Showing posts with label Minimalace. Show all posts
Showing posts with label Minimalace. Show all posts

Oct 18, 2016

Minimalace | Aira Kebarung Untuk Si Cantik Manis





Hai korang :) Tengah cari baju nak pakai pergi kenduri ke tu? Tak pun nak cari baju sesuai untuk pergi berjumpa mak mertua kali pertama? Haa Yaya tak sabar nak tunjuk kat korang Aira Kebarung yang tersangatlah sopan, cantik dan manis bila dipakai oleh mana-mana wanita pun! ;)


Tapi sebelum tu jom kita jalan-jalan dulu di Butik Minimalace yang kian bertambah cantik dan ekslusif ni. Rasanya ramai dah tahu lokasi butik yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam ni kan? Dekat sangat dengan UiTM Shah Alam kecintaanku. Hahaha. Ok kalau dari KL dan lalu federal highway, turun je simpang nak ke UiTM tu uols terus belok kiri ke Padang Jawa okay! Lepas tu dalam 2-3 minit dah jumpa. Hihi



Cantiknya butik baru mereka! Teruja Yaya tengok tau! Kali terakhir Yaya pergi hiasan dia lain tapi masih ekslusif. Yang baru ni lagi cerah, nampak luas, susun atur yang menarik dan sedap mata memandang. Keep it up Minimalace! So lepas ni, makin seronok la bila datang ke butik. Luas dan selesa!



Tapi yang paling best, ada ruang untuk kanak-kanak bermain. Yela takut mereka boring pula tunggu lama mommy yang rambang mata nak pilih kan. Mana taknya semua baju cantik-cantik haruslah pilih dan teliti betul-betul. Hihi. Apa-apapun ini adalah satu keunikan yang kini berada di butik Minimalace. Yaya pulak rasa nak join sekali main kat sini. Eh :p


Jom Yaya kenalkan korang dengan persalinan kebarung yang kini mula menjadi trend dan pilihan wanita dari semua usia. Yang penting, boleh pakai lama tau! Aira Kebarung dari Minimalace ini mempunyai cutting yang cantik, longgar tetapi nampak kemas serta terletak elok di badan si pemakai. Ini membuatkan bakal mak mertua pun sejuk je hati tengok kita sebab memang nampak sopan dan manis sangat. Tak percaya trylah. Hee


 Nak dapatkan harga promosi? Scroll sehingga habis tau! ;) Selain itu, dengan setiap pembelian Aira Kebarung, korang akan mendapat 2 dokoh ekslusif daripada Minimalace secara percuma! (limited pieces only). 


Aira Kebarung Greenish


Aira Kebarung Turqoise


Aira Kebarung Silver Grey


Aira Kebarung Maroon


Aira Kebarung Cream


Aira Kebarung Purple


Aira Kebarung Blue


Aira Kebarung Dusty Purple


Ini adalah size dan measurement untuk rujukan korang. Senang kan? Size petite iaitu XS untuk mereka yang bertubuh badan kecil pun ada. Menariknya, Aira Kebarung ini juga boleh disesuaikan dengan pemakaian seluar tau. Memang nampak cantik dan ranggi tapi tetap sopan. Hee. Lepas ni boleh bagitahu kawan-kawan kot mana-mana yang cari persalinan bridesmaid ke untuk majlis pertunangan ke dan lain-lain, Yaya sangat recommend kepada korang untuk cuba cipta kelainan dengan memakai Aira Kebarung pula di majlis bahagia. Serius cantik sangat! :D 


Jangan lupa gunakan kod istimewa iaitu "blogger" untuk mendapatkan Kebarung Aira dengan harga promosi iaitu RM150 sahaja! Woww jimat RM20 dari harga asal iaitu RM170. Best tersangattttt~~


Untuk maklumat lanjut :

Alamat : No. 33A & 35A, Jalan Plumbum P/7P, Shah Alam, Selangor.
Facebook : MinimaLace (ML)
Instagram : @minimalace
Waktu Operasi : Selasa - Ahad (11am - 7.00pm)
Tutup pada hari Isnin 



Terima kasih sudi baca

Nov 14, 2015

Luna Kurung by Minimalace | Code Promo Special

Assalamualaikum semua 

Buat penggemar pakaian muslimah dari butik MINIMALACE , Yaya ada berita baik untuk korang tapi kena scroll entri sampai bawah tau tapi please please please janganlah skip gambar kita posing dengan shawl dan LUNA KURUNG yang cantik dari MINIMALACE ni penat tau kita posing muahaha! :p


Siapa yang pernah baca entri Yaya sebelum ni, Yaya ada berkongsi tentang MINIMALACE semasa edisi raya. Boleh KLIK SINI untuk lihat pemandangan Butik MINIMALACE di Shah Alam



Pilihan Yaya kali ini ialah LUNA KURUNG DUSTY PURPLE. Selain boleh dibasuh menggunakan mesin basuh, ianya juga mesra untuk kita mengambil wuduk. Ada zip di bahagian lengan okay. Cantik sangat! Yaya pakai saiz S dan ngam ngam fit dengan saiz Yaya tau. Suka suka! ^.^

Yang bestnya, kain Velvet Satin yang digunakan sangat selesa dan mudah digosok which is jimat la masa nak iron 5 minit dan siap. Kalau untuk seorang Yaya yang lasak ni, baju tu akan berkedut sikit bila time nak duduk kita buat style budak sekolah angkat baju kurung sebelum duduk. Habit dah maklumlah dari darjah 1 sampai tingkatan 5 berbaju kurung kan. Tapi kalau uols duduk elok-elok takdelah kedut pun. Hihi



Alahai suka sangat gambar ni. Thank feeqsays.com untuk gambar malatop ini. 

Jom tengok gambar Yaya bergaya syok sendiri dengan LUNA KURUNG DUSTY PURPLE dari MINILACE. ^^v






Shawl chiffon berkualiti tinggi dan cantik dari MINIMALACE ni memang super duper selesa dan super duper cantik! Kain sejuk, tak mudah kedut dan senang nak bentuk mengikut kesesuaian bentuk muka. Suka suka! ^.^




Ok sambung posing. >.<






Punyalah suka dengan LUNA KURUNG ni sampai ada berpuluh gambar dalam galeri tatau nak pilih yang mana masuk blog. ^^'


Terdapat banyak lagi pilihan warna yang menarik untuk korang pilih. Hee semua cantik sangat aduhai.



LUNA KURUNG ini juga sangat sesuai untuk dijadikan pakaian sedondon untuk bridesmaids di hari bahagia rakan tersayang! Beli untuk bridesmaid anda atau para bridesmaid boleh support pengantin dengan pakat dengan rakan-rakan pakai di hari persandingan sahabat anda! Fuhh cantik sungguh bila tengok dalam gambar macam ni kan.


Okay dah bersedia untuk berita baik?

Dapatkan LUNA KURUNG yang best selling di MINIMALACE ini dengan harga PROMO apabila anda menggunakan code :


CODE : LUNABLOG

Sebut je code diatas apabila membuat pembelian samada secara online atau di butik dan secara mejiknya harga asal RM179 menjadi semurah RM155 sahaja! Rugi okay kalau tak dapatkan LUNA KURUNG dengan potongan harga melalui code LUNABLOG. Dapat jimat banyak tu! 


So apa tunggu lagi? Jemput cekidaut mereka di :





Alamat Butik Minimalace:
B-9-1, Jalan Serai Wangi G,
16/G Alam Avenue Section 16,
40200 Shah Alam, Malaysia

Waktu Berurusan:
Tue- Sun 
11am-7pm

Email:
info@minimalace.com

Tel:
03-5523 4408




Terima kasih sudi baca 

Jun 25, 2015

Promosi Baju Raya di Minimalace

Assalamualaikum semua 



MINIMALACE EID MUBARAK COLLECTION 2015 




Hai. Untuk mereka yang masih belum membeli baju raya atau mahu menambah koleksi sedia ada, Yaya cadangkan kepada uols untuk membeli di Butik Minimalace. Rekaan eksklusif, elegan dan penuh gaya ini sememangnya akan membuat uols berseri seri di pagi raya sekaligus hari raya akan bertambah ceria dan gembira. Hihi. But seriously semua baju di Minimalace tersangatlah cantiknya sesuai dengan harga yang berbaloi baloi.


Kebetulan, pada 27 & 28 hb June 2015 nanti, Butik Minimalace yang bertempat di Alam Avenue, Padang Jawa, Shah Alam (sebaris Speedmart) akan mengadakan POTONGAN HARGA untuk rekaan mereka yang terpilih.

Jadi, SAVE THE DATE FOR 27 & 28 HB JUNE 2015!

Sebelum tu jom tinjau Butik Minimalace yang cantik ni.



Bersama owner yang cantik, Kak Fatin dan anak beliau yang comel. ^_^








SAVE THE DATE FOR 27 & 28 HB JUNE 2015!




SAVE THE DATE : 27th & 28th June 2015!!

Minimalace Lily Kurung 
Introduction Price : RM199
Size : S - XL



SAVE THE DATE ; 27th & 28th June 2015.

Saloma Peplum Tweed
Introduction Price : RM249
Fabrics : Agenty Uomo + Tweed






Minimalace Kebaya Batik

Fabrics : Italian Valentro (Top)
100% Cotton (Bottom)

Color : Nude / Black

Price : RM179.00 (normal price)
Promo price for 27 & 28 June : RM160







"Like Mother, like Daughter".

Minimalace Classic Kurung antara Koleksi Raya Minimalace 2015 yang menampilkan potongan kurung moden kembang di bahagian bawah. Penggunaan material Italian Valentro yang bermutu tinggi memberi keselesaan yang optimum semasa anda menggayakannya di hari lebaran.

Introduction Price : RM179
Kids (2/3 tahun, 4/5 tahun, 6/7 tahun) : RM99
Fabrics : Italian Valentro 
Size : S - XL
Description : Wudu' and BF Friendly



Minimalace Kurung Hanna 
Introduction Price : RM189
Size : S - XL







Minimalace Myraa Kurung
Price : RM259.00
Features : Wudu Friendly Kurung
(Cantik sangat boleh buat baju tunang atau nikah. Hihi)



Lanna Kurung : Red Maroon and Sky Blue.

Price : RM189.00



Yaya yang rambang mata tau tengok baju yang cantik cantik semua ni. By the way, yaya dah beli sepasang untuk diri sendiri tau! Baju yang mana? Rahsia dulu tunggu nanti. Tapi ada dalam gambar di atas. Nice sweet and simple gitu. Tak tahan la tengok baju cantik cantik lepas tu ngam ngam je dengan saiz S yaya. Hee ^_^


Terdapat banyak lagi koleksi di Minimlace sebenarnya kalau nak sumbat dalam blog memang dop muat. Apakata uols terjah Butik Minimalace di Alam Avenue pada 27 & 28 June 2015 nanti! :D




Kalau rasa nak usha usha dulu koleksi Eid Mubarak Minimalace, uols boleh terjah website Minimalace di

minimalace.com

atau Instagram Minimalace di

https://instagram.com/minimalace/

atau hubungi mereka di talian 

0355234408





Happy Shopping!



Terima kasih sudi baca