ke-power-an nya maka Yaya pun usha-usha la kedai spek mata sekitar Bangi. Walaupun duduk Cheras, Yaya suka jalan-jalan kat Bangi Seksyen 8 tu sebab kat sana banyak kedai makan best hihi :p Alang-alang dah kesana selalu Yaya pun ternampak la kedai spek mata The Eye Shop Optometry yang sangat menarik perhatian ni. 


So kebetulan haritu Yaya dan Shawn dapat juga masuk ke The Eye Shop Optometry ni. Fuhh saat masuk je Yaya ingatkan salah masuk butik ke apa. Rupanya memang kedai spek mata ni berkonsepkan butik dan mesra pelanggan. Jarang betul kita masuk kedai spek mata ada sofa empuk bagai. Pulak tu kalau kedai spek mata mesti terikat dengan suasana formal. Tapi tidak di The Eye Shop Optometry di Bangi ini, mereka menekankan suasana santai dan rileks buat pelanggan mereka dan dalam masa yang sama staf yang peramah sentiasa sudi untuk membantu :)


Sebelum tu, jom cuci mata dengan hiasan dalaman The Eye Shop Optometry ni ^_^








Berkonsepkan suasana moden dan elegan, Yaya tertarik dengan susun atur perabot dan juga pilihan spek mata disini. Selain dari mempunyai koleksi spek mata yang sentiasa up-to-date, terdapat juga bahagian untuk spek mata kanak-kanak. Omg comel gila! 



Khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang punya masalah rabun, Yaya sangat sarankan untuk kalian membawa anak ke The Eye Shop Optometry untuk melakukan ujian dan pemeriksaan mata terlebih dahulu. Yang pastinya, permeriksaan mata yang akan dijalankan bukan yang biasa-biasa sahaja tau. Staf disini akan melakukan pemeriksaan penuh terhadap mata anak anda. Yang pastinya, kana-kanak pasti akan sentiasa dalam keadaan selesa kerana mendapat layanan yang sangat tip top. Hehe


Selain itu, ibu bapa juga boleh menggayakan anak mereka dengan koleksi spek mata khas untuk kanak-kanak yang mana spek mata itu bertindak sebagai perlindungan mata untuk anak-anak mereka. Lepas ni kalau nak bercuti ke tepi pantai ke boleh lah standby spek mata untuk anak anda. Mesti depa seronok dapat melaram pakai spek mata macam orang besar dan dalam masa yang sama mata mereka dilindungi dengan spek mata berkualiti termasuk 100% perlindungan dari sinar UV.





Bagi pengguna kanta lekap, segala aksesori dan pilihan kanta lekap turut terdapat di The Eye Shop Optometry. Geram Yaya tengok box contact lens tu comel sangat!



Salah satu sudut yang menarik perhatian Yaya. Ala-ala macam meja make up gitu hihi. Disini turut disediakan bahan bacaan buat pelanggan yang membawa teman. Sambil-sambil mereka menunggu, bolehlah mereka duduk dengan selesa sambil membaca majalah. Tak adalah serba salah kalau kita nak bawa rakan atau ahli keluarga ketika melakukan pemeriksaan mata dan tak adalah kita tergesa-gesa nak memilih spek mata kerana risau mengambil masa mereka menunggu.


Bukan sekadar itu sahaja, paling menarik dan unik, setiap pelanggan akan dihidangkan dengan brownies yang sangat sedap dan juga minuman ringan ketika berada di sini. What? o.O


Terkejut? Haa korang jangan tak tahu, konsep yang dibawakan oleh pemilik The Eye Shop Optometry ini semestinya mementingkan kepuasan hati pelanggan ketika mereka berada di sini. Pernah korang pergi kedai spek mata lepas tu dapat minuman dan kek brownies? Tak pernah kan? Kalau nak tahu, inilah kemuncak layanan kelas pertama seperti tajuk entri Yaya ni. Masa datang tu memang terkejut tiba-tiba dijamu dengan kek brownies (serius sedap gila) dan juga segelas minuman. Risau juga kalau termasuk dalam caj perkhidmatan ke apa kan tapi jangan risau kerana ia sememangnya percuma! Hihi



Puan Fairus atau mesra dipanggil Kak Fair yang merupakan pemilik The Eye Shop Optometry yang comel ni langsung tidak lokek berkongsi ilmu dengan kami tentang cara penjagaan mata yang betul. 


Kami juga diberi penerangan tentang bagaimana aspek pemilihan spek mata yang sesuai mengikut bentuk muka pelanggan.


Okay jom buat pemeriksaan mata! Yang bestnya, istimewa di The Eye Shop Optometry Bangi, korang boleh dapatkan pemeriksaan mata secara mendalam dengan percuma tau! 


