Showing posts with label The face shop. Show all posts
Showing posts with label The face shop. Show all posts

Sep 19, 2016

THE FACE SHOP | The Therapy First Serum & The Therapy Moisture Blending Formula Cream




Hai semua! Siapa peminat THE FACE SHOP? Haa sekarang mereka dah keluarkan produk baharu mereka iaitu The Therapy First Serum dan juga The Therapy Moisture Blending Formula Cream. Produk The Therapy kali ini berunsurkan lautan tau. Tengok botol dia. Cantik gila kan! Suka kita! :D


Kotak untuk produk THE THERAPY ni pun kemas dan eksklusif. Berbunga hati nak cuba hihik. Produk ini diformulasikan untuk mereka yang berumur 25 tahun dan keatas yang mana ia berfungsi untuk mencegah kedutan dan garis halus di wajah, membantu mengatasi kekeringan kulit dan juga memberi kelembapan untuk kulit wajah sepanjang hari. 

Maklumlah, kaum wanita hari ini ramai yang dah berkerjaya. Selain dari masalah penghawa dingin yang boleh mengeringkan kulit kita, cuaca dan iklim di Malaysia yang agak panas juga memberi kesan kepada kulit untuk jangka masa panjang. Oleh itu, kita haruslah menjaga kelembapan kulit wajah kita agar nampak muda sentiasa walaupun tak mengenakan make up. Ewahh


See? Tak payah make up pun confident. Orang ingat kita ber-naked face. Tapi sebetulnya sebagai perempuan, kita perlu juga memakai produk asas untuk melindungi kulit muka. Kalau malas sangat, pakai dua benda ni pun cukup dah. Pakai apa? Pakailah  The Therapy First Serum dan juga The Therapy Moisture Blending Formula Cream .


The Therapy First Serum

Btw, korang tahu tak pemakaian serum tu penting? Bagi Yaya sendiri, pemakaian serum sangat penting lebih-lebih lagi lepas cuci muka kerana masa tu kita akan terasa muka segar sekejap je. Tapi sebenarnya kulit muka kita memerlukan lembapan yang berpanjangan. The Face Shop kini hadir dengan serum baharu iaitu The Therapy First Serum yang mempunyai formula anti-penuaan dan juga penuh dengan khasiat semulajadi Minyak Essential bersama campuran French Water Sea.


The-first-step serum anti-penuaan ini mempunyai banyak manfaat seperti memberi kelembapan kepada kulit, membuang sel kulit mati, menghalang garis halus dan kedutan di muka serta meransang pertumbuhan kulit baru di wajah kita. Selain daripada mengandungi minyak pati semulajadi, serum ini juga kelihatan berkilau seperti zarah kristal tau. Memang best masa nak sapu kat muka tu. Rasa macam ada efek glowing. Hihi


Cara guna : 

Tuangkan terus ke tapak tangan dan terus sapukan ke muka. Tapi paling penting kena pastikan yang tangan korang bersih tau. Kalau rasa was-was dengan kebersihan tangan, boleh letakkan di kapas dahulu dan terus sapukan di muka secara lembut. Pastikan sapuan korang rata ke seluruh wajah. Kalau ada balance tu, boleh sapu di leher juga. Apa korang ingat leher tak boleh berkedut? 


Review dari Yaya :

Jujur kata memang serum ni best tau! Sebab apa best? Haa dia berbau laut gitu. Kalau pejam mata sambil sapu kat muka korang akan rasa macam dekat dengan laut. Wee. Selain dari botol kacanya yang cantik dan ekslusif, Yaya memang serasi dengan The Therapy First Serum kerana ia tidak mempunyai alkohol yang kuat seperti kebanyakan serum dan juga mesra dengan keadaan kulit muka Yaya yang sensitif. Selalunya Yaya memang jarang bersolek kalau setakat keluar nak beli barang. Tapi wajib bagi Yaya untuk pakai penjagaan asas seperti toner, serum dan krim pelembab. Barulah muka nampak umur enam belas selalu. Hihi. 


The Therapy Moisture Blending Formula Cream

Krim pelembab ini mempunyai kandungan yang lebih kurang sama dengan The Therapy First Serum iaitu Minyak Essential bersama campuran French Water Sea tetapi The Therapy Moisture Blending Formula Cream ini pula dalam bentuk krim yang memberi khasiat yang maksimun kepada kesihatan kulit muka selepas memakai serum.

The Therapy Moisture Blending Formula Cream yang terdiri daripada gel pelembab dan lapisan minyak semulajadi ini menggunakan teknik The Fresh Hydro-Oil Carrier bagi memberi keseimbangan khasiat yang terkandung di dalamnya.

The Therapy Moisture Blending Formula Cream yang unik ini mempunyai dua lapisan iaitu, lapisan atas dirumus dengan essential oil yang ringan (berwarna lutsinar), manakala lapisan bawah pula dirumus dengan krim pelembap. Gabungan rumusan ini membuatkan muka kita terasa lembut apabila krim tadi mula meresap jauh ke dalam kulit untuk kelembapan semulajadi. 


Cara guna :

Kacau The Therapy Moisture Blending Formula Cream menggunakan spatula yang digunakan selama 10 saat dalam gerakan membulat (untuk pemakaian kali pertama sahaja) dan ambil sedikit krim dan kemudian sapukan di kulit wajah korang dengan urutan lembut dan ratakan diseluruh muka. Gunakan pada waktu pagi dan malam selepas menggunakan The Therapy First Serum. Untuk kesan yang lebih efektif, korang boleh menekup muka selama 2-3 untuk penyerapan yang optimun.


