Feb 2, 2023

HIFU Treatment @ The Beauty Expert Academy Spa Cheras

 

Seiring dengan arus pemodenan, semakin banyak teknologi canggih yang dicipta untuk mempercepat dan memudahkan segala proses yang diperlukan. Dunia kecantikan juga turut berinovasi dan secara tak langsung memberi harapan kepada mereka (seperti yaya :p) untuk dapatkan rawatan kecantikan di klinik aestetik yang kini menjadi fenomena di mana-mana.


Tidak terkecuali, The Beauty Expert Academy Spa Cheras kini antara yang terawal di Malaysia yang kini hadir dengan rawatan HIFU (High-intensity focused ultrasound) yang memberi fokus untuk menganjalkan wajah dan membetulkan jaringan kulit dalam kadar segera. Yes. You hear me. Fast result guys! Ada orang panggil 'Lunchtime Face Lift' kerana rawatannya cepat :D


Apa Itu Rawatan HIFU?

Bagi yang belum tahu, rawatan HIFU ini sangat selamat dan tidak menggunakan sebarang jarum atau suntikan tau sesuai dengan gelaran mereka 'Aesthetic Spa #1 Tanpa Injection'. Rawatan ini sepenuhnya menggunakan teknologi ultrasound yang mana ianya akan merawat sehingga kedalam tisu kulit untuk menegangkan kulit, menggalakkan penghasilan kolagen baharu secara semulajadi di wajah, menipiskan sel lemak di bahagian wajah dan juga menaikkan semula kulit wajah yang kendur. Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas seperti Yaya, memang sesuai sangat kita bermula dari sekarang disamping mengamalkan gaya hidup sihat ;)

Yaya bersama bidadari di The Beauty Expert Academy Spa Cheras cantiknya diorang niii ❤

Tentang The Beauty Expert Academy (TBEA)

The Beauty Expert Academy (TBEA) mula ditubuhkan pada 19 November 2012. TBEA merupakan Pusat Aesthetic Kecantikan berfokuskan kepada bidang aesthetic di mana memberikan perkhidmatan perawatan kulit wajah kepada pelanggan. TBEA juga turut menyediakan khidmat spa therapy, rawatan badan, makeup servis serta slimming program.


Pengasas TBEA, Puan Mastura Binti Idris (Ticer Mas) yang merupakan Pakar Aesthetic juga mempunyai akademi kecantikan yang turut menyediakan khidmat tenaga pengajar untuk kursus-kursus asas kecantikan.


Pengasas The Beauty Expert Academy Spa Cheras, Ticer Mas

Selain dari melatih para usahawan dan menjadi tenaga pengajar dalam sektor kerajaan & swasta, Ticer Mas yang merupakan The Only One Guru Aesthetic juga merupakan tenaga pengajar yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malasyia, Aesthetic Specialist Teacher, Pegawai Latihan Vokasional(VTO), Train-the-trainer(TTT), Training Provider serta Jawatankuasa Penasihat Industri Kolej Komuniti. 


Dapat bertentang mata dengan Ticer Mas juga merupakan satu peluang bagi Yaya untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Cantik sangat Ticer Mas ni dan tak lokek berkongsi dengan kami semua tentang dunia kecantikan.


Ticer Mas memberi penerangan dengan lebih mendalam tentang struktur wajah dan bagaimana inovasi dari teknologi yang digunakan memberi manfaat buat kecantikan semua.


Antara sijil dan pengiktirafan yang dimiliki oleh Ticer Mas dan juga The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Memang hebat 👍



Emcee cantik


Seronok time ni ketika sesi selingan bermain game hihi

Jom Yaya bawa jalan-jalan ke sekitar ruang dalaman The Beauty Expert Academy Spa Cheras

Beberapa buah bilik rawatan yang terdapat di The Beauty Expert Academy Spa Cheras untuk keselesaan pelanggan

Antara pusat aesthetic muslimah terbaik yang Yaya pernah pergi. Kaum wanita pun rasa selamat nak datang. Sekiranya nak bawa suami, kena datang bersama suami tau baru boleh masuk ;)

Antara produk skincare RoyalQ Asia yang dihasilkan oleh The Beauty Expert Academy 


Ketika sesi rawatan HIFU. Pelanggan akan membuat skin analysis terlebih dahulu bagi mengenalpasti bahagian wajah yang mana yang memerlukan rawatan yang dikehendaki.


