Sep 14, 2022

Faztival Fazura : Tercipta Dua Rekod Baharu The Malaysia Book of Records


Berkesempatan untuk hadir ke Faztival Fazura yang bertempat dia Axiata Arena Bukit Jalil semestinya pengalaman berharga buat Yaya dan semua yang hadir. Semua nampak teruja dengan barisan artis terkemuka pada malam itu. Memang mengenang nostalgia sungguh buat mereka yang dibesarkan dengan lagu-lagu zaman Dato M.Nasir, Awie, Ella, Ruffedge dan ramai lagi!


Ye saya datang sebab ada Amir Masdi :p

Berikut merupakan barisan artis hebat dan ternama di Konsert Faztival Fazura. Kebanyakan artis yang terlibat adalah pilihan dan kegemaran Fazura sendiri. Yang pastinya, barisan artis ini juga dekat di hati dengan pelbagai lapisan peminat di Malaysia. Memang teruja dapat menonton konsert sulung Fazura yang mengumpulkan artis dari dalam dan luar negara  ^_^


Antara 36 lagu yang didendangkan ketika di Faztival Fazura ialah :

Datuk M. NASIR

-Suatu Masa
-Tanya Sama Itu Hud Hud
-Mentera Semerah Padi




Penampilan khas Fattah Amin ketika dendangan lagu mentera semerah padi. Konsert Faztival Fazura juga dimulakan dengan alunan selawat dari Fattah. *kredit kepada jurugambar Faztival Fazura untuk semua gambar yang dekat na! ^_^



AMIR MASDI

-Asmara
-Esok
-Kau sakiti





Yaya memang dah lama nak dengar Amir Masdi nyanyi live aduhai sedapnya macam telan kaset ye suara dia. Semoga ada rezeki jumpa depan-depan pulak lepas ni hihi


ELLA

-Dua Insan Bercinta
-Medley- sembilu/ retak
-Kesal



IPPO HAFIZ

-Seadanya Aku
-Medley- Rahsia Redha/ ku takkan mampu
-Kekal Bahagia


ZIZI KIRANA

-Purnama (feat Fakhrul Unic)
-Pijak
-Eh

RUFFEDGE

-Tipah Tertipu
-Bila Rindu
-Khayalan

Macam nak runtuh Axiata Arena bila Ruffedge keluar. Omg my best experience ever. Best sangatttt. Hopefully lepas ni boleh pergi konsert Ruffedge pulak hee

DATO AWIE

-Layang Layang Putus Talinya
-Penjara Janji
-Terima Kasih


MULAN JAMEELA

-Makhluk Tuhan Paling Seksi
-Wonderwoman
-Sinaran



FAZURA

-Medley- sayangi dirimu, bisa apa, hancur aku
-Jika cinta Allah (feat. Ahmad Dhani)






Fazura cantik sangat malam tu macam princesssss!! ^_^

AHMAD BAND

-Od
-Distorsi 
-Sudah 
-Bidadari Kesunyian 
-Aku Cinta Kau & Dia 
-Madu 3






Ketika sesi penganugerahan The Malaysia Book of Records (The Largest Tudung Fazura Gathering) dan (Largest Tudung Bawal) in Malaysia. Tahniah Fazura dan team! Semoga terus sukses!

Pengasas Fazura, Nur Fazura binti Sharifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Faz, meluahkan rasa sangat terharu beliau dengan sambutan luar biasa terhadap konsert sulung Faztival pada tahun ini dan berharap untuk menjadikan Faztival Fazura sebagai acara tahunan anjuran syarikatnya.


“Alhamdullillah Faz bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa dan tidak menyangka dapat mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records”




Ketika Fattah Amin memberi kejutan dengan sejambak bunga kepada buah hati beliau Fazura :) *Bersemut habis time ni sukanya tengok pasangan ni


Serentak dengan penganjuran konsert tersebut, Faz juga telah melancarkan produk terbaru dipasarkan syarikatnya iaitu 'Fazura Beauty Water', minuman tanpa gula yang diperkaya dengan lycopene, untuk mencantikkan kulit secara semulajadi.


Jenama Fazura yang sentiasa menitikberatkan kualiti telah menghasilkan produk minuman kecantikan kulit dalam bentuk minuman tanpa gula, sesuai dengan gaya hidup alaf baharu.


“Faz bersyukur kerana dapat menghasilkan produk minuman kecantikan yang selamat dan dapat menunjukkan kesan seawal tujuh hari, secara semulajadi. Jadi Fazura Beauty Water bukan sahaja terdiri dari ramuan yang dapat membantu mencantikkan kulit, malah rasa manis tanpa gula dapat membantu pengguna yang lebih gemarkan gaya hidup moden yang sentiasa bergerak.”


Minuman Fazura Beauty Water tersebut diperkayakan dengan ramuan lycopene, milk thistle, beta carotene dan multivitamin diyakini berpotensi menunjukkan kesan positif pada kulit seawal tujuh hari. Berbeza dengan kebanyakkan produk lain, minuman Fazura Beauty Water dengan kandungan 100% semulajadi mempunyai rasa manis tetapi tidak mempunyai gula kerana menggunakan pemanis semulajadi dari Monkfruit.


Fazura Beauty Water didatangkan di dalam tiga perisa semulajadi iaitu laici, mangga dan beri campuran dengan rekaan botol yang menarik perhatian. Selain membantu organ badan menghasilkan kolagen secara semulajadi, Fazura Beauty Water dapat membantu masalah jerawat dan membantu proses anti-penuaan.