Terima kasih staf The Eye Shop yang begitu sabar dan tabah melayan budak rabun. Hahaha :p . Yang sedihnya, power mata Yaya dah naik wehh! Hahaha ya Aulohhh patutlah sejak mengandung ni Yaya rasa macam makin rabun je. Spek sedia ada pun rasa macam jelas tak jelas bila pakai ^^'

Result : Mata kanan 250 , Mata kiri 200. Silau adalah dalam 50 kot ^^'

Jom kita uji tahap ke-stress-an mata Yaya pula. 


Hello anak mata! :p


Fuhh woww. See? Korang nampak tak urat mata Yaya yang melingkar macam cacing tu? Hahaha stress juga seorang Yaya ni rupanya. Tulah suka sangat tengok hp dalam gelap lepas tu kadang-kadang tak cukup tidur. Pemeiksaan ini juga menguji kesihatan bebola mata kita secara mendalam. Alhamdulillah kesihatan mata Yaya masih di tahap normal. Kena makan carrot banyak la lepas ni ^^v


Habis sahaja kesemua pemeriksaan mata dijalankan, Yaya tak sabar dah nak pilih spec mata baru. Memang kena tukar spek la jawabnya sebab power mata Yaya dah naik. Hukhuk. Masa tengah jalan-jalan nak pilih spek tu, kami diminta duduk. Ingatkan kenapa rupanya... staf sendiri yang akan datang kepada kita dengan membawa berkotak-kotak pilihan cermin mata yang kita mahu. Apa kau gilerhhh dapat layanan macam anak raja! Dah la dapat makan minum free lepas tu kalau nak pilih spek mata korang cuma perlu duduk sahaja dan staf yang bawakan spek mata pilihan korang. Omg. Memang layanan 5 bintang la macam ni!



Pilihan spek mata Yaya hihi. Saja pilih yang fesyen-fesyen sikit sebab spek yang sebelum ni macam budak nerd sangat bila pakai :p


Selepas memilih spek mata yang sesuai, Yaya diminta untuk menggunakan aplikasi yang disediakan bagi mendapatkan ukuran mata dan bentuk wajah yang tepat untuk spek mata baharu Yaya nanti. Ini bertujuan untuk memastikan setiap pelanggan mendapat keselesaan yang optimum semasa memakai spek mata dari The Eye Shop :)


Terima kasih The Eye Shop Optometry Bangi atas layanan yang sangat memuaskan hati! Suka sangat dengan design dan pilihan spek mata yang ada disini. Memang sangat up-to-date , berkualiti dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Dari RM80 dan keatas, korang boleh dapatkan pilihan kaca mata yang sesuai dengan bajet korang. 


Jangan lupa singgah ke The Eye Shop Optometry Bangi tau! ^_^

Untuk maklumat lanjut :

Alamat :  The Eye Shop
G-6, Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor.
No tel : 03-89122871




Terima kasih sudi baca

Apr 1, 2017

Atasi masalah kulit sensitif dengan produk bebas merkuri dari LVA Beaute Skincare



Ada ke antara korang yang mempunyai masalah kulit sensitif macam Yaya? Kalau nak tahu, kulit Yaya seriusssss sensitif gila! Pantang salah pakai produk sikit perghh tak belas kasihan terus jerawat tumbuh. Dah la susah nak hilangkan parut :( . Yaya pernah sampai takut nak cuba produk pelik-pelik lagi pula dengan macam-macam kes yang kita baca samada di media cetak mahupun eletronik. Sebab tu pentingnya pengetahuan mengenai sebarang produk yang kita nak beli atau cuba. Paling penting, baca dulu keterangan mengenai kandungan, pengeluar, lulusan KKM dan sebagainya. 


Sekarang ni Yaya memang cerewet sikit dengan produk kecantikan yang Yaya sapu di kulit muka mahupun losyen untuk badan. Mesti nak pastikan kandungan produk tersebut bebas dari sebarang unsur yang boleh membahayakan. Yela, bila mengandung ni mesti kita taknak anak kita terkesan dengan sebarang pengambilan yang tak elok dari si ibu kan. 


