
Sihat ke semua harini? Harap semua dalam keadaan sihat lah ye. Jerebu teruk sangat kan haritu sampai Yaya yang duduk rumah ni pun rasa perit tekak dan pedih mata. Mata rasa lesu je haa. Sebenarnya baru elok dari sakit mata. Balik dari kampung mata kiri merah je sampai kena stop pakai contact lens. Huhu. Harap semua sentiasa pakai mask setiap kali jerebu okay! Buat mereka yang mempunyai kulit muka yang sensitif, jangan lupa pakai serum muka untuk hindarkan asap jerebu or even asap kenderaan yang kotor tu makin merosakkan tekstur kulit muka anda.
Pilihan serum untuk penjagaan kulit muka Yaya? Haruslah Remedy Serene Serum. Sepanjang 2 minggu Yaya gunakan serum ni, Alhamdulillah jerawat muka acah acah je nak naik tapi kecut semula lepas sapu Remedy Serene Serum . Parut akibat jerawat juga dah beransur pulih sedikit demi sedikit. Biarlah lambat asalkan hilang dengan sihat ye para parut sekalian. Hehe

Bagi Yaya, Remedy Serene Serum ni sangat sesuai dengan Yaya. Pantang kena habuk sikit, kulit Yaya memang senang kena gatal-gatal. Lagipula muka selalu terdedah dengan habuk semasa menyapu sampah dan mengemas bilik. Yaya pakai pada 2-3 titis dan sapu di kulit muka pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Selain daripada memudarkan parut jerawat, ianya juga turut membantu untuk mengurangkan kegatalan dan kemerahan kulit serta mengecutkan jerawat yang baru nak muncul. Yaya memang mudah dapat jerawat di muka kalau tak jaga dengan betul. Silap sikit, bangun pagi tu terus naik jerawat. Sedih tau. Huhu. Jadi, rutin wajib Yaya setiap hari mesti apply Remedy Serene Serum sebelum tidur.
Jom lihat testimoni pelanggan lain ^_^



Seronok tengok testimoni pelanggan yang berpuas hati. Kita pun rasa gembira bila lihat keadaan kulit sensitif mereka makin pulih selepas menggunakan Remedy Serene Serum ni kan? Banyak lagi testimoni pelanggan yang telah menggunakan Remedy Serene Serum ni tau! Sila rujuk dan klik link di akhir entri ini ya. :)
Malulah nak tunjuk muka sebelum dan selepas Yaya. Hihi. Parut kat muka Yaya semakin memudar. Kalau sebelum ni pakai concealer pun parut still nampak juga bila dah berpeluh. Tapi apa apapun yang paling penting, kenalah jaga pemakanan juga. Minum banyak air mineral/air masak/air tapis. Bergelen pun tak apa. :p
Selepas 2-3 minggu menggunakan Remedy Serene Serum secara istiqomah. Hihi
Terima kasih Remedy Serene Serum kerana membaiki tekstur kulit muka Yaya. Muahciked. :*
Remedy Serene Serum berharga RM79 sebotol
Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara online :
Belian online :
Instagram :
Email :
loveremedy.hq@gmail.com
No tel :
016-4224180 / 019-7722059
Terima kasih sudi baca









