Jul 17, 2014

Sertai Uji Bakat Drama Seludup dan Berpeluang untuk Memenangi RM15,000 !

Assalamualaikum semua 




Berita baik untuk mereka yang mahu menjadi pelakon dan sekaligus memenangi wang tunai RM15,000! Haa sekarang Astro tengah mencari bakat baru untuk diserapkan ke dalam drama Seludup yang bakal bersiaran pada akhir tahun ini di Astro Prima saluran 105 dan juga Astro Maya HD saluran 135.


Sinopsis untuk drama SELUDUP.


 "Amran, 25, merupakan seorang nelayan dan usahawan muda di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Beliau amat dihormati oleh orang kampung lain, dan memiliki staf serta bot-bot sendiri.

Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup kini mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara.
Walaupun berdepan dengan bahaya, Amran bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih menjadi mangsa".




Antara pelakon yang bakal membintangi drama ini juga bukan calang calang orangnya. Semua pelakon hebat tanah air. Jehan Miskin, Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip, Raja Ilya dan mungkin juga anda yang membaca ini bakal jadi pelakon terkenal sebaris dengan mereka? 

                                                                          

Cuma ikuti langkah langkah berikut dan anda berpeluang berlakon disamping mereka.
Sekaligus memenangi RM 15,000! 



1. Pergi ke Laman Facebook Fanpage "Seludup", dan LIKE page Seludup untuk mengetahui info seterusnya


2. Kemudian KLIK tab UJI BAKAT di bahagian atas menu bar


SELUDUP juga telah menyediakan skrip pendek untuk lelaki dan perempuan yang mana akan memudahkan korang hafal dan lakonkan semula. Tak payah pening pening nak buat skrip sendiri. Cuma kalau nak buat tambahan skrip sendiri pun boleh asalkan jangan lari dari maksud asal skrip. Tapi memang senang sangat la cuma tinggal rakam dan upload sahaja video korang. Hee

Salah satu contoh video yang penuh ekspresi. Daebak!





Untuk info yang lebih lanjut, korang boleh klik link di bawah ni ye :

Uji Bakat -  Bit.ly/Seludup




Terima kasih sudi baca 


2 comments:

  1. Terbaik drama ni.. teringin nak join buat video tapi malangnya tiada keyakinan Hurmmm

    ReplyDelete
  2. ihihihi takde bakat belakon nak join hehehee.

    ReplyDelete