Dalam masa yang sama, Yaya tetap nak menjaga penampilan diri. Walaupun dah kurang bersolek, Yaya tak nak muka terus-terusan nampak kusam dan tak bermaya (baby sedut habis seri mak dia ni huwaaa) . Yaya rasa sendiri perubahan wajah Yaya yang berjerawat, kusam, lebam bawah mata lagilah jangan cakap. Sampailah kawan Yaya syorkan kepada Yaya untuk cuba produk yang semakin top siap keluar surat khabar ni iaitu produk dari LVA Skincare. Tahu tak kenapa Yaya berani cuba? Sebab, ianya bebas dari kandungan berbahaya seperti merkuri dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal sehingga ke kulit sensitif macam Yaya. Yeayyy happy me! :D 


LVA SPECIAL SKIN CARE SET DIRUMUS KHAS UNTUK MEMBONGKAR RAHSIA KULIT SENSITIF

Taraa~! Perkenalkan barisan produk kesayangan Yaya sekarang yang terdiri dari Hydra Cleanser, Hydra Toner, Hydra Day Cream dan juga Hydra Night Cream. Formula istimewa yang didatangkan dari Switzerland, produk LVA Skincare kini diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa kerana telah berjaya menyelesaikan masalah kulit yang sensitif. 


1) HYDRA CLEANSER - RM 109.00

Purifying & Balancing Treatment Cleanser
✔ Mengeluarkan kulit kusam dan berminyak
✔ Merawat dan membersihkan kotoran secara menyeluruh
✔ Menyegarkan kulit
✔ Mengawal dan membersihkan kotoran secara menyeluruh. 
✔ Memiliki tekstur yang lembut dan tidak melekit.
✔ Amat membantu dalam proses pembersihan permukan kulit secara mendalam dan bertindak dengan cepat hasil daripada rumusan bahan vitaman A, C, E dan juga ekstrak buahan.


Cara penggunaan : Titiskan beberapa pam dan sapukan ke seluruh muka dengan lembut. Sambil-sambil tu urut muka sekali tau bagi memastikan muka kita betul-betul bersih dari segala kotoran. Lagi best kalau korang ada berus pencuci muka yang lembut tu. Haa tu lagi puas hati. Tertanggal semua sel kulit mati di muka. Hee

Review dari Yaya : Hydra cleanser ni memang sangar best. Ianya kurang berbuih tapi masih mampu memberikan kesan sabun yang lembut diwajah kita. Bau dia sangat natural dan mesra dengan semua jenis kulit. Lagi best, lepas cuci korang akan rasa muka korang tersangatlah lembut dan langsung tak rasa kesat macam kebanyakan produk tempatan yang lain. 


2) HYDRA TONER - RM109.00

Refreshing & Treatment
✔ Membantu mengawal lebihan minyak pada kulit
✔ Menghaluskan dan mengecilkan liang roma kulit
✔ Membantu mengurangkan kecacatan kulit dan jerawat.
✔ Memberikan keseimbangan pada pH kulit anda
✔ Menambah satu lagi lapisan perlindungan pada kulit 
✔ Memberikan kelembapan pada kulit 
✔ Menyegarkan dan membersihkan kulit


Cara penggunaan : Toner biasanya akan digunakan selepas cleansing. Tuangkan Hydra Toner dalam kuantiti yang sedikit dalam 2-3 pam diatas pad kapas dan ratakan di permukaan wajah dengan lembut. Jangan bilas dan biarkan ianya meresap. 

Review dari Yaya : Sesuai dengan trademarknya, "LVA HYDRA TONER, SENJATA RAHSIA UNTUK KULIT SIHAT". Formula yang dibawa khas dari Switzerland ini berfungsi untuk mengeluarkan minyak dan kesan kotoran. Menggabungkan semua kebaikan dalam 1 botol iaitu menormalkan kulit untuk penghidratan, kelembutan dan sekali gus merapatkan liang pori. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan dan keseimbangan kulit yang sihat. Paling Yaya suka tentang toner ini ialah, ianya langsung tidak bersifat mengeringkan kulit seperti kebanyakan toner lain. Korang tahu kan ada sesetengah toner yang mengandungi alkohol ya Allah perit gila bila pakai toner macam tu. Tapi Hydra toner ni sangat best dan kulit muka Yaya yang sensitif ni langsung tak rasa pedih pun :) . Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit muka yang berminyak dan berjerawat, ianya membantu untuk mengecilkan liang pori di muka dan mengawal lebihan minyak. Yayy!


3) HYDRA DAY CREAM - RM109.00

Purifying Treatment Day Cream, Calm & Tighten
✔ Mengurangkan dan mengawal lebihan minyak yang berlebihan pada kulit
✔ Mengawal jerawat yang jelas kelihatan pada kulit
✔ Merawat dan mencegah jerawat dan jeragat
✔ Melindungi kulit dari sinaran UV.
✔ Menangkis dan menghalang kotoran yang terkesan daripada persekitaran. 
✔ Bahan yang diformulasikan dari minyak bunga matahari, rose placenta dan estrak buah-buahan.

