Apr 2, 2022

Louisa The Comfort Luxe Scarf | Jatuh Cinta Inspirasi Motif Bunga Dengan Warna Lembut

Hai korang! Yaya tahu walaupun baru mula puasa, dah ramai juga yang mula mencari tema hari raya tahun ni kan? Faham sangat semua teruja selepas 2 tahun cuma beraya dirumah ekoran situasi Covid-19 sebelum ini. Yaya sendiri pun seronok sebab Nuha lahir masa 2020 memang tengah PKP back to back sampai dia selalu tergamam la kalau jumpa orang tak kenal bila bawa jalan keluar hihi kesian betul. Memang berbeza sangat dengan kakak Dahlia dia.

Tahun ni Yaya teka macam ramai akan pakai warna mint green / olive betul ke? Sebab warna ni je Yaya nampak lalu timeline Yaya dan diriku terpedaya juga membeli sepasang kurung mint green hihi. Lepas tu pening pula nak disesuaikan dengan tudung apa. Nak yang corak-corak but still nak nampak manis dan ayu aa gitchuu


Nak dijadikan cerita Yaya ternampak Louisa Scarf buat promo haritu. Sambil rambang mata tengok design tudung mereka yang semuanya cantik-cantik, mata Yaya terus tertangkap cair dengan design Sarah Square Pastel Green ni! Omg cantik betul. Terus la add to cart :p




Cantik sangat pleaseeee!! Premium satin matte silk dengan corak yang sangat elegan. Serius cakap memang lawa!


Kalau nak tahu, Louisa jenis bawal ni jenis satin matte silk yang berat tapi tak panas pun bila pakai! Paling penting tak jarang ye ;)


Dengan bidang 45, macam-macam gaya kita boleh pakai. Ada yang buat jadi shawl tau! Cantik juga ^_^


Hadir dengan kotak yang sangat cantik dan ekslusif, boleh hadiahkan diri sendiri dan juga orang tersayang. Mesti happy sangat kalau dapat sehelai Louisa Scarf untuk digayakan di hari bahagia.



Yaya memang jatuh hati betul dengan motif corak bunga Louisa ni. Lepas tu warna pastel green ni memang menambat hati. Rasa macam anggun je masa pakai hihi



Sambung feeling hshshshs

Sekarang ni Louisa sedang adakan promosi bersempena pengenalan jenama Louisa Scarf dimana sehelai Louisa Comfort Luxe Scarf cuma berharga RM89 sahaja berbanding harga asal RM109. Dengan setiap pembelian juga, ada hadiah tau!

Buy 1 Louisa Square Scarf, Free 1 Gift
Buy 2 Louisa Square Scarf, Free 2 Gift
Buy 3 Louisa Square Scarf, Free 3 dan scarf dalam kotak ekslusif.


Macam Yaya beli sehelai je so dapat 1 Free gift scrunchies yang comel ni 


Di Louisa Scarf, antara design lain yang ada ialah :

Sarah

Sarah mempunyai 5 warna dan corak pilihan motif bunga-bungaan yang memikat hati iaitu Black Snowy, Classy Cotta, Lilac Purple, Milky Grey dan Pastel Green. 



Ziyan

Ziyan mempunyai 5 warna pilihan dengan corak abstrak yang memukau iaitu Black Sesame, Blue, Red Velvet, Mauvelous dan Sugar Pink. 



Laura

Laura pula hadir dengan 5 pilihan corak menawan iaitu Bluwy, Grechy, Greeny, Mauvy dan Murvy.


Aayra

Corak Aayra yang ekslusif pula mempunyai 6 warna pilihan iaitu Light Grey, Maroon, Olive, Nude, Sky Blue dan Peach. 




Yang Yaya pakai ni Sarah Square Pastel Green tau! ^_^


Korang boleh tengok semua pilihan design Louisa dan dapatkan Louisa Scarf di laman web www.louisascarf.com

atau 

Kunjungi butik Louisa di Ostia Bangi 

A-2-6A, 
Ostia Bangi Business Avenue, 
Jalan Ostia Utama, 
Taman Ostia Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor, Malaysia

Waktu beroperasi: 9 Pagi hingga 6 Petang 


Untuk maklumat lanjut : 
Instagram : @louisascarf
Facebook : LouisaScarf


Terima kasih sudi baca    

Mar 10, 2022

Iftar Together-Gather di Bangi Golf Resort

 Sejak pandemik 2 tahun lepas, memang rindu sangat nak pergi bufet Ramadan. Ramai terkesan sejak penularan wabak Covid-19 kan? Lagi-lagi mereka yang terpisah jauh dari ahli keluarga dan tak boleh nak merentas negeri. Seiring dengan masa, Alhamdulillah selepas 2 tahun akhirnya kita dapat berkumpul dan bersama-sama dengan orang tersayang semula.