Antara masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang sudah berusia pastinya seperti kulit wajah yang kendur, garisan halus diwajah, lingkaran hitam di bawah mata, struktur wajah yang makin bulat atau petak (macam yaya haha). Paling ramai orang ada masalah double-chin kan? So dengan rawatan HIFU ini, ianya akan membantu merawat semula masalah yang dihadapi tadi supaya memberi keyakinan kepada kita dan of course nampak lebih muda dan berseri 😊




Menariknya, Dengan HIFU treatment ini, tiada down-time yang diperlukan. Pelanggan boleh kembali beraktiviti seperti biasa, pakai make up dan tiada pantang larang seperti kebanyakan rawatan yang menggunakan suntikan yang lain. Bagi mereka yang sukakan rawatan yang selamat, pastinya HIFU treatment tercipta khas untuk anda! :D


Hasil before dan after. Kulit Jane nampak lebih anjal, tegang secara semulajadi dan double-chin juga berkurangan. Yaya pun tak sabar nak buat rawatan HIFU ni. Nak buang double-chin juga! Sempatlah nak berwajah V-shape di hari raya nanti :p


Tadi ada kan Yaya sebut tentang skin analysis yang mana team The Beauty Expert Academy akan menganalisis dan mengenal pasti masalah wajah yang dihadapi? Haa inilah dia mesinnya


Cuma perlu letak sahaja muka di sini dan dalam beberapa saat, dah keluar result 


Beautician akan explain masalah yang dihadapi sesuai dengan umur semasa. Time ni baru sedar penjagaan wajah sangat penting dan penjagaan haruslah bermula dari awal supaya ianya melambatkan lagi proses penuaan. Yang penting, faktor pemakanan juga penting. Kena banyak minum air, amalkan gaya hidup sihat, pakai pelembap wajah, pakai sunscreen dan double cleanse selepas menggunakan solekan.


Bersama Ticer Mas yang very beautiful


Bersama para bidadari huwaa daku terasa kerdil disitu  T_T

Harga Promosi Pengenalan Rawatan HIFU!

Berita baik buat semua yang nak cantik sebelum raya, bila balik kampung semua terpesona nampak muda haa ok sangat la tu korang dapatkan rawatan HIFU dengan harga mampu milik! Dengan cuma RM199 dari harga sebenar RM900, jom semua datang ke The Beauty Expert Academy Spa Cheras! Memang sangat berbaloi buat mereka yang pertama kali nak cuba. Boleh waze je mudah kan hee tapi sebelum datang jangan lupa booking dahulu di nombor tertera ye atau boleh klik link ke whatsapp >> https://wa.link/okxwh3


Cepat booking slot anda sekarang! (pesanan dari kami si pari-pari)

Waktu operasi: 
Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM)
Sabtu & Ahad (10AM-6PM) 

The Beauty Expert Academy Spa Cheras 
No 14B, Jalan Suadamai 1/2, 
Bandar Tun Hussein Onn, 
43200 Cheras, Selangor. 
03-95497094/ 013-2576447



Terima kasih sudi baca   

Jan 10, 2023

MRFIX | Kedai Repair phone murah Putrajaya dan Tips Penjagaan Gajet

Hai korang! Especially mereka yang berada di sekitar Putrajaya, kalau ada masalah phone, laptop atau macbook sila datang terus ke cawangan MRFIX di Presint 8, Putrajaya. Paling best, mereka buat servis face-to-face tau! So korang boleh tengok sendiri mereka baiki gajet korang di depan mata. Tapi kalau tiada masa untuk menunggu, jangan risau sebab boleh tinggalkan sahaja gajet yang ingin dibaiki disini. InsyaAllah team MRFIX akan buat yang terbaik untuk "fix" kan kembali gajet korang hihi


Kebetulan Yaya nampak ada kawan yang tukar bateri iphone mereka disini dengan harga yang berpatutan, so Yaya pun ambil peluang untuk pergi ke MRFIX Putrajaya ni. Di sambut baik oleh team MRFIX, mereka turut memberikan pelbagai tips penjagaan smartphone kepada Yaya. Memang sangat membantu terutamanya kaum wanita yang kadang kala kurang mahir tentang penjagaan smartphone :p 


"Huish teruk sangat bateri iphone ni, battery health tinggal 74% je! Memang kena tukar bateri ni"

