Showing posts with label Joy Revfa. Show all posts
Showing posts with label Joy Revfa. Show all posts

May 19, 2016

Kecintaan Terhadap Produk MERVE



Hai korang! Ingat lagi tak dengan entri lepas Yaya mengenai MERVE? Like seriously memang Yaya dah jatuh cinta sangat dengan semua produk dari MERVE ni tau :'D


Gorgeous Juice

Percaya tak dalam sebotol comel Gorgeous Juice ini terkandung pelbagai khasiat yang memberi pelbagai manfaat kepada si peminumnya? Banyak testimoni hebat daripada pelanggan MERVE yang telah mengambil Gorgeous Juice Beauty Supplement ini antaranya :

1. Membuatkan kulit menjadi berseri & putih gebu dari wajah hingga seluruh badan.

2. Menghasilkan pembentukkan kolegen secara semulajadi untuk kulit yg cantik, mulus & awet muda

3. Menegangkan & Membesarkan payudara ketahap ideal secara semulajadi

4. Membantu pola tidur yg teratur setiap hari

5. Menyeragamkan tona kulit dan mengetatkan pori kulit wajah

6. Bertindak sebagai anti penuaan, anti oksidan & anti bakteria yang membersihkan kulit hingga ke lapisan dermis terakhir

7. Mengaktifkan sel kulit baru

8. Menguat, menyuburkan dan mencantikkan rambut & kuku

9. Mengandungi nutrien yg tinggi sesuai bagi ibu mengandung dan yang lagi penting meningkatkan penghasilan susu ibu dan kesannya dapat memberi kulit bayi cantik & sihat

10. Menggalakkan pemulihan pantas apabila berlakunya kecerderaan, terutamanya luka yang bakal meninggalkan parut.

11. Memudarkan jeragat & lingkaran gelap bawah mata. Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam & menbasmi bateri jerawat.

12. Mengurangkan selera makan, kolestrol berlebihan, selulit & menurunkan berat badan ke tahap ideal

13. Membantu memulihkan masalah seksual wanita mahupun lelaki

14. Mengatasi masalah keputihan, missV berbau & masalah sengugut

15. Mampu mengetatkan & merapatkan Faraj

16. Bibir tidak kering & sentiasa lembap

17. Memberi tenaga supaya anda tidak cepat letih, lebih cergas & bersemangat setiap hari.

18. Mencerahkan bahagian-bahagian intim wanita/lelaki

19. Memberi kelembapan (hydration) kepada kulit secara terus menerus. Kulit lelaki yang kasar pun boleh kembali lembap

20. Berkhasiat tinggi dlm rawatan sembelit & merangsang pergerakan usus yang perlahan

21. Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi

22. Mempertahankan dan memelihara sistem reproduksi baik lelaki maupun wanita

23. Membantu bertindak sebagai anti penuaan dan antioksidan untuk menjaga kesihatan dan jantung

24. Melapangkan saraf, membuang kahak, berhenti cirit-birit, demam dan keruh spermatorrhea, dan membuang bahan-bahan toksik dari badan

25. Memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur. Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.

26. Kulit wajah terasa glowing, licin & lembut apabila dicium

27. Mampu mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, menyihatkan kulit, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya

28. Dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis

29. Tangan semakin terasa tegang, lembut & cerah. Tidak kasar seperti selalunya

30. Merangsang aktiviti seks lelaki dan wanita serta membantu memudahkan kehamilan

Fuhh! Banyak betul khasiatnya! Rasanya masam manis kerana mengandungi khasiat makanan sunnah seperti pati buah delima yang mana kita tahu buah ini tersangatlah bagus untuk sistem dalaman manusia! :D


Ambil sebotol di waktu pagi sebelum sarapan. Lebih baik jarakkan waktu sarapan 2 jam selepas mengambil Gorgeous Juice ini supaya sistem dalaman kita menyerap penuh khasiatnya tanpa campuran makanan lain. Hee


Dan jangan lupa sebotol sebelum tidur. Untuk penjimatan, digalakkan untuk mengambil sebelum tidur kerana semasa tidur, badan kita dalam mood berehat tanpa sebarang aktiviti. Yang penting, kena minum banyak air mineral untuk hasil yang gebabom. Wee!


