Showing posts with label Zalora. Show all posts
Showing posts with label Zalora. Show all posts

Mar 2, 2016

Shoes For Women





NWCARNATION Heels

Adakah kalian tahu bahawa kebanyakan kasut wanita yang ada dalam pasaran di luar sana dikatakan tidak cukup selesa ataupun baik untuk kesihatan tapak kaki? Mengikut organisasi yang terlibat terdapat lebih 50 peratus wanita yang mengalami pelbagai masalah pada bahagian kaki mereka kerana memilih kasut yang salah. Percayalah, walau kuat mana pun keinginan anda untuk bergaya, anda tidak perlu derita dek kerana fesyen semata-mata. Namun kini banyak pembuat kasut dan jenama fesyen kasut yang mendapatkan stylist untuk terus mengeluarkan the best shoes for women collection yang hadir dengan rekaan terkini namun menawarkan kualiti yang baik demi keselesaan pemakai.

Slingback Platform Wedges
Fletchera Wedges
Ada beberapa panduan tentang how to pick best shoes for women seperti kasut tumit tinggi, kasut leper ataupun flats dan juga kasut sandal. Apabila memilih kasut jangan terlalu taksub untuk memilih kasut dengan tumit yang terlalu tinggi kerana semakin tinggi tumit kasut itu semakin banyak tekanan yang anda letakkan pada bahagian hadapan tapak kaki anda. Kasut yang benar-benar selesa kebiasaannya mempunyai tumit yang lebih rendah.

Dazzling Flats


Jangan sesekali abaikan untuk mendapatkan kasut yang diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi. Penggunaan material yang bagus dapat memberikan keselesaan dengan menawarkan cushioning and shock absorption. Elakkan juga untuk memilih kasut dengan toe box yang terlalu kecil agar mempunyai ruang untuk jari kaki daripada ‘terhimpit’ antara satu sama lain dan mengakibatkan kesakitan.

Brilla Sling-Back Wedges

Pilih jenama kasut wanita yang benar-benar dipercayai kerana jenama yang baik lebih dikenali dan menghasilkan koleksi kasut yang mempunyai kualiti yang baik. Apa pun pilihan anda kasut yang sempurna sewajarnya memberikan keselesaan walau kemana sahaja kalian pergi dan dapat digayakan dengan baik sepanjang hari!

So uols suka kasut yang macam mana? Pilihan Yaya mestilah kasut wedges! Memang favorite! Hihi



Terima kasih sudi baca 

Aug 12, 2015

Koleksi Tudung Solat dari Cloverush

Assalamualaikum semua 




Haa cantik tak tudung ni? Haruslah cantik! Kalau nak tahu, yaya adalah salah seorang peminat tegar tudung sarung. Senang nak pakai senang nak bersiap dan senang bila nak solat. Kejap je tak payah pakai pin segala kan?


Banyak koleksi tudung dari Cloverush yang Yaya berkenan sangat. Tengok gambar pun dah tahu kain dia mesti sejuk dan selesa untuk dipakai. Sesuai la dengan iklim negara kita ni kan. Lepas tu, tudung dari Cloverush ini mempunyai penutup dibahagian dagu. Memang nampak kemas sangat dan memberi efek muka kita kurus dan panjang. Takdelah nampak pipi tembam kan. Hihi

Lily Chin SarungLily Chin SarungLily Chin SarungLily Chin SarungLily Chin SarungLily Chin Sarung


"Menutup aurat dengan sempurna adalah bermaksud memakai pakaian yang menutupi anggota badan yang wajib ditutup ketika solat dan pakaian tersebut juga haruslah labuh dan longgar.Seperti yang anda sedia maklum, kini terdapat beraneka koleksi tudung yang ditawarkan di pasaran, namun tidak semua koleksi tudung tersebut boleh terus dipakai semasa solat. Ini kerana, selain rambut, bahagian bawah dagu juga merupakan sebahagian daripada aurat wanita Islam.

Cloverush juga telah terpanggil untuk menghasilkan koleksi express hijab dengan rekaan yang boleh dibawa solat selain dari menutupi bahagian bawah dagu si pemakai. Koleksi tudung Cloverush online ini juga mempunyai labuh yang bersesuaian dengan imej Muslimah. Lebih menarik lagi, anda juga boleh menemui koleksi tudung labuh Cloverush ini dalam beberapa pilihan warna yang menarik.


Bukan sahaja boleh dipakai terus ketika solat, koleksi tudung Cloverush ini juga boleh anda temui dalam tawaran harga yang cukup berpatutan. Untuk pemakaian tudung yang selesa dan yang paling penting menutupi aurat anda dengan sempurna, miliki sepasang tudung Cloverush berikut hari ini juga! "


Antara Koleksi Tudung Solat dari Cloverush

Lily Chin SarungLily Chin SarungLily Chin SarungLily Chin SarungLily Chin SarungLily Chin Sarung

Memang cantik sangat la! Yaya berkenan sangat dengan warna-warna tudung dari Cloverush ni! Koleksi wajib yang perlu ada bagi setiap muslimah. Jangan lupa dapatkan Koleksi Tudung Solat dari Cloverush! Terdapat banyak lagi pilihan kat sana untuk uols pilih. ^_^



Terima kasih sudi baca  


Mar 23, 2015

Asia's Next Top Model S3 Viewing Party : ZALORA

Assalamualaikum semua 



Yaya cuba bajet nak jadi Asia's Next Top Model tapi itu cuma angan angan sahaja berdiri pun tak betul leher pun masuk kedalam. Jadi cukuplah sekadar jet jet sahaja berdiri sebelah banner pun dah puas hati. HAHA



Orang pertama daftar kat media registration. Dapat seat dalam Hall A1 di TGV Indulge Cinemas. Hehe. Sementara menunggu dan minum cocktail, tiba tiba Amber Chia masuk dan dia senyum kat yaya sambil lambai tangan. Stuck kejap. Dia artis ke yaya artis? Terharu. Haha. Sukanya artis tak sombong. Terus sayang Amber Chia. Tapi tula, tak sempat selfie dengan beliau. Segan. ^^'



Presenting Asia's Next Top Model from Malaysia. Dari kanan, Melissa dan Shareeta. Good luck pretty! Korang juga boleh mengikuti perkembangan ANTM melalui hashtag #AsNTM3 #AsNTM #StarWorld #MalaysiaOnTop #TeamMelissa #TeamShareeta #ZAsNTM3 di Instagram dan Twitter. :)




Selepas sesi perkenalan dengan wakil ANTM dari Malaysia, kami dibawa ke dalam Hall TGV Indulge. Terpaku dan excited seketika. Rupanya seat dalam tu semua memang special. Seat boleh baring siap ada selimut. Sebelah tepi pula ada meja yang disediakan air dan pop corn perisa caramel kegemaran yaya. Kami diberi peluang antara yang terawal menonton episod pertama Asia's Next Top Model S3. Sempat yaya snap moment dalam episod tu. Selebihnya lebih kepada menikmati keselesaan berbaring sambil berselimut. Haha. Memang feeling habis.



Yaya dan Aten sempat selfie berdua sebelum wayang start. Hehe


Thank you #ZaloraMy . Layari www.zalora.my untuk buat korang rambang mata tengok design baju kasut aksesori dan lain lain. Yaya ada berkenan dengan satu blouse ni. Nantilah nak beli. Nak guna voucher RM100 yang Zalora bagi. Hihi. Thank a bunch Zalora! Muahciked :*


Siaran Asia's Next Top Model S3 di Star World CH 711 atau siaran HD CH722 setiap hari rabu, 8.45 malam. ^_^



Terima kasih sudi baca