Oct 20, 2016

Pilihan Fesyen Lelaki dan Wanita Masa Kini


Siapa kat sini peminat fesyen dari jenis tempatan mahupun antarabangsa? Yaya percaya ramai pembaca Yaya kebanyakannya cukup pandai bergaya dan sentiasa peka dengan fesyen terbaru masa kini. Walaupun tidak secara berlebihan, Yaya percaya korang semua mesti ada salah satu koleksi jenama terkemuka seperti di bawah ini kan? Tak kiralah dari jenis pakaian, kasut atau aksesori, kita akan sentiasa tertarik dengan jenama seperti di bawah kerana gaya dan fesyen yang diketengahkan sentiasa mengikut peredaran masa. 


Siapa kata kalau jenama seperti di atas mahal-mahal harganya? Kalau bijak memilih dan membeli, pastilah kita akan menang memakai. Paling suka bila shopping  barangan Vincci yang sangat berpatutan harganya. Yang penting, kena sentiasa alert dengan promosi yang diadakan di kebanyakan website pengiklanan. Nak berfesyen dari hujung kaki ke hujung rambut pun tiada masalah dah lepas ni. Zaman sekarang dengan waktu kerja yang sibuk dan waktu hujung minggu pula untuk kita berehat, kebanyakannya lebih bijak memilih untuk membeli secara online. Betul tak? ;)


Kalau nak tahu, Yaya perasan lama dah. Kadang-kadang saiz, pakaian atau aksesori yang kita mahu itu tiada di certain butik tetapi available di website. Memang tak payah bersusah-payah dah nak keluar menghadap jammed, tol, kos minyak semata-mata untuk membeli persalinan yang korang mahu. Klik klik , add to cart, buat pembayaran dan tadda! Barang belian korang tiba di depan pintu. 


Baik lelaki mahupun wanita zaman sekarang, mereka lebih gemar membuat pembelian secara online dan kebanyakannya lebih murah daripada membeli di butik! Yang ni memang pengalaman Yaya sendiri tau. Masa nak cari barang hantaran untuk perkahwinan, Yaya nak beli jam yang agak berjenama untuk bakal suami ketika itu dan mula membuat survey di butik bersama beliau. Yelah nak beli barang mahal biarlah yang dia betul-betul suka kan? Lepas tengok harga di butik, terus rasa nak tercekik air liur sendiri. Mahainya nak dekat seribu woo! Tapi hati Yaya tekad nak belikan juga jam yang sama untuk suami. Lepas Yaya survey di beberapa website, terus gembira tak terkata sebab ada sale untuk jam itu hampir separuh harga! (dan yang penting original dan terdapat warranty serta bekas yang sama seperti di butik) Apa lagi terus Yaya beli sebelum tempoh diskaun tamat. Hehe, Nak dapatkan diskaun dan lihat fesyen serta aksesori terbaru? Jangan lupa klik SINI 


Bagi Yaya, kebanyakan lelaki lebih menerapkan prinsip, "Biar barang tu mahal, asalkan boleh pakai selalu dan tahan lama". Betul tak perumpamaan ini? ;) Baik dari baju, seluar jeans, jam, dompet dan sebagainya, pihak lelaki lebih memandang kepada keselesaan dan kualiti bagi sesuatu barang. Seperti jenama Levi's , Timberland, Fossil dan lain-lain seperti di atas, kebanyakannya adalah jenama kegemaran bagi lelaki.


Ironinya, pihak lelaki juga tidak suka berlama-lama di shopping complex dan  meredah segala kesesakan untuk membeli barang yang mereka ingini. Jangan tak tahu, zaman sekarang juga lelaki lebih gemar membeli secara online! Contoh terdekat ialah ayah Yaya sendiri. Pandai-pandai dia je beli barangan secara online tanpa tanya kita. Yela kita ni risaukan dia takut kena scam ke apa kan. Tapi rupanya dia beli di website yang memang boleh dipercayai. Malahan dengan harga diskaun pula tu. Bijak ayah saya ;)


Jujurnya, Yaya sendiri seorang pencinta membeli barangan secara online. Selain mudah dan menjimatkan masa, kita akan terasa seperti mendapat hadiah dan surprise  bila nak buka barangan tu hihihi. Boleh kata itu adalah salah satu faktor Yaya membeli secara online.  Korang pula macam mana? Kalau korang berura-ura nak beli barangan secara online, pertama sekali yang korang kena buat ialah semak aktiviti terbaru di SALEDUCK dahulu untuk dapatkan diskaun istimewa yang sentiasa berlegar-legar di sana untuk website membeli-belah yang korang selalu terjah. ;)


Terima kasih sudi baca

Oct 18, 2016

Minimalace | Aira Kebarung Untuk Si Cantik Manis





Hai korang :) Tengah cari baju nak pakai pergi kenduri ke tu? Tak pun nak cari baju sesuai untuk pergi berjumpa mak mertua kali pertama? Haa Yaya tak sabar nak tunjuk kat korang Aira Kebarung yang tersangatlah sopan, cantik dan manis bila dipakai oleh mana-mana wanita pun! ;)


Tapi sebelum tu jom kita jalan-jalan dulu di Butik Minimalace yang kian bertambah cantik dan ekslusif ni. Rasanya ramai dah tahu lokasi butik yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam ni kan? Dekat sangat dengan UiTM Shah Alam kecintaanku. Hahaha. Ok kalau dari KL dan lalu federal highway, turun je simpang nak ke UiTM tu uols terus belok kiri ke Padang Jawa okay! Lepas tu dalam 2-3 minit dah jumpa. Hihi



Cantiknya butik baru mereka! Teruja Yaya tengok tau! Kali terakhir Yaya pergi hiasan dia lain tapi masih ekslusif. Yang baru ni lagi cerah, nampak luas, susun atur yang menarik dan sedap mata memandang. Keep it up Minimalace! So lepas ni, makin seronok la bila datang ke butik. Luas dan selesa!



Tapi yang paling best, ada ruang untuk kanak-kanak bermain. Yela takut mereka boring pula tunggu lama mommy yang rambang mata nak pilih kan. Mana taknya semua baju cantik-cantik haruslah pilih dan teliti betul-betul. Hihi. Apa-apapun ini adalah satu keunikan yang kini berada di butik Minimalace. Yaya pulak rasa nak join sekali main kat sini. Eh :p


Jom Yaya kenalkan korang dengan persalinan kebarung yang kini mula menjadi trend dan pilihan wanita dari semua usia. Yang penting, boleh pakai lama tau! Aira Kebarung dari Minimalace ini mempunyai cutting yang cantik, longgar tetapi nampak kemas serta terletak elok di badan si pemakai. Ini membuatkan bakal mak mertua pun sejuk je hati tengok kita sebab memang nampak sopan dan manis sangat. Tak percaya trylah. Hee


 Nak dapatkan harga promosi? Scroll sehingga habis tau! ;) Selain itu, dengan setiap pembelian Aira Kebarung, korang akan mendapat 2 dokoh ekslusif daripada Minimalace secara percuma! (limited pieces only). 


Aira Kebarung Greenish


Aira Kebarung Turqoise


Aira Kebarung Silver Grey


Aira Kebarung Maroon


Aira Kebarung Cream


Aira Kebarung Purple


Aira Kebarung Blue


Aira Kebarung Dusty Purple


Ini adalah size dan measurement untuk rujukan korang. Senang kan? Size petite iaitu XS untuk mereka yang bertubuh badan kecil pun ada. Menariknya, Aira Kebarung ini juga boleh disesuaikan dengan pemakaian seluar tau. Memang nampak cantik dan ranggi tapi tetap sopan. Hee. Lepas ni boleh bagitahu kawan-kawan kot mana-mana yang cari persalinan bridesmaid ke untuk majlis pertunangan ke dan lain-lain, Yaya sangat recommend kepada korang untuk cuba cipta kelainan dengan memakai Aira Kebarung pula di majlis bahagia. Serius cantik sangat! :D 


Jangan lupa gunakan kod istimewa iaitu "blogger" untuk mendapatkan Kebarung Aira dengan harga promosi iaitu RM150 sahaja! Woww jimat RM20 dari harga asal iaitu RM170. Best tersangattttt~~


Untuk maklumat lanjut :

Alamat : No. 33A & 35A, Jalan Plumbum P/7P, Shah Alam, Selangor.
Facebook : MinimaLace (ML)
Instagram : @minimalace
Waktu Operasi : Selasa - Ahad (11am - 7.00pm)
Tutup pada hari Isnin 



Terima kasih sudi baca