Jun 12, 2016

Rymba Haven | Lokasi Berbuka Puasa di Nilai




Mencari lokasi berbuka puasa di sekitar Nilai? Jangan pening-pening, korang pergi sahaja ke Rymba Haven. Lebih kurang 15 minit sahaja dari Nilai 3. Kebetulan hari tu Yaya sampai awal kesana dan terdetik pula hati kita ni nak pergi Nilai 3 tengok apa yang best. Dapat juga grab barang-barang keperluan sementara menanti waktu berbuka. Hee. So buat sesiapa yang mencari persiapan hari raya di Nilai 3, boleh terus berbuka puasa di Rymba Haven petang tu. Toksah pening-pening na! Yang penting kena booking dahulu :')



Senang je nak cari Rymba Haven ni. Waze atau gunakan Google maps sahaja. Straight terus sampai.



Persekitaran yang memang selesa dan penuh kehijauan gitu. Asyik makan hotel ja so kita try ambil angin baru dan berbuka di Rymba Haven. 




Kalau nak tahu, di Rymba Haven juga menyediakan kemudahan untuk majlis formal atau pun tidak formal. Nak buat majlis kahwin disini pun boleh! Nak buat meeting, kursus dan sebagainya juga tidak menjadi masalah kerana terdapat kemudahan audio PA & sound system, VIP room, balkoni untuk bersantai, bilik karaoke, wifi, kemudahan surau, tempat tinggal dan juga cafe. Tersergam dekorasi dewan dan anjung yang lengkap dengan penghawa dingin. Memang sesuai sangat untuk majlis rasmi, akikah, hari jadi dan sebagainya.








Bertemakan menu masakan kampung, memang sesuai sangatlah dengan tekak Yaya ni. Pelbagai menu disajikan dan menu juga akan bertukar setiap hari apabila anda berbuka puasa di Rymba Haven, Nilai.



Jom kita terjah menu berbuka puasa di sini :D


Nasi Hujan Panas


Ayam Masak Merah


Sayur Campur


Ayam Goreng Berempah


Kari Telur


Ikan Keli Goreng Berlada


Tauhu Goreng Kacang Panjang


Ikan Masak Kicap


Paling epic dan masakan istimewa dari Negeri Sembilan, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Tak lupa pelbagai jenis sayuran dan ulam-ulaman 




Bubur Lambuk


Sate bersama kuah kacang


Air Batu Campur


Kuih-muih yang pelbagai


Buah-buahan


Menariknya, pengunjung dihiburkan dengan dendangan Cak Lempong yang mengasyikkan. Memang terasa seperti suasana yang klasik sungguh apabila menjamu selera disini. 


Kumpulan Cak Lempong membuat persembahan di atas air. Gayat tau Yaya masa ni. Haha!


Jom korang berbuka puasa di Rymba Haven, Nilai. Lokasi berbuka puasa yang sangat sederhana tapi ekslusif.

Harga Buffet Ramadhan :

Weekdays: RM55 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak)
Weekend: RM60 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak)

Kalau nak rasa kambing golek, boleh datang pada hari Sabtu atau Ahad okay! :)

Untuk maklumat lanjut tentang Rymba Haven:

Rymba Haven, 
Jalan Nilai Perdana 14, 
Taman Nilai Perdana, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan  

Phone: +606 799 1314 
Mobile: +6019 287 1213
Email: rymbahaven@gmail.com 
 Website: www.rymbahaven.com 
Facebook : Rymba Haven 
Instagram : @rymbahaven



Terima kasih sudi baca

3 comments:

  1. wah..memang sedap2 nampak menu yang dihidangkan

    ReplyDelete
  2. Wah.. nampak sedaplah semua! :D

    ReplyDelete
  3. Perghhh tempatnya kemas jee.. Makanannya pun nampak menarik dan pelbagai.. Boleh berbuka kat sini nanti

    ReplyDelete