Fairy Tears Potion

Jujur kata, dalam banyak-banyak serum yang Yaya review, Fairy Tears Potion adalah antara serum yang terbaik pernah Yaya gunakan. Tekstur yang mudah meresap, membuat make up Yaya lebih tahan lama dan juga  membantu mengecutkan masalah jerawat Yaya. Pudarkan parut pun boleh tau! Dah la wangi! Lepas tu lembut je muka Yaya. Jatuh cinta sungguh lahai pakai Fairy Tears Potion ni. Sayang nak habiskan. Pakai pun jimat-jimat :p

Fungsi Fairy Tears Potion adalah :

BERTINDAK SEBAGAI MOISTURIZER
( Pelembab ) :
Potion/serum ini mengandungi vitamin E secara rutin akan mempertahankan kelembapan semulajadi kulit wajah dan kulit terasa lebih 'moist' & tidak terlalu kering. Dibandingkan dengan krim pelembab, serum ini memiliki fungsi yang jauh lebih bermanfaat. Bezanya dari pelembab biasa ianya hanya 'bekerja' melembabkan lapisan kulit dari luar, tetapi serum ini mampu menembusi pada lapisan kulit epidermis. Bahkan bagi orang yang wajahnya berjerawat pun disarankan untuk menggunakan serum ini kerana ianya berfungsi untuk mempercepat pertumbuhan sel kulit baru. Tidak hairan, jika harga serum ini jauh lebih mahal berbanding harga krim pelembab biasa

BERTINDAK SEBAGAI MAKEUP PRIMER
( Alas Makeup ) :
Potion/serum ini amat sesuai dipakai sebelum memakai foundation atau makeup supaya kulit lebih licin, moist/lembap, adunan makeup yang lebih cantik, senang & cepat. Ianya juga mewujudkan permukaan kulit yang sempurna untuk makeup dan memberi perlindungan untuk makeup bertahan lebih lama dan berseri-seri.

BERTINDAK SEBAGAI SKIN REPAIR SERUM
( Pemulihan Kulit ) :
Potion dengan cairan yang mewah yang penuh khasiat ini amat bagus untuk yang mempunyai masalah kulit kerana ianya mampu menyembunyikan kecacatan kulit dan tidak kesempurnaan seperti kesan parut, kesan jerawat, kulit kusam, minyak berlebihan diwajah, kedutan, garis halus, melecur, kulit gelap dan pori-pori terbuka. Juga bertindak sebagai pelembap yang melembapkan kulit dan kekal hidrat sepanjang hari. Melindungi kulit dari sinar UV dan mengandungi SPF 50 yang mampu menyamaratakan warna kulit, mencerahkan, melembutkan dan menyerap minyak berlebihan terutama di kawasan T-zone.

BERTINDAK SEBAGAI SCARS TREATMENT
( Rawatan Parut ) :
Dengan khasiat hebat Rosehip Seed Oil ianya mampu mengatasi masalah kulit berparut yang tegar di wajah & badan secara efektif dan cepat. Testimoni positif dari pengguna membuktikan ianya hanya mengambil waktu yang singkat dapat memudarkan noda hitam di kulit seperti bekas luka dan bekas jerawat. Boleh disapukan juga pd kulit melecur, panau, strechmark, kudis, bekas cacar air atau kawasan kulit gelap

BERTINDAK SEBAGAI SUNBLOCK
( Perlindungan Matahari ) :
Sinar Matahari bukan saja membuat kulit berubah menjadi lebih gelap tapi juga boleh menyebabkan masalah kepada kulit. Potion/Serum ini berupaya melindungi kulit dari sinar UV dan mengandungi SPF 50 yang mampu menyamaratakan & sempurnakan warna kulit. Komponen yang berbahaya dari sinar matahari adalah sinar ultraviolet A & B yang dapat menyebabkan kulit terbakar (sunburn), kulit menjadi gelap (tanning), penuaan, kulit menjadi berkedut & merosakkan kulit. Harus dielakkan masalah ini dengan memakai serum untuk perlindungan penuh setiap hari.


Paling Yaya rekomenkan untuk semua pembaca blog Yaya. Serum ini memang terbaik. Sila beli okay. Sangat berbaloi untuk kecantikan kulit muka :)


Full Coverage Foundation with Super Fruits extracts

Nak tanya foundation yang uols pakai tu best tak? Kalau best, bau dia wangi tak? Kebanyakan Yaya jumpa, ada foundation yang berbau tak best lepas tu kita pakai pun muka rasa tebal dan cepat 'crack' bila pakai lebih dari 2 jam kan? Maka dengan itu, uols haruslah memakai Full Coverage Foundation dari MERVE ini yang mana ia telah menjadi pilihan ramai jelitawan diluar sana. Sebelum tu, jom berkenalan dengan jenis-jenis foundation dari MERVE ini :)

Code : #001
LIGHT Skin Tone
Sesuai untuk : Kulit Putih Pink / Chinese
Bertindak sebagai :
Primer / Concealer / Foundation
Keistimewaan :
Menutup bekas jerawat, kedutan, parut, noda hitam, lingkaran gelap bwh mata juga merawat dari dalam & mencerahkan kulit secara semulajadi .

