Apr 13, 2023

UNIC Sah Jalinkan Kerjasama, Inteam Yakin Peminat Kekal Sokongan Capai Sasaran Bantu 500,000 Penerima Manfaat Sepanjang Ramadan

UNIC SAH JALINKAN KERJASAMA, INTEAM YAKIN PEMINAT KEKAL SOKONGAN CAPAI SASARAN BANTU 500,000 PENERIMA MANFAAT SEPANJANG RAMADAN


Kuala Lumpur: Kumpulan nasyid tanah air, UNIC yang dianggotai oleh Fakhrul, Bazli serta Dr. Fitri Haris sah menjalinkan kerjasama sebagai Ikon Kemanusiaan Muhibbah bersama sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan (NGO) Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.


https://fb.watch/jTfJKDlkky/


Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang memasuki tahun ke 12 dalam usaha-usaha menggerakkan bantuan kepada negara-negara bergolak khususnya Syria, berharap dengan penglibatan UNIC sebagai salah seorang Ikon Kemanusiaan Muhibbah mereka dapat membantu untuk menyebarkan advokasi dan kesedaran berkaitan negara-negara yang sedang dilanda krisis kemanusiaan akibat perang seperti Syria serta Palestin. 


“Alhamdulillah, saya sebelum ini memang pernah mengikuti misi yang dilakukan ketika Bantuan Musim Sejuk Syria pada tahun 2021 dan saya lihat bantuan yang diperlukan oleh pelarian Syria amat mendesak terutama dari segi makanan dan barangan keperluan asas. Idea untuk bekerjasama secara berkumpulan muncul apabila saya secara rasmi kembali bersama UNIC pada Julai 2022 dan Alhamdulillah bermula Ramadan ini, UNIC telah menjadi salah sebuah Ikon Kemanusiaan Muhibbah Peduli Insan dan kami amat berharap sokongan daripada peminat dan rakan artis serta rakan media.”



Tambah Dr. Fitri Haris lagi, yang sebelum ini pernah menjalani misi Bantuan Musim Sejuk Syria di kem pelarian Syria, Lebanon mengatakan beliau sangat terkesan dengan keadaan kehidupan pelarian Syria yang semakin menderita walaupun tanpa ada peperangan berikutan kesan dari perang yang terjadi lebih 12 tahun lalu membuatkan mereka menjadi dhaif sekelip mata apabila terpaksa meninggalkan segalanya demi menyelamatkan nyawa mereka dan anak-anak.


Manakala Inteam sebelum ini, yang sudah memasuki tahun ke 4 dalam menjadi Ikon Kemanusiaan Muhibbah Peduli Insan berasa amat gembira dengan penglibatan rakan nasyid UNIC. Inteam kini sedang giat memperluaskan usaha untuk meraih dana sumbangan bagi Kempen Infaq Ramadan (12) yang mensasarkan bantuan sepanjang Ramadan sebanyak 500,000 penerima manfaat di kem pelarian Syria serta di Gaza, Palestin terutama bagi bantuan berbentuk juadah iftar serta sahur.


Menurut Hazamin Harun, beliau berkongsi mengenai bantuan Ramadan yang telah mula diagihkan bermula 1 Ramadan dan bantuan ini akan diteruskan kepada musim Hari Raya Aidilfitri bagi kelengkapan makanan serta bantuan lain seperti kesihatan dan pakaian baharu. 



“Peduli Insan telah menghantar bantuan kepada lebih 350,000 penerima manfaat berbentuk set makanan lengkap dengan agihan kurma serta air minuman yoghurt atau dikenali sebagai Laban di Syria. Segala persiapan ini dilakukan oleh pasukan Peduli Insan sendiri di dapur terbesar mereka di utara Syria yang boleh dimaksimumkan sehingga 10,000 juadah makanan pelbagai. Akan tetapi, saya dimaklumkan sumbangan masih perlahan menyebabkan kapasiti penuh dapur ini belum lagi dapat dicapai.”


Mengambil peluang merebut pahala Lailatul Qadar, yang lebih baik dari 1,000 bulan marilah kita bersama-sama merebut pahala untuk memberi orang makan di dalam bulan Ramadan. Moga-moga usaha ini diterima Allah SWT dan diberikan rezeki berjumpa di Ramadan akan datang, insyaAllah. Bagi mereka yang ingin mengetahui mengenai kemaskini persiapan memasak dan agihan yang dilakukan bagi bantuan sepanjang Ramadan ini dan juga kempen-kempen lain, boleh layari laman sosial Peduli Insan https://www.facebook.com/peduliinsan.my


Bagi para pembaca yang ingin turut sama berkongsi rezeki, boleh sumbangkan melalui akaun rasmi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor 0704 3011 0620 82 (Bank Islam). Bagi sebarang pertanyaan atau tajaan bantuan boleh hubungi nombor talian 013-3968840 atau 017-7444595.


Mar 24, 2023

Jom Iftar Ramadan @ Bangi Golf Resort 2023

 

Bila dah tiba bulan Ramadan, barulah kita dapat jumpa pelbagai makanan dan kuih muih yang unik yang jarang kita jumpa pada hari biasa. Bila dah berbuka puasa dirumah pada setiap hari berkerja, nak juga berbuka puasa diluar bersama keluarga tersayang di hujung minggu. Kalau korang berada di sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya dan kawasan sekitar, jom berbuka puasa di Bangi Golf Resort, Bangi minggu ni!


Setiap tahun, pastinya Bangi Golf Resort (BGR) sentiasa menyediakan bufet Ramadan dengan menu hidangan yang sangat enak dan pelbagai dengan harga paling berbaloi. Mana taknya, di Jom Iftar Ramadan di Bangi Golf Resort kali ini menyediakan hampir 200 menu istimewa. Tak perlu susah-susah nak masak, datang je berbuka di sini.


Sebelum tu, meh Yaya kongsikan harga Jom Iftar Ramadan di Bangi Golf Resort :

Harga Bufet Ramadan Bangi Golf Resort (BGR) 
Dewasa : RM65
Kanak-kanak : RM32.50 
Tarikh : 23 March - 20 April

Kalau nak harga diskaun bagi mereka yang ingin datang secara berkumpulan dan juga di luar waktu puncak dalam bulan Ramadan ini. Korang boleh membuat tempahan di >> https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2023/

Antara menu menarik yang bakal menggamit selera korang ketika berbuka puasa di Bangi Golf Resort





Menariknya bagi tahun ini, Bangi Golf Resort menyediakan menu baharu iaitu Indian Chicken Varuval, Paru salai Masak lemak Cili Api, House-made Swedish Meatball, Marmite Fried Chicken, Soy Sauce Chicken with Ginger Scallion Sauce, Ikan Masak Asam Pedas, Makanan Laut Masak Berlado, Thai Beef Noodles dan banyak lagi.











Menu western pun ada jangan risau kalau bawa anak kecil ye




Kalau korang tertanya ada kambing golek ke tak? Pastinya ada!!


Sedap betul nasi kerabu kat sini! My first terjah will always go to their Nasi Kerabu! Sedap sangattt. Mana taknya, bunga telang yang dugunakan dalam nasi kerabu ini dipetik segar di ladang kepunyaan Bangi Golf Resort sendiri tau





Menu pemanis mulut yang pastinya membuat korang cair dengan kesedapannya. Ada lebih 50 jenis untuk korang pilih untuk memaniskan mulut korang yang sedia manis :p Antara kuih dan kek yang ada ialah Talam Cendol, Kuih Seri Muka, Kuih Koci, Apam Seri Ayu, Lemang Balut Serunding Ayam Pedas, Pulut Putih, Serawa durian, Lamington Cake, Blueberry Cheese Cake, Opera Cake, Hazelnut Chocolate Cake dan lain-lain.








Ada ABC dan Cendol juga! Selain itu ada ais krim soft serve, popcorn caramel dan menu baru Gula-Gula Kapas dan juga 'Menghias Spanish Churros ' dengan pelbagai sos seperti sos marshmallow, sos pekat coklat dan rainbow sprinkles.


Sementara korang makan, korang akan dihiburkan dengan dendangan lagu yang membuatkan lagi bertambah selera tu nak makan :p


Paling Yaya suka tentang Bangi Golf Resort ni, pastinya ruang dewan yang besar. Nak makan pun rasa selesa tanpa berhimpit. Lot parkir sebanyak 800 lot juga disediakan buat tetamu yang hadir. Surau lelaki dan perempuan yang luas dan selesa turut disediakan buat tetamu yang ingin berbuka disini

Sejak penganugerahan sijil HALAL dari JAKIM yang diterima pada tahun 2009, BGR merupakan anatara sebahagian kecil golf resort di Malaysia yang mempunyai pensijilan ini. Sebagai tambahan, BGR juga telah dianugerahkan Sijil HACCP bagi dapur mereka sejak tahun 2021. Korang tidak perlu merasa was-was tentang komitmen BGR dalam memastikan Halalan Toyyiban serta piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.


Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh layari:

Tempahan :  https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2023/

Instagram : https://www.instagram.com/bangigolfresortofficial/

Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort

Bangi Golf Resort No 1, Persiaran Bandar, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel: 1700-82 1457

Fax: +603 8925 3727; +603 8925 3726

Email: enquiry@bgrrest.com




Terima kasih sudi baca