Kandungan ramuan ejen inspirasi alam yang terkandung dalam Fazura Beauty Water sesuai untuk wanita dan lelaki metropolitan yang semakin prihatin dalam menjaga kecantikan kulit mereka.
Fazura Beauty Water boleh



Harga bagi 4 botol cuma RM27 sahaja! 


Fazura Beauty Water boleh dibeli secara online di ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’ atau dari Besties dan ejen Fazura terdekat yang disenarai di fazurabesties.com bermula pada 19 September 2022. Harga Fazura Beauty Water adalah mampu milik iaitu RM27.00 sekotak di mana sekotak mengandungi 4 botol. Pengguna hanya perlu meminum 4 botol bagi empat hari pertama dan secara selang sehari selepas itu dengan penggunaan adalah kurang dari RM100.00 sebulan.



Nampak sedap kan? Jom minum Fazura Beuty Water! Yang penting tanpa campuran gula tau ;)


Terima kasih buat semua crew yang awesome! 



Antara penonton yang turut hadir. Sporting je sudi posing untuk lensa kita. Thank you awak!


Nak tengok IG story Yaya ketika sekitar konsert boleh KLIK SINI


Tahniah kepada Fazura kerana berjaya menganjurkan konsert Faztival Fazura yang gilang-gemilang di Axiata Arena minggu lalu. Yaya percaya semua yang hadir pasti sangat berpuas hati dengan persembahan artis terkemuka pada malam itu dan semestinya mengharapkan Faztival Fazura ini dijadikan sebagai acara tahunan. Tahniah sekali dan InsyaAllah jumpa lagi! FAZBULOUS 
 

Terima kasih sudi baca    

Jun 30, 2022

Marrybrown Oishii Japan Menu Baharu Yang Memikat Selera



Hai korang! Mesti ramai antara korang yang suka makan Marrybrown kan? Yaya punn especially diorang punya bubur pedas dan ayam goreng memang sedap sangat everytime pergi mesti beli set pilihan hihi. Terbaharu, Marrybrown melancarkan menu Oishii Japan untuk penggemar rangkaian Marrybrown di seluruh Malaysia. Marrybrown kini membawa peminatnya kepada hidangan yang cukup istimewa yang sememangnya ''something different'' bersempena dengan kempen 'Around the World'


Yang pastinya, Marrybrown kini mempunyai lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan kualiti mengikut standard, kebersihan dan servis yang sentiasa dipertingkat bagi memuaskan lagi hati para pelanggan setia mereka.


Dato' Joshua Liew (center), Chief Executive Officer of Marrybrown melancarkan hidangan Marrybrown Oishii Japan

"Menurut Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown; Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia, dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap dan unik bagi setiap hidangan. Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun dan berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. Oleh yang demikian, kami tidak sabar untuk memperkenalkan menu Oishii Japan kami yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia."


Penggemar boleh menikmati kepuasan menu Marrybrown Oishii Japan dengan gabungan sos Teriyaki yang manis memikat dengan rasa kepedasan wasabi. Namun, keseronokan tidak berakhir di situ kerana menu Marrybrown Oishii Japan membawa kejutan unik dalam hidangan Oishii mereka. 


Roti burger Oishii disertakan Sakura Fizz berwarna merah jambu, menggambarkan keindahan pokok bunga sakura. Hidangan istimewa ini disediakan sebegitu untuk membawa para penggemar mengembara ke Jepun lalu membayangkan diri mereka sedang berjalan-jalan di kota Tokyo sambil menjamu selera. 


Kali ini dengan menyatukan rasa Teriyaki Wasabi, ia boleh didapati di cawangan Marrybrown di seluruh negara mulai sekarang sehingga 7 Ogos.


Menu OISHII JAPAN

4 Set Menu OISHII JAPAN di Marrybrown :


Marrybrown's Oishii Burger (Combo)

Set burger Oishii bersama Potato Wedges dan air Sakura Fizz


Marrybrown's Oishii Box Meal

 Oishii Burger bersama 1 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken, Potato Wedges dan air Sakura Fizz


Marrybrown's Oishii Rice Bowl

Set ini didatangkan bersama potongan Marrybrown’s Crispy Chicken diselaputi sos teriyaki Wasabi, nasi dan air Sakura Fizz


Marrybrown's 2-pcs Oishii Chicken (Combo)

2 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken dihidangkan bersama potato wedges dan air Sakura Fizz. Bersama-sama set ini juga terdapat sos teriyaki & wasabi.


Kalau teringin nak cuba citarasa Kombo Oishii Rice Bowl, dimana ayam rangup Marrybrown diselaputi sos Teriyaki Wasabi, serta hidangan nasi dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 12.90. Selain itu, para penggemar juga boleh mendapatkan Kombo Burger Marrybrown Oishii yang didatangkan dengan Burger Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, dimana harga bermula dari RM 15.30.

Tak pasti nak cuba hidangan yang mana satu? Jangan risau, korang boleh mencuba kesemuanya dengan Marrybrown’s Oishii Box Meal yang didatangkan dengan Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 23.90. Paling berbaloi pastilah Marrybrown Oishii Box Meal kan boleh rasa semua hihi



Yaya dah try burger pink Oishii Japan ni memang sedap! Air pink Sakura Fizz tu sedap betul! 
Wajib cuba okay ^_^


Bersama kesemua karakter anime yang memperagakan pakaian kostum animasi 'cosplay' ketika di majlis pelancaran Marrybrown Oishii Japan


Untuk maklumat lanjut mengenai menu terbaru Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran boleh layari:-

Laman web: https://marrybrown.com

Applikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: @marrybrownmy


Terima kasih sudi baca