Jul 22, 2014

Ramadhan : Apa yang dikatakan sifat tawaduk dan Amalan atau Ibadah yang boleh dilakukan ketika wanita datang haid?

Assalamualaikum semua 


ABC?

Ramai sebenarnya yang tak tahu lagi rahsia disebalik ABC ni bila perempuan bercerita.
Sekarang bukan rahsia lagi. ABC tu ialah Allah Bagi Cuti :')


Dalam sebulan selalunya perempuan akan datang bulan dan hormon mereka tak stabil dan emosi kesabaran juga di bawah paras laut. Ada je yang tak kena. Yang paling 'best', sehari sebelum atau hari pertama tu semua orang nak di geramkan. Lepas tu tak ada angin tak ada ribut, tetiba menangis. ish ish. Sakit perut bukan kepalang juga jangan dilupa. Kepada kaum lelaki mohon memahami dan menyayangi orang tersayang anda lebih lagi ye. Hehe


Hurm.. Sebenarnya yang paling sedih kalau perempuan tu datang bulan masa 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Serius sedih. Dah rasa gembira dah mungkin boleh puasa penuh tahun ni kan. Tapi siapalah kita nak lawan takdir Allah? Bersangka baik. :)


Dan bagi sesiapa yang masih tak tahu amalannya, amalkan ini. Yaya pun rujuk sini. Ilmu macam ni kena kongsi kan? :')


 Doa ketika datang haid 




Doa ketika haid: “Alhamdulillah ‘ala kullin hal waasta’firrullaha min kullin zambin. 

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan  Aku memohon keampunan  kepada Allah dari segala dosa.






Selain zikrullah, istighfar dan berselawat ke atas nabi, kita digalakkan menderma lebih daripada biasa di bulan Ramadhan ini . You know, besar ganjarannya di bulan Ramadhan ni. Selain itu, bantu ibu kat dapur, bantu sesama manusia dan merapatkan ukhwah silaturahim sesama umat Islam.

Memaafkan diri dan memaafkan orang sekeliling kita. Bersihkan hati. Sucikan diri. Sentiasa tawaduk.


Antara sifat tawaduk :

1. Tawaduk atau merendahkan diri serta bercampur gaul itu, tidak menyebabkan kurangnya harga diri jika dibandingkan dengan darjat orang yang takbur atau bongkak dengan sebab ilmu pengetahuannya atau keagamaannya.

2- Orang yang berusaha agar dirinya selalu dicintai orang lain, atau mengharap dirinya adalah orang yang baik pada mata umum. Sebenarnya ia tertipu dengan perasaannya. Yang penting hanya keredhaan ALLAH yang wajib diusahakan.

Tawaduk juga akan melenyapkan sikap berbangga diri, sombong dan mementingkan diri sendiri. 



Allah berfirman yang bermaksud: 

Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang 
rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi 
dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka 
kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.” 
(Surah Luqman, ayat 18)

Dalam hal ini Rasulullah SAW memerintahkan supaya umat Islam 
menghiasi diri dengan sifat tawaduk.

Sabda Baginda SAW :

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya 
kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup 
menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri 
(sombong) kepada orang lain.” 
(Hadis riwayat Muslim)




Dan yang terakhir sekali. Istiqamah. Semoga kita semua tergolong dikalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin ya Rabb :')




Terima kasih sudi baca  

2 comments: