Jun 22, 2016

DocLab | Korea's No. 1 Face Ampoule



Pernah dengar jenama DocLab Face Ampoule? Produk kecantikan dari Korea Selatan yang kini telah menembusi pasaran Malaysia dan semakin popular. Walaupun produk ini dari Korea, tapi ianya telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Setiap set kotak mempunyai 5 botol Ampoule yang mana dengan sebotol sahaja sangat mencukupi untuk disapu keseluruh muka dan juga leher. Kalau ada lebih lagi boleh sapu dekat bahagian lengan. Memang rasa fresh sangat dan dalam masa yang sama memberi khasiat untuk kesihatan kulit kita.


Ketika sesi penerangan tentang produk DocLab Face Ampoule.


Kandungan utama DocLab Face Ampoule iaitu Hyaluronic Acid mampu merawat masalah kulit kering dan memberi kelembapan semulajadi untuk jangka masa yang panjang. Kalau nak tahu, ianya juga berfungsi untuk meningkatkan kenajalan kulit muka, anti penuaan, anti kedutan, merawat jerawat dan juga jeragat di tahap sederhana.


Bergambar kenangan bersama blogger yang hadir.
Credit picture : Syafiera



Kelebihan Doclab Face Ampoule adalah seperti berikut :
  • Diperbuat dari bahan semulajadi
  • Tanpa bahan kimia, tanpa alkohol dan bebas dari haiwan
  • Hyaluronic Acid: Membantu masalah kulit kering
  • Ekstrak ginseng: Untuk membantu menangani masalah garis-garis halus dan kedut
  • Ekstrak tumbuhan semulajadi
  • Vitamin E : Anti oksidan semulajadi dan kombinasi formula yang berasaskan dari bahan botanikal
  • Arbutin : Untuk mencerahkan kulit tanpa kesan sampingan
  • Witch Hazel Extract and Aloe Vera Leaf Extract untuk memelihara kelembapan kulit wajah


Simpan DocLab Face Ampoule di tempat yang dingin dan jauhkan dari cahaya matahari untuk menjaga kualitinya. DocLab Face Ampoule yang telah dibuka boleh bertahan selama 24 jam dan hanya untuk sekali penggunaan. Cara nak buka penutup botolnya juga memerlukan tenaga penuh sebab botolnya yang kecil. Pastikan tidak tertumpah tau.  




























Doclab Face Ampoule yang mengandungi bahan utama iaitu Hyaluronic Acid, Ekstrak Ginseng, Kolagen dan ekstrak daun Aloe Vera ini berfungsi untuk :

  • Memelihara lembapan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Memperbaiki sel dan struktur kulit
  • Mengembalikan kolagen pada kulit
  • Menghilangkan jeragat dan bintik hitam di wajah
  • Mengurangkan kedutan, garis-garis haus dan kesan penuaan
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit muka
  • Membuatkan make up tahan lebih lama dan menyerlah

Kandungan yang terdapat dalam sebotok DocLab juga berfungsi untuk meningkatkan sintesis kolagen sekaligus mengunci lembapan semula jadi serta menjadikan wajah muda jelita. Ia dihasilkan oleh pakar untuk mengatasi masalah kulit seperti kekeringan, kulit kusam, initasi, hiperpigmentasi dan penuaan. Paling penting, ianya tiada alkohol, tiada bahan berasaskan haiwan, tiada silikon dan juga tiada paraben. 100% selamat untuk kecantikan kulit wajah kita. Yayy! Tak hairanlah DocLab Face Ampule ini merupakan jenama Nombor 1 di Korea! :D


DocLab Hyaluronic Acid Face Ampoule 
RM 138.00/box/5 ampoules

Nak beli DocLab Face Ampoule dengan potongan diskaun sebanyak RM50? Jangan lupa gunakan promo code dibawah. Cepat tau! Sah sehingga 30 June 2016 ini sahaja dan untuk pembelian secara online! Nak lagi cepat terus hubungi Lim Chih Ling di talian 019-206 2386. Selamat bercantik-cantik di hari raya! Wee~

PROMO CODE : doclabbeauty

Untuk maklumat lanjut :

Website : www.doclabkr.com

Facebook : DocLab

Instagram : @doclabkr

Hotline : 019-206 2386

Terima kasih sudi baca

1 comment:

  1. comel botolnya, tapi ada something yang gah disebaliknya. Tertarik pula ena

    ReplyDelete