Showing posts with label baju kurung bulan bintang. Show all posts
Showing posts with label baju kurung bulan bintang. Show all posts

Apr 19, 2022

Bestnya Material Baju Melayu Bulan Bintang dan Baju Kurung Sisters!

 

Syukur Alhamdulillah masih berpeluang untuk berpuasa dengan rahmatNya. Dalam masa yang sama, mesti ramai dah mula buat persiapan untuk berhari raya bersama insan tersayang kan? Yaya sekeluarga lagilah excited tapi dalam masa yang sama kitorang nervous juga sebab first time beraya di rumah sendiri. Balang kuih raya pun tak beli lagi ni >_< Tapi seronok sebab our baby PKP Nuha Jasmine finally dapat berhari raya dengan sanak saudara setelah sekian lama selama 2 tahun ni kebanyakan masa dihabiskan dirumah sahaja. Membesar pun melalui persekitaran di dalam rumah huhu. Seronok tengok dia kalau dapat keluar. Semoga kita dan orang tersayang sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.


Kalau tahun sebelum ni beraya ala kadar, tahun 2022 pastinya memberi sinar buat semua untuk berhari raya di kampung. Dalam masa yang sama, jangan abaikan kesihatan juga tau! So tahun ni kami sekeluarga dah nekad nak sedondon gitu. And of course jenama Bulan Bintang menjadi pilihan kami sekeluarga tahun ini. Mana taknya, Bulan Bintang dah ada pilihan Baju Kurung perempuan dan kanak-kanak! Banyak pilihan yang cantik pulak tu! Rambang mata Yaya bila tengok design Baju Kurung sisters mereka ^_^

Ayo ampunkan kita yang sedang feeling


Yeay dapat sedondon satu family! Bila Yaya tengok je design Sofea (code GS5-5) yang Nabila Razali pakai, terus jatuh hati ye! Cantik betul dengan warna kuning lembut memang favourite Yaya la. Shawn pula segak menggayakan Baju Melayu slim fit warna cream (code SF53). Ni tahun kedua Shawn menggayakan persalinan Bulan Bintang.  Yaya dan Shawn pakai saiz XS and kami tak alter pun tau. Memang nice dan ngam elok. Buat mak mak macam Yaya, lagi suka kalau baju melayu orang lelaki ni jenis senang gosok! Mudah kerja kita hee


Dahlia menggayakan Kurung Sisters kanak-kanak saiz 4-5 tahun


Hai anak ibu


Nuha Jasmine dengan saiz 2-3 tahun. Sebab Nuha bertubuh kecil molek, ibu alter sedikit bagi ngam untuk Nuha yang baru berusia setahun lebih hihi. Paling penting, material baju kurung kami sangat selesa dengan jenis cotton lembut yang sejuk! Confirm anak korang tak merengek kalau kena beraya banyak rumah pun asalkan perut diorang pun kenyang :p


Bulan Bintang tidak terhad kepada Baju Melayu sahaja. Kurta pun ada! Memang sesuai sangat untuk mereka yang suka simple tetapi tetap segak di hari raya.


Kalau korang nak tahu, terdapat lebih 70 pilihan warna Baju Melayu Slim Fit dan juga Tailored Fit Bulan Bintang! Memang best la nak matching-matching satu family!


Kemain laki iols posing (ni gambar tahun lepas hihi)


Posing patah pinggang



To be honest, Yaya suka betul dengan warna baju melayu Sherwood Tan ni. Auto nampak hensem kalau lelaki pakai. Warna dia rare tau! Bila dalam gambar nampak cantik dan naik warna dia. Hihi


So tema tahun ni warna light yellow cream gitu hee


Warna pastel camni memang kesukaan Yaya la :)


Posing lagi pastu anak kat tepi tengok je mak dia hshshshsh


Jangan lupa dapatkan Baju Melayu dan Baju Kurung korang di Bulan Bintang okay! Boleh datang ke butik mereka atau dapatkan di ejen sah mereka di seluruh Malaysia! Yaya tahu korang pun dah ternyanyi-nyanyi lagu Bulan Bintang kan? Mana taknya, naik kereta buka radio mesti iklan diorang ada, kat jalan raya pun nampak iklan Bulan Bintang hihi meriah tahun ni. Semoga dipermudahkan urusan di bulan Ramadan dan selamat membuat persiapan berhari raya!


Untuk maklumat lanjut : 


Facebook : Bulan Bintang HQ

Instagram : @bulanbintanghq


Terima kasih sudi baca