Antara kandungan utama bagi Hydra Day Cream berserta kebaikannya ialah :

ROSE PLACENTA
✔ Damask Rose terbaik dari Bulgary 
✔ Meneutralkan radikal efektif untuk anti penuaan 
✔ Membantu faktor pertumbuhan dalam kenaikan sel kulit
✔ Kesan antioksidan yang lebih tinggi daripada Vitamin C - untuk pemutihan dan kulit yang jelas
✔ Pertumbuhan kolagen lebih tinggi daripada Vitamin A - untuk kulit berdaya tahan dan elastik

HELIANTHUS ANNUUS (SUNFLOWER) SEED OIL
✔ Berkuasa meneutralkan kerosakan yang dilakukan oleh sinar suria.
✔ Ia boleh membentuk & melambatkan penuaan sel-sel kulit
✔ Membantu dalam memberi tenaga kepada kulit

PORTULACA OLERACEA EXTRACT
✔ Berfungsi sebagai anti oksida
✔Kaya dengan Omega 3
✔ Merawat kecederaan kulit seperti luka


Cara penggunaan : Pastikan jari korang bersih sebelum mencelup jari ke dalam botol okay. Kemudian ambil Hydra Day Cream dengan cermat dan sapukan ke seluruh wajah dengan rata. Pastikan sapuan korang rata ke seluruh muka supaya ianya boleh meresap dengan baik dan wajah kita pun mendapat khasiat dari ekstrak rose placenta yang Yaya bagitahu kat atas tadi. :)


Review dari Yaya : Omg omg omg. Day Cream kegemaran Yaya sangat sekarang! Bau bunga rose yang sangat lembut dan langsung tak menyakitkan hidung ni betul-betul buat Yaya jatuh cinta. Teksturnya pun sangat lembut dan mudah meresap dan langsung tak melekit. Lepas pakai Hydra Day Cream ni automatik muka korang akan rasa tersangat lembut dan wangi. Bertujuan untuk melindungi kulit dari pencemaran sekeliling semasa di siang hari, Yaya memang akan pakai walaupun duduk kat rumah je hihi sebab memang best dan boleh hilangkan kekusaman muka kita. Kalau nak keluar pi jalan, Yaya tetap akan pakai Hydra Day Cream sebelum pakai make up. Muka rasa glowing ja dan make up pun rasa tahan lama. Very recommended. 


4) HYDRA NIGHT CREAM - RM109.00

Repairing & Relaxing, Balancing Treatment Night Cream
✔ Mengawal jerawat dan jeragat
✔ Mencegah pertumbuhan jerawat dan jeragat
✔ Mengawal jerawat dan kulit beminyak pada waktu malam.
✔ Membantu merawat sel kulit mati pada waktu malam selepas penggunaan pencuci muka dan toner. 
✔ Di formulasikan dengan rose placenta, vaccinium myrtillus, ekstrak buah-buahan yang kaya dengan vitamin C & E. 
✔ Menyahaktifkan antioksida dalam lapisan kulit dan membersihkan kulit. Kesan pencerahan seawal 7 hari.


Cara penggunaan : Khas untuk digunakan pada waktu malam sebelum tidur, selepas penggunaan cleanser dan toner, sapukan Hydra Night Cream dengan cara yang sama seperti Hydra Night Cream ke seluruh wajah sehingga rata dan meresap dengan baik.


Review dari Yaya : Bila bangun pagi korang akan rasa cepat-cepat nak tengok cermin lepas tu acah-acah kagum sebab terperasan macam muka tu dah hilang rasa kusam sikit. Hahaha! Weh serius. Tak tahulah perasan ke apa tapi memang best pakai Hydra Night Cream ni. Teksturnya yang lebih pekat dari Hydra Day Cream tetapi tetap lembut diwajah, tak pedih seperti sesetangah krim malam dan juga paling penting muka wangi sebelum tidur! Kira macam terapi jugalah bau bunga rose ni sebab memang sedap sangat baunya boleh buat lena tidur gitu. Hehe


Koleksi set ini selain untuk mereka yang berkulit normal, ianya juga khas untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. Yang penting, bebas merkuri dan lulus KKM taw! Hanya di LVA Beaute Skin Care, anda boleh dapatkan produk setanding produk antarabangsa dengan harga yang sangat berpatutan.


Bestnya perasaan bila kulit muka dah semakin baik. Yaya cuma gunakan set LVA Skincare dan kemudian pakai bedak nipis, eyeliner dan juga lip balm. Hehe siap dah! ;) Nak tengok video Yaya pakai set LVA boleh tengok kat Facebook Yaya ya ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Li'veabeaute_hq
Instagram : @lva_official
Email : liveabeaute@gmail.com
No Tel : 019 693 2222 / 03 8912 4666 / 012 277 4822 



Terima kasih sudi baca