Terkesima Yaya bila team MRFIX cakap macam tu. Patutlah cepat sangat bateri phone Yaya habis. Rupanya kadar upayaan bateri cuma 74% je. Iphone 11 Yaya ni pun Shawn yang hadiakan sempena birthday 3-4 tahun lepas. Time tu memang baru keluar lagi. Memang tak pernah tukar bateri ke apa :')


MRFIX pakar dalam servis dan perkhidmatan membaikpulih smartphone :
  • LCD replacement 
  • Baterry replacement 
  • Charging port 
  • Software
  • Speaker
  • Antena
  • Back/Front Camera
  • Fingerprint
  • Off/On Button

Face-to-face service


Sambil-sambil menunggu team MRFIX godek-godek smartphone kita, ada pelbagai tips penting yang turut dikongsikan tau. Mereka juga ada membuat perkongsian tips di media sosial MRFIX. Jangan lupa follow okay! ;)

Antara 5 tips Penjagaan Battery Phone yang patut diamalkan oleh semua :
  • Jangan cas menggunakan power supply dalam kereta
  • Elakkan guna powerbank dengan kerap
  • Cas jika tahap battery rendah sahaja
  • Elakkan bermain phone semasa mengecas
  • Digalakkan menggunakan "air plane mode" ketika mengecas phone


Ada pelbagai pilihan aksesori penjagaan smartphone disini. Boleh sangat kalau nak tukar tempered glass baru dan lain-lain ^_^




Boleh beli and standby untuk bawa travel nanti hihi



Tiba-tiba terpandang sudut ni. Oh yes sebab MRFIX juga menawarkan servis membaiki laptop dan macbook! Wow lepas ni senang la kalau nak betulkan laptop yang dah slow tu hee


MRFIX pakar dalam servis dan perkhidmatan membaikpulih laptop/macbook :
  • Format laptop
  • Fan services
  • Tukar screen
  • Tukar battery
  • Tukar keyboard
  • Upgrade SSD/HDD
  • Upgrade RAM
  • Tukar thermal paste

Team MRFIX sedang memberikan penerangan kepada pelanggan dan menawarkan antara pilihan SDD yang selalu digunakan untuk menaiktaraf kecekapan komputer riba


Antara "tools" yang digunakan untuk membaiki dan membersihkan dalaman laptop. Nampak simple tapi kepakaran yang dimiliki oleh team MRFIX tak semua orang ada hihi


5 Tips Menjaga Laptop dari MRFIX :
  • Sentiasa menjaga suhu laptop supaya tidak overheat ketika penggunaan
  • Jangan kerap terlalu charge laptop
  • Jauhkan minuman dari laptop supaya tiada kebarangkalian air tertumpah
  • Mempunyai anti-virus
  • Service laptop setiap 6 bulan 

MRFIX juga menawarkan service untuk "backglass crack" . Menggunakan kaedah laser keatas original glass, smartphone korang akan kelihatan seperti smartphone baharu selepas menggunakan kaedah ini. Macam magic ye :p


Antara pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan dari MRFIX ^_^





Bagus ye MRFIX ni. Korang boleh membuat pembayaran dengan menggunakan pelbagai saluran yang ditawarkan. Macam ni lah mak lovee!! *I'm a cashless person hihi


Pelbagai perkhidmatan dan service yang ditawarkan 


Bestnya tengok battery health 100%! 


Jangan lupa datang ke MRFIX Putrajaya ye korang. Boleh bagitahu kawan-kawan dan keluarga kalau nak betulkan smartphone, laptop atau macbook! MRFIX sentiasa bersedia membantu ^_^


𝗠𝗥𝗙𝗜𝗫 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 (𝗕𝗮𝘇𝗮𝗮𝗿 𝟴) - 𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁𝗽𝗵𝗼𝗻𝗲 𝗥𝗲𝗽𝗮𝗶𝗿 𝗙𝗮𝗰𝗲𝟮𝗙𝗮𝗰𝗲
A-6A 1st Floor, Blok A,
Jalan Seluang P8/7,
Presint 8,62250 Putrajaya
𝐋𝐚𝐧𝐝𝐦𝐚𝐫𝐤 : 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐞𝐝𝐦𝐚𝐫𝐭 𝟗𝟗
Buka Setiap Hari : 10:00 pagi - 9:00 malam

Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @mrfix_putrajaya



Terima kasih sudi baca