Code : #002
MEDIUM Skin Tone
Sesuai untuk : Kulit Kuning Langsat / Malay
Bertindak sebagai :
Primer / Concealer / Foundation
Keistimewaan :
Menutup bekas jerawat, kedutan, parut, noda hitam, lingkaran gelap bwh mata juga merawat dari dalam & mencerahkan kulit secara semulajadi.

Code : #003
DARK Skin Tone
Sesuai untuk : Kulit Sawo Matang / Indian
Bertindak sebagai :
Primer / Concealer / Foundation
Keistimewaan :
Menutup bekas jerawat, kedutan, parut, noda hitam, lingkaran gelap bwh mata juga merawat dari dalam & mencerahkan kulit secara semulajadi.

Code : #004
HIGHLIGHTER
Sesuai untuk : Semua Warna Kulit
Bertindak sebagai : Shading
Keistimewaan :
Menciptakan wajah yang bercahaya serta memberi efek volume agar dimensi wajah lebih menyerlah.

Code : #005
CONTOUR
Sesuai untuk : Semua Warna Kulit
Bertindak sebagai : Shading
Keistimewaan :
Menyamarkan kekurangan wajah serta mampu mengecilkan dan membentuk wajah supaya lebih sempurna & tajam


Tak sabar nak tahu kelebihan Full Coverage Foundation dengan ekstrak Super Fruits ni? Nah! Yaya bagi 30 manfaat untuk bacaan semua. 30 manfaat itu ialah :

1. Berbau harum dengan campuran krim yang memberikan perlindungan penuh untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit wajah dengan ekstrak Super Fruits. Buah yang diketegorikan sebagai " Super " oleh saintis pemakanan adalah buah-buahan yang kaya dengan antioksidan, serat, vitamin, mineral dan lain-lain nutrien yang memberi khasiat pada kulit, kelihatan lebih cantik, sempurna dan juga mencegah dari penyakit kulit

2. Kulit tidak kelihatan dan terasa berat (seperti memakai topeng) dan kelihatan semulajadi dengan kemasan sempurna

3. Menjadikan kulit anda kelihatan tidak berminyak. Kemasan akhir menjadikan kulit anda gebu & berseri

4. SPF 50 melindungi kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya dan kulit kusam

5. Tekstur yang ringan dan lebih praktikal untuk dipakai setiap hari dan terasa berseri dengan kemasan yang tahan lama

6. Meningkatkan kolagen untuk mencegah penuaan dan mengurangkan keradangan dan tidak gatal pada kulit anda. Penampilan yang lebih muda, menegangkan dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan

7. Tidak mengandungi bahan kimia sintetik , wangian tiruan atau mana-mana toksin

8. Solekan tahan lebih lama, serta mengurangkan peluh yang menutupi liang roma yang menyebabkan jerawat

9. Menjadikan kulit lembut seperti baldu, licin dan sempurna

10. Menjadikan pemakaian lebih cantik berseri dalam beberapa jam serta membantu mengawal lebihan minyak

11. Gabungan sempurna pada span atau berus memudahkan krim diratakan pada permukaan wajah

12. Semua dalam satu bertindak sebagai sebagai Primer (krim perlindungan), Concealer (penyamar noda), Foundation (bedak asas) & Shading (pembayang)

13. Bedak asas mesra wudhu, 100% organik tulen dan bebas silikon yang boleh dibawa solat tanpa was-was

14. Mengurangkan parut jerawat secara perlahan-lahan dan sangat bagus untuk kulit yang terdedah kepada jerawat kerana ianya membuat pori-pori terlihat lebih kecil yang membuat foundation dapat teraplikasi dengan sempurna pada wajah.

15. Pilihan yang sempurna untuk penggunaan yang tahan lama , tidak gatal dan bebas minyak

16. Membuatkan anda jatuh cinta selepas menggunakan bedak asas ini dan menjadikannya sebagai perlindungan semulajadi setiap hari untuk kesegaran wajah

17. Sesuai untuk semua jenis kulit

18. Bedak asas dengan harga yang berpatutan & berbaloi

19. Menggalakkan kulit lebih berseri dan sihat, serta membuat kulit anda terasa benar-benar terhidrat

20. Color Correcting menjadikan ianya sesuai untuk semua warna & jenis kulit

21. Mengandungi ciri-ciri menegangkan kulit wajah dan anti-penuaan tambahan yang terhasil dari Kolagen dan Stem Cell

22. Semuanya dalam satu! produk ini menawarkan pencegahan, perlindungan dan penghidratan

23. Memberikan anda kemasan tanpa cacat cela selama lapan jam

24. Melindungi dari jerawat atau bintik hitam serta ianya tidak tebal apabila dipakai dan amat selesa

25. Sesuai untuk dibawa kemana-mana & mengembara

26. Menekankan ciri-ciri dengan sentuhan realistik dan mewujudkan dimensi kontur dan dan pembayang. Ini disebut sebagai panduan sempurna di antara bