Showing posts with label Iftar. Show all posts
Showing posts with label Iftar. Show all posts

Mar 24, 2023

Jom Iftar Ramadan @ Bangi Golf Resort 2023

 

Bila dah tiba bulan Ramadan, barulah kita dapat jumpa pelbagai makanan dan kuih muih yang unik yang jarang kita jumpa pada hari biasa. Bila dah berbuka puasa dirumah pada setiap hari berkerja, nak juga berbuka puasa diluar bersama keluarga tersayang di hujung minggu. Kalau korang berada di sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya dan kawasan sekitar, jom berbuka puasa di Bangi Golf Resort, Bangi minggu ni!


Setiap tahun, pastinya Bangi Golf Resort (BGR) sentiasa menyediakan bufet Ramadan dengan menu hidangan yang sangat enak dan pelbagai dengan harga paling berbaloi. Mana taknya, di Jom Iftar Ramadan di Bangi Golf Resort kali ini menyediakan hampir 200 menu istimewa. Tak perlu susah-susah nak masak, datang je berbuka di sini.


Sebelum tu, meh Yaya kongsikan harga Jom Iftar Ramadan di Bangi Golf Resort :

Harga Bufet Ramadan Bangi Golf Resort (BGR) 
Dewasa : RM65
Kanak-kanak : RM32.50 
Tarikh : 23 March - 20 April

Kalau nak harga diskaun bagi mereka yang ingin datang secara berkumpulan dan juga di luar waktu puncak dalam bulan Ramadan ini. Korang boleh membuat tempahan di >> https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2023/

Antara menu menarik yang bakal menggamit selera korang ketika berbuka puasa di Bangi Golf Resort





Menariknya bagi tahun ini, Bangi Golf Resort menyediakan menu baharu iaitu Indian Chicken Varuval, Paru salai Masak lemak Cili Api, House-made Swedish Meatball, Marmite Fried Chicken, Soy Sauce Chicken with Ginger Scallion Sauce, Ikan Masak Asam Pedas, Makanan Laut Masak Berlado, Thai Beef Noodles dan banyak lagi.











Menu western pun ada jangan risau kalau bawa anak kecil ye




Kalau korang tertanya ada kambing golek ke tak? Pastinya ada!!


Sedap betul nasi kerabu kat sini! My first terjah will always go to their Nasi Kerabu! Sedap sangattt. Mana taknya, bunga telang yang dugunakan dalam nasi kerabu ini dipetik segar di ladang kepunyaan Bangi Golf Resort sendiri tau





Menu pemanis mulut yang pastinya membuat korang cair dengan kesedapannya. Ada lebih 50 jenis untuk korang pilih untuk memaniskan mulut korang yang sedia manis :p Antara kuih dan kek yang ada ialah Talam Cendol, Kuih Seri Muka, Kuih Koci, Apam Seri Ayu, Lemang Balut Serunding Ayam Pedas, Pulut Putih, Serawa durian, Lamington Cake, Blueberry Cheese Cake, Opera Cake, Hazelnut Chocolate Cake dan lain-lain.








Ada ABC dan Cendol juga! Selain itu ada ais krim soft serve, popcorn caramel dan menu baru Gula-Gula Kapas dan juga 'Menghias Spanish Churros ' dengan pelbagai sos seperti sos marshmallow, sos pekat coklat dan rainbow sprinkles.


Sementara korang makan, korang akan dihiburkan dengan dendangan lagu yang membuatkan lagi bertambah selera tu nak makan :p


Paling Yaya suka tentang Bangi Golf Resort ni, pastinya ruang dewan yang besar. Nak makan pun rasa selesa tanpa berhimpit. Lot parkir sebanyak 800 lot juga disediakan buat tetamu yang hadir. Surau lelaki dan perempuan yang luas dan selesa turut disediakan buat tetamu yang ingin berbuka disini

Sejak penganugerahan sijil HALAL dari JAKIM yang diterima pada tahun 2009, BGR merupakan anatara sebahagian kecil golf resort di Malaysia yang mempunyai pensijilan ini. Sebagai tambahan, BGR juga telah dianugerahkan Sijil HACCP bagi dapur mereka sejak tahun 2021. Korang tidak perlu merasa was-was tentang komitmen BGR dalam memastikan Halalan Toyyiban serta piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.


Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh layari:

Tempahan :  https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2023/

Instagram : https://www.instagram.com/bangigolfresortofficial/

Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort

Bangi Golf Resort No 1, Persiaran Bandar, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel: 1700-82 1457

Fax: +603 8925 3727; +603 8925 3726

Email: enquiry@bgrrest.com




Terima kasih sudi baca   

Jun 22, 2015

Berbuka Puasa di Me'nate Steak Hub

Assalamualaikum semua 


Adeh memang dugaan tau bila nak cerita balik keenakan makanan di Me'nate Steak Hub ni. Memang menguji dan membuat air liur kecur semula. Teringat masa yaya dan blogger lain berbuka bersama sama haritu. Memang seronok dan meriah. ^_^


Bagi mereka yang nak pergi, landmark Me'nate Steak Hub ni bersebelahan dengan KL Festival City di Setapak tu. Senang nak pergi dan senang juga nak nampak. ^_^


Sempena Ramadhan yang mulia ini, Me'nate Steak Hub telah membuat promosi Ramadhan Special untuk mereka yang ingin berbuka puasa disini. Yaya suka suasana dalaman restoran yang sungguh cantik dan selesa ni. ^_^



Untuk pengetahuan, daging lembu dan kambing yang segar semuanya di tempatkan di dalam ice box macam ni. Memang kemas dan tersusun. Geramnya tengok. Haha





Me'nate Steak Hub juga turut menyediakan makanan 'a la carte'. Pizza dan soup of the day di sini memang terbaik. Nak datang lagi nanti.



Untuk Me'nate Ramadhan Special ini, pelanggan boleh memilih set mengikut citarasa masing- masing. Minimum untuk 2 orang tempahan tau!


Set A - RM75/seorang


- Angus
- Beef Ribs
- Lamb ribs/Ranghost
- Pasta Olio Aglio
- Mix salad


Set B - RM75/seorang


- Lamb Shank
- Lamb ribs
- Lamb Rack/Loin
- Lamb Syabu
- Pasta Olio Aglio
- Mix salad


Set C - RM100/seorang

028 Set C

- Salmon 
- Mussel 
- King Prawn 
- Scallop / Crab Meat
- Pasta Olio Aglio
- Mix Salad


Set D - RM150/seorang 
(Rasai keenakan Steak Wagyu yang memang awesome)


- Wagyu Beef
- Wagyu Beef Ribs
- Pasta Olio Aglio
- Mix salad


Set Lain RM300/set ( Untuk 4-6 orang ) 

Heavenly Lamb


- Briyani Rice
- Lamb Shoulder
- Mix Salad
- Fruits ( Mix ) 
- Kurma 



Heavenly Beef 
RM350/meal


- Briyani Rice
- Crackling Roast Beef
- Mix Salad
- Soup of the Day
- Fruits ( mix )
Kurma



Nyumssss~!


Chef sedang membantu memotongkan Heavenly Lamb untuk kami. Memang heaven hidangan ni!

Yaya memang bagi 5 bintang untuk hidangan steak dan juga makanan lain disini. Boleh order hidangan sampingan yang lain juga tau korang hee 



Menariknya, kesemua orang kuat di Me'nate Steak Hub mempunyai hubungan persaudaraan sesama sendiri. Baik sangat semuanya melayan kerenah pelanggan yang bermacam macam peel. Bangga sangat dengan kejayaan Me'nate Steak Hub kerana mampu berjaya di tahap sekarang dan setanding dengan jenama steak house popular yang lain.


Promosi Ramadhan Special ini terbuka untuk semua cawangan Restoran Me'nate Steak Hub di Malaysia :

Setapak Branch (HQ)
C-01 & C-01-03,
Starparc Point,
Jalan Taman Ibukota,
Off Jalan Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur
T : 03-41318121
F : 03-41311611

Ampang Jaya Branch
No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang,
68000 Ampang Jaya,
Kuala Lumpur
T/F : 03-42513460

Wangsa Maju Branch
25 Jalan Delima 12,
Wangsa Link,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
T: 03-42513460


Terima kasih Chef Haji Mus! In sya Allah Yaya akan pergi lagi! Antara steak yang terbaik di alam semesta! 


Untuk tempahan, hubungi 012-9051517 atau 011-12838749.


Instagram : @menatesteakhub



Terima kasih sudi baca