Review dari Yaya : 

Oleh kerana kulit Yaya memang manja mengada dan sensitif, Yaya terasa muka Yaya sedikit panas tetapi reda selepas beberapa saat kemudian. Mungkin Yaya ambil krim terlalu banyak atau sapu dan urut terlalu lama hihi. Tapi yang pastinya, kalau gunakan The Therapy First Serum dan The Therapy Moisture Blending Formula Cream sebelum make up, kita akan terasa solekan kita lebih licin dan tidak kelihatan tebal. Yang penting, kulit wajah kita masih sihat walaupun menggunakan solekan. Kalau tak percaya, cuba sendiri okay! ;D


The Therapy First Serum berharga RM148.29 untuk 130ml manakala The Therapy Moisture Blending Formula Cream pula berharga RM174.90 untuk 50ml.


Untuk maklumat lanjut :

Website : www.thefaceshop.my




#thefaceshopmalaysia #thetherapyfirstserum #FIRSTmakesbeauty



Terima kasih sudi baca

Sep 18, 2015

Oil Control Water Cushion by THEFACESHOP

Assalamualaikum semua 




Mulai sekarang, Yaya peminat THEFACESHOP! Yeayy bestnya barang makeup dari THEFACESHOP. Tapi hari ni Yaya nak review Oil Control Water Cushion. Inovasi baru yang semakin mendapat sambutan kerana memudahkan pengguna untuk bersolek menggunakan teknik keseluruhan asas cairan microfoam dan mendapat kebaikan yang optimum untuk penjagaan kulit muka. 






Amboi seriusnya muka. Maaf! Tengah periksa sapuan Yaya rata ke tak. Haha :p
Ternyata rata! Yeayy! :D


Kebaikan Oil Control Water Cushion dari THEFACESHOP :

Menghidrat kulit muka dengan lebih baik

Kebanyakan bedak asas akan mengeringkan muka tetapi Oil Control Water Cushion memberikan kelembapan kepada kulit muka Yaya dan tidak mengeringkan kawasan disekitar bibir seperti selalu. Memang terbukti berkesan lah! Hee. Dalam masa yang sama, ia diformulasikan dengan Italian Oxygen Water. Wow. Bolehlah kulit muka kita bernafas dengan baik dan mendapat manfaat sewajarnya walaupun dalam keadaan bersolek.

SPF 50+ PA+++

Apabila kulit muka kita banyak terhindar dengan sinaran UV yang berbahaya, ia boleh menyebabkan kanser kulit. Gunakan produk penjagaan yang tinggi nilai SPF agar kulit muka kita lebih terlindung dari cahaya yang merosakkan kulit muka. Sesuai untuk mereka yang selalu bersukan di tengah panas dan meminati aktiviti lasak, Oil Control Water Cushion sangat sesuai untuk perlindungan kulit muka anda dari pancaran matahari.

Kawalan Sebum

Kalau bahasa omputih ni orang kata Sebum Contol lah kan. Untuk pengguna yang mempunyai kulit muka seperti Yaya iaitu berminyak di kawasan T, sangat digalakkan menggunakan Oil Control Water Cushion kerana ia mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan. Bila pakai tu rasa kurang sangat berminyak dan juga efek ala ala shining gitu dengan minyak yang sekadar ada dan nampak semulajadi. Hehe

Lebih Tahan Lama Berbanding Bedak Biasa

Yang ni Yaya paling suka, tak payah risau make up kita cair bila berada lama diluar. Ia mudah meresap dan lebih tahan lama dari bedak biasa tau. Cairan yang diekstrak itu membuatkan muka kita kelihatan lebih semulajadi dan tidak bercapuk. Untung kalau mereka yang flawless, bila pakai Oil Control Water Cushion tak payah pakai concealer lagi. Jadi macam gadis korea terus! Peewitt!



Harga pasaran untuk Oil Control Water Cushion dari THEFACESHOP ini adalah RM 83.90 sahaja okay! 



Terima kasih Oil Control Water Cushion! Kini kulit muka Yaya boleh bernafas dengan baik dari serapan khasiat yang terkandung di dalamnya . Selamat tinggal kulit berminyak! :D


Tapi sebelum tu kalau nak dapatkan secara percuma, jangan lupa terjah laman Facebook THEFACESHOP untuk maklumat terbaru dari mereka. Peraduan LIKE, SHARE dan COMMENT akan berakhir pada 27 September 2015!




Lelaki pun boleh pakai woww! Cepat terjah gambar ni di laman Facebook THEFACESHOP sekarang dan ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk memenangi Oil Control Water Cushion ni. Terbaikkk!



Berita baik! THEFACESHOP sedang membuat promosi tau! Sila layari http://oilzerochallenge.thefaceshop.net.my/ untuk mendapatkan 10% diskaun dan dapatkan refill THEFACESHOP Oil Control Water Cushion secara PERCUMA yang mana harga asalnya ialah RM48.90. Selain itu, anda juga akan mendapat FREE membership yang akan memberi anda keistimewaan apabila berbelanja di THEFACESHOP! Yahuu! ^_^ 



Untuk maklumat lanjut :



Terima kasih sudi baca