Showing posts with label nak ubah hidup. Show all posts
Showing posts with label nak ubah hidup. Show all posts

Feb 3, 2020

Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 | Cabar dan Tingkatkan Potensi Diri!




Hai korang! Saja nak share dengan korang lepas pengalaman ke NUH pada tahun 2019 yang lepas, Yaya memang rasa teruja nak pergi ke NUH 2020 yang berlangsung tempoh hari di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Selangor. Kalau tahun lepas agak kelam kabut sikit bagi Yaya, tahun ni dah buat persiapan rapi dengan merancang perjalanan dengan lebih baik. Paling best sebab sampai lebih awal dan dapat parking yang selamat. Nak jalan pun tak berapa jauh.


Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.


Sungguh ramai ya yang beratur nak masuk time ni. Kehadiran peserta program juga telah meningkat jika dibandingkan dari program NUH yang lepas. Memang terbaikk!


Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam.



Paling istimewa ialah kejutan pada hari kedua yang mana #NUH2020 telah menerima kunjungan rasmi dari Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.


Bagi Yaya, program NUH 2020 kali ini memberi pendekatan yang berbeza dari yang sebelumnya. Ramai peserta sangat berpuas hati dengan slot yang disediakan pada kali ini. Tak sabar nak join NUH yang seterusnya. Mesti lagi hebat! 


Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author

TENTANG AZIZAN OSMAN

Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah :

▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030


Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, kami dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.


Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.
Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.


Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain. Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa-biasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.


Jom kita tengok beberapa kisah kejayaan anak didik Dr Azizan Osman


Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty 

Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow! 


Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery 

Beliau yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019. 


Rosli Ismail dari Oli Collection 

Encik Rosli Ismail hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. 


Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan. 


Tentang RICHWORKS INTERNATIONAL 

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. 

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. 

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program ini adalah:

1. Pengurusan Bisnes

2. Pemasaran

3. Jualan

4. Pematuhan Undang-Undang

5. Perakaunan dan Percukaian

6. Operasi

7. Kepimpinan

8. Pembangunan Diri

9. Pelaburan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Titanium RichWorks 

Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan. 

Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun. 

Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi. 

SPIRE RichWorks 

SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang. 

Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.” 

Antara industri yang dipelopori oleh Anak Didik Dr Azizan Osman termasuk: 

1. Fesyen dan pakaian 

2. Kesihatan dan kecantikan 

3. Makanan dan minuman 

4. Pendidikan dan latihan 

5. Perkhidmatan profesional (doktor / peguam / akauntan / dan lain-lain lagi) 

6. Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful 

7. Pembinaan / kejuruteraan / telekomunikasi / pembekalan 

8. Perladangan dan pertanian 

Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini sejak SPIRE ditubuhkan pada November 2018 telah mencecah lebih RM350 juta setahun.



Bersama rakan blogger yang turut hadir ke Program NUH 202) tempoh hari. Memang havoc ^_^


Ini pula ketika kunjungan rasmi Tun Dr Mahathir BIn Mohamad ke #NUH2020

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://nakubahhidup.com/ dan juga korang dah boleh menempah slot korang untuk NUH akan datang. Jom tingkatkan potensi diri!

#TeamRichWorks
#InspirasiUbahHidup
#NakUbahHidup2020
#NUH2020




Terima kasih sudi baca

Sep 18, 2019

Bina Potensi Diri Dalam Program Nak Ubah Hidup 2019 Bersama Dr Azizan Osman




Hai korang! Pernah tak korang terfikir sejenak apa yang korang dah dapat capai sehingga harini? Kalau bukan untuk diri sendiri pun, apa yang korang dah dapat sumbang kepada orang tersayang, family dan orang sekeliling?


Bagi Yaya sendiri, Yaya memang selalu positif dan suka play safe je dalam hidup ni. Tak berani nak ambil peluang sebab perasaan takut yang menebal dalam diri. Takut apa? Takut tak jadi, takut tak sempat, takut takde masa, takut orang tak suka, takut orang tak support haih macam-macam jenis takut lah. Rupanya Yaya masih tak cukup positif dengan diri sendiri. Kadang-kadang kita rasa keyakinan diri kita dah tinggi rupanya tak cukup tinggi lagi sebab banyak sangat KALAU dalam kepala. Patutnya apa nak takut kan? Redah jela!


Terpanjang pula mukadimah ni :p Sebenarnya bukan apa, semangat dalam diri masih berkobar-kobar lepas hadiri Program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Selangor. Program 3 hari bermula 30 Ogos hingga 1 September 2019 ini telah dihadiri oleh seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. 


Program Nak Ubah Hidup 2019 Bersama Dr Azizan Osman

Objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup ini ialah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Sepanjang 11 tahun menganjurkan program dengan tujuan yang sama, apa yang kami lihat ialah semakin ramai orang faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan, malangnya ramai yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul. 


Akibatnya, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan yang tak berjalan lancar seperti yang diinginkan. 


Atas sebab itu, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu. Memandangkan Dr Azizan Osman sendiri pernah lalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan, dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta sering gagal dalam perniagaan beliau melihat ini sebagai peluang untuk beliau membantu lebih ramai orang lain. 


Apa yang menariknya, kegagalan beliau dalam bisnes sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang, dan pada saat itu beliau berjanji, bila beliau berjaya dalam bisnesnya nanti beliau akan membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara. 




Jika sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar di satu-satu program anjuran RichWorks hanya sekitar 10,000 orang kehadiran peserta, tapi kali ini jumlah kehadirannya mencecah lebih dari 12,000 peserta hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan 4 bulan yang lalu. Ini semua atas inisiatif Dr Azizan Osman yang nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.  


Kepercayaan yang tinggi yang diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya. Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada antaranya telah mampu membina jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok dan banyak lagi. 



Apa yang lebih menarik, program yang juga berlangsung pada tanggal 31 Ogos tarikh kemerdekaaan dan maal hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan. 


Program Nak Ubah Hidup ini juga dihadiri oleh selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Afiq Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. Dan pihak RichWorks juga telah menghantar jemputan khas kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Media sebagai salah satu cara untuk mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.


Masih terngiang-ngiang lagi gempita dewan di Setia City Convention Center yang Yaya hadiri tempoh hari. Memang meremang satu badan bila kita dalam kumpulan vibes yang sangat strong dan positif! 


Yaya memang dah lama nak join program Dr Azizan Osman ni tapi tak pernah berkesempatan lagi sehinggalah dijemput sebagai media. Memang sangat berbesar hati dan sanggup ambil cuti untuk luangkan masa seharian bagi menjana ilmu dan potensi diri. Rezeki Yaya juga Yaya duduk dalam barisan usahawan muda yang dah bergelar jutawan. Time ni Yaya duduk sebelah artis Noraniza Idris. Aura yang mereka bawa semua memang lain macam! Yaya sendiri pun ikut teruja dan sama-sama bergabung dalam vibes tu! Fuhh meleleh air mata kita wakk.. InsyaAllah ada rezeki nak sangat pergi lagi ^_^


Apakah Proses Pembaharuan Diri Dalam Nak Ubah Hidup & Berjaya?

Bagi Yaya sendiri, lepas Yaya menghadiri Program Nak Ubah Hidup tempoh hari, banyak perubahan positif yang dapat Yaya rasai. Kalau sebelum ni selalu rasa teragak-agak dan kurang keyakinan diri, Yaya jadi lebih bertenang dan mula yakin dengan kemampuan diri untuk lakukan yang tebaik dalam setiap keputusan yang Yaya ambil. Yaya ada masalah selalu rasa nervous untuk mulakan sesuatu.


Contohnya, Yaya dilantik untuk menjadi presentor aplikasi Kementerian di Kedah minggu lepas. Selalunya memang tiada masalah bagi Yaya tapi kalini tetamunya bukan calang-calang. Yaya kena present di hadapan Tuanku Sultan Kedah KBDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan YBM Saifuddin Nasution. Maunya Yaya tak cuak! Tapi aura Program NUH ni beri aura keyakinan yang lain kat Yaya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dapat pujian dari bos di HQ lagi hee malunya. Mungkin bagi korang alah biasa je tapi bagi Yaya benda ni besar tau untuk kehidupan Yaya sendiri :') 


Yaya harap dapat join lagi Program Nak Ubah Hidup ni akan datang. Mungkin next program nak bawa suami sekali hihi. Memang seronok dan confirm korang takkan menyesal! Tambah lagi untuk mereka yang sedang usahakan perniagaan. Korang lagilah wajib pergi! Balik tu korang akan bertukar menjadi orang lain yang lebih optimis, positif dan penuh keyakinan diri. *promise*


Terlepas program NUH 2019? Jangan risau dan cepat daftarkan diri untuk menjadi sebahagian dari peserta Program Nak Ubah Hidup 2020. Inilah masanya untuk korang keluarkan potensi diri! Sertai dengan mengklik pautan di bawah untuk menjadi yang terawal dalam NUH2020. Jom!




Terima kasih sudi baca