Jun 23, 2016

Kiss Me | Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film



Hai semua! Siapa kat sini mempunyai bulu mata yang pendek macam Yaya? Kalau bulu mata kita pendek, memang kita geng! Jealousnya Yaya bila tengok orang lain yang ada bulu mata panjang, cantik dan lentik. Makin terserlah kecantikan mata mereka kan? Maka dengan itu, walaupun bulu mata Yaya pendek tambah pula dengan pakej bermata sepet, semua itu boleh ditangani dengan adanya mascara best dari jenama Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film! ^_^


Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film berfungsi memberikan efek bulu mata yang panjang dan lebih bervolume atau lentik gitu. Menariknya, bulu mata ini mempunyai 2mm fibers yang menjadikan bulu mata kita lebih lembut dan mmberikan kesan lentikan. Fomula yang terdapat dalam Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film membuatkan mata kita lebih nampak cantik dan menawan. Hihi

Jom tengok mata Yaya sebelum dan selepas menggunakan Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film! :p


SEBELUM : Terserlah keadaan mata Yaya yang agak sepet dan juga bulu mata yang hidup segan mati tak mahu. Macam tak nampak langsung kan? :(




Mana bulu mata saya? >.<


Okay sekarang jom kita try lapisan pertama Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film!


SELEPAS : Sekejapnya dah terserlah bulu mata kita yang tersorok :O




Rupanya bulu mata Yaya ni cantik juga. Hihi perasan :p


Nampak tak perbezaan mata kiri dan mata kanan. Gambar bulu mata di bahagian kanan nampak lebih panjang dan tebal. Untuk pengetahuan semua, Yaya tidak menggunakan pelentik bulu mata ya untuk menampakkan kesan efektif berus itu sendiri :)


Kalau rasa nak kesan yang lebih dramatik, boleh sapukan Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film ke bulu mata anda secara berulang-kali sehingga mendapatkan hasil yang memuaskan. :)


Kalau nak tahu, kandungan istimewa yang terdapat dalam Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film ini ialah camellia oil, ekstrak royal jelly, argan oil dan juga wild rose oil. Dengan semua khasiat yang terkandung tanpa bahan kimia yang berbahaya, ia membuatkan bulu mata kita lebih sihat dan selamat. Tak hairanlah jenama Kiss Me ini merupakan jenama No. 1 di Jepun! 


Yang paling best tentang Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film ini juga ialah, walaupun bersifat waterproof, ianya masih mudah dibersihkan tau. Takdelah mata kita jadi mata panda nanti. Yayy! :D


 OMG tak boleh stop selfie lepas pakai Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film ni! Hahahaha layan jelah ye! :p :p




Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film ini boleh didapati di Sasa dan Watsons yang terpilih di seluruh Malaysia dengan harga RM49.90.


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : KissMeMY

Instagram : @kissmemalaysia



Terima kasih sudi baca

Jun 22, 2016

DocLab | Korea's No. 1 Face Ampoule



Pernah dengar jenama DocLab Face Ampoule? Produk kecantikan dari Korea Selatan yang kini telah menembusi pasaran Malaysia dan semakin popular. Walaupun produk ini dari Korea, tapi ianya telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Setiap set kotak mempunyai 5 botol Ampoule yang mana dengan sebotol sahaja sangat mencukupi untuk disapu keseluruh muka dan juga leher. Kalau ada lebih lagi boleh sapu dekat bahagian lengan. Memang rasa fresh sangat dan dalam masa yang sama memberi khasiat untuk kesihatan kulit kita.


Ketika sesi penerangan tentang produk DocLab Face Ampoule.


Kandungan utama DocLab Face Ampoule iaitu Hyaluronic Acid mampu merawat masalah kulit kering dan memberi kelembapan semulajadi untuk jangka masa yang panjang. Kalau nak tahu, ianya juga berfungsi untuk meningkatkan kenajalan kulit muka, anti penuaan, anti kedutan, merawat jerawat dan juga jeragat di tahap sederhana.


Bergambar kenangan bersama blogger yang hadir.
Credit picture : Syafiera



Kelebihan Doclab Face Ampoule adalah seperti berikut :
  • Diperbuat dari bahan semulajadi
  • Tanpa bahan kimia, tanpa alkohol dan bebas dari haiwan
  • Hyaluronic Acid: Membantu masalah kulit kering
  • Ekstrak ginseng: Untuk membantu menangani masalah garis-garis halus dan kedut
  • Ekstrak tumbuhan semulajadi
  • Vitamin E : Anti oksidan semulajadi dan kombinasi formula yang berasaskan dari bahan botanikal
  • Arbutin : Untuk mencerahkan kulit tanpa kesan sampingan
  • Witch Hazel Extract and Aloe Vera Leaf Extract untuk memelihara kelembapan kulit wajah


Simpan DocLab Face Ampoule di tempat yang dingin dan jauhkan dari cahaya matahari untuk menjaga kualitinya. DocLab Face Ampoule yang telah dibuka boleh bertahan selama 24 jam dan hanya untuk sekali penggunaan. Cara nak buka penutup botolnya juga memerlukan tenaga penuh sebab botolnya yang kecil. Pastikan tidak tertumpah tau.  




























Doclab Face Ampoule yang mengandungi bahan utama iaitu Hyaluronic Acid, Ekstrak Ginseng, Kolagen dan ekstrak daun Aloe Vera ini berfungsi untuk :

  • Memelihara lembapan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Memperbaiki sel dan struktur kulit
  • Mengembalikan kolagen pada kulit
  • Menghilangkan jeragat dan bintik hitam di wajah
  • Mengurangkan kedutan, garis-garis haus dan kesan penuaan
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit muka
  • Membuatkan make up tahan lebih lama dan menyerlah

Kandungan yang terdapat dalam sebotok DocLab juga berfungsi untuk meningkatkan sintesis kolagen sekaligus mengunci lembapan semula jadi serta menjadikan wajah muda jelita. Ia dihasilkan oleh pakar untuk mengatasi masalah kulit seperti kekeringan, kulit kusam, initasi, hiperpigmentasi dan penuaan. Paling penting, ianya tiada alkohol, tiada bahan berasaskan haiwan, tiada silikon dan juga tiada paraben. 100% selamat untuk kecantikan kulit wajah kita. Yayy! Tak hairanlah DocLab Face Ampule ini merupakan jenama Nombor 1 di Korea! :D


DocLab Hyaluronic Acid Face Ampoule 
RM 138.00/box/5 ampoules

Nak beli DocLab Face Ampoule dengan potongan diskaun sebanyak RM50? Jangan lupa gunakan promo code dibawah. Cepat tau! Sah sehingga 30 June 2016 ini sahaja dan untuk pembelian secara online! Nak lagi cepat terus hubungi Lim Chih Ling di talian 019-206 2386. Selamat bercantik-cantik di hari raya! Wee~

PROMO CODE : doclabbeauty

Untuk maklumat lanjut :

Website : www.doclabkr.com

Facebook : DocLab

Instagram : @doclabkr

Hotline : 019-206 2386

Terima kasih sudi baca