Lembaran 2022 nampaknya membawa sinar bahagia kepada semua. Banyak sektor mula dibuka dengan kelonggaran yang dibenarkan. BGR juga tidak terkecuali dengan tema buffet Ramadan mereka “Iftar Together-Gather” dengan membawa semangat “Balik Kampung” bagi mengenang kembali nostalgia bersama keluarga tercinta.

Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah di syorkan KKM, kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% bagi memberi keselesaan buat mereka yang berbuka puasa disini dengan penjarakan fizikal di kawasan makan dan juga bufet.

 

Paling penting bagi tetamu yang ingin hadir ke BGR, haruslah lengkap kesemua dos vaksinasi. Ini bagi menjamin keselamatan pengunjung lain yang hadir dan juga kanak-kanak yang turut serta. Semoga kita terus makmur dan aman damai dalam menuju fasa endemik ini. Petugas RELA juga akan memeriksa status pengunjung bagi menjamin keselesaan semua dalam menikmati hidangan berbuka puasa di BGR.

 

Berikut adalah Harga Bufet Ramadan di Bangi Golf Resort :

Dewasa : RM60

Kanak-kanak : RM30

 

Antara menu menarik dan lain daripada yang lain disini adalah Kambing Bakar dengan sos blackpepper yang lazat, Sup Kambing Mamak, Smoked Spaghetti Carbonara, sate dan paling legend ramai peminat Sous Vide Egg with Mushroom Espuma. Gitu nama dia tapi sedapppp. Anak-anak pun seronok makan kat sini especially keunikan Spanish Churros with Thick Chocolate sauce huhu sedap betul.

 

Istimewanya di sini, BGR sentiasa menampilkan hasil tanaman segar dari ladang mereka. Chef BGR akan memetik tanaman dan sayuran yang dijamin kesegarannya dan terus menggunakan bahan-bahan tersebut untuk hidangan iftar dan tetamu boleh merasai pengalaman menjamu selera yang unik iaitu “farm to fork”. Warna biru dari Nasi kerabu mereka juga adalah warna biru semulajadi dari Bunga Telang yang ditanam di ladang mereka. Aduhai sedap betul nasi kerabu di BGR dengan lauk sampingan ayam goreng, ikan masin, keropok dan lain-lain!

 

Antara menu baru di BGR bagi tahun 2022 ini ialah Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchae, Japanese Beef Curry, Tom Yam Seafood, Pad Kra Pao ( Thai Basil Chicken ), Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletup, Laksa Singapore, Penne with Creamy Korean sauce dan Liquid Snickers. Memang tertarik la deria rasa korang nanti! :D

 

BGR juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM semenjak tahun 2009. Selain itu, BGR juga telah menerima sijil HACCP untuk ruangan dapur dan korang jangan khuatir okay! Komitmen mereka tentang Halalan Toyyinam, piawaian kebersihan dan keselamatan makanan pastinya tip top.

 

Dengan kemudahan 800 lot parkir kereta percuma serta ruangan surau yang cukup besar dan selesa bagi tetamu lelaki dan wanita, pastinya memberi kesenangan hati buat semua.


Jom jamu mata antara hidangan yang ada di bufet Ramadan di BGR ^_^






















Bufet Ramadan BGR bermula pada 4hb April 2022 sehingga 1hb Mei 2022.

 

Boleh layari laman web Bangi Golf Resort untuk menempah bagi harga secara berkumpulan dan tempahan boleh dibuat melalui https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2022/ .*Semua harga adalah tertakluk kepada 6% SST.


Untuk maklumat lanjut, layari :

Bangi Golf Resort

Alamat : No 1 persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 Malaysia

Koordinat : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan dan pertanyaan : 1700 821 457

Emel: enquiry@bgrrest.com

Websitehttps://www.bgrrest.com

Facebookhttps://www.facebook.com/bangigolfresort/

Instagram@bangigolfresortofficial

  


Terima kasih sudi baca