Jun 30, 2022

Marrybrown Oishii Japan Menu Baharu Yang Memikat Selera



Hai korang! Mesti ramai antara korang yang suka makan Marrybrown kan? Yaya punn especially diorang punya bubur pedas dan ayam goreng memang sedap sangat everytime pergi mesti beli set pilihan hihi. Terbaharu, Marrybrown melancarkan menu Oishii Japan untuk penggemar rangkaian Marrybrown di seluruh Malaysia. Marrybrown kini membawa peminatnya kepada hidangan yang cukup istimewa yang sememangnya ''something different'' bersempena dengan kempen 'Around the World'


Yang pastinya, Marrybrown kini mempunyai lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan kualiti mengikut standard, kebersihan dan servis yang sentiasa dipertingkat bagi memuaskan lagi hati para pelanggan setia mereka.


Dato' Joshua Liew (center), Chief Executive Officer of Marrybrown melancarkan hidangan Marrybrown Oishii Japan

"Menurut Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown; Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia, dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap dan unik bagi setiap hidangan. Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun dan berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. Oleh yang demikian, kami tidak sabar untuk memperkenalkan menu Oishii Japan kami yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia."


Penggemar boleh menikmati kepuasan menu Marrybrown Oishii Japan dengan gabungan sos Teriyaki yang manis memikat dengan rasa kepedasan wasabi. Namun, keseronokan tidak berakhir di situ kerana menu Marrybrown Oishii Japan membawa kejutan unik dalam hidangan Oishii mereka. 


Roti burger Oishii disertakan Sakura Fizz berwarna merah jambu, menggambarkan keindahan pokok bunga sakura. Hidangan istimewa ini disediakan sebegitu untuk membawa para penggemar mengembara ke Jepun lalu membayangkan diri mereka sedang berjalan-jalan di kota Tokyo sambil menjamu selera. 


Kali ini dengan menyatukan rasa Teriyaki Wasabi, ia boleh didapati di cawangan Marrybrown di seluruh negara mulai sekarang sehingga 7 Ogos.


Menu OISHII JAPAN

4 Set Menu OISHII JAPAN di Marrybrown :


Marrybrown's Oishii Burger (Combo)

Set burger Oishii bersama Potato Wedges dan air Sakura Fizz


Marrybrown's Oishii Box Meal

 Oishii Burger bersama 1 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken, Potato Wedges dan air Sakura Fizz


Marrybrown's Oishii Rice Bowl

Set ini didatangkan bersama potongan Marrybrown’s Crispy Chicken diselaputi sos teriyaki Wasabi, nasi dan air Sakura Fizz


Marrybrown's 2-pcs Oishii Chicken (Combo)

2 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken dihidangkan bersama potato wedges dan air Sakura Fizz. Bersama-sama set ini juga terdapat sos teriyaki & wasabi.


Kalau teringin nak cuba citarasa Kombo Oishii Rice Bowl, dimana ayam rangup Marrybrown diselaputi sos Teriyaki Wasabi, serta hidangan nasi dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 12.90. Selain itu, para penggemar juga boleh mendapatkan Kombo Burger Marrybrown Oishii yang didatangkan dengan Burger Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, dimana harga bermula dari RM 15.30.

Tak pasti nak cuba hidangan yang mana satu? Jangan risau, korang boleh mencuba kesemuanya dengan Marrybrown’s Oishii Box Meal yang didatangkan dengan Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 23.90. Paling berbaloi pastilah Marrybrown Oishii Box Meal kan boleh rasa semua hihi



Yaya dah try burger pink Oishii Japan ni memang sedap! Air pink Sakura Fizz tu sedap betul! 
Wajib cuba okay ^_^


Bersama kesemua karakter anime yang memperagakan pakaian kostum animasi 'cosplay' ketika di majlis pelancaran Marrybrown Oishii Japan


Untuk maklumat lanjut mengenai menu terbaru Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran boleh layari:-

Laman web: https://marrybrown.com

Applikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: @marrybrownmy


Terima kasih sudi baca    

No comments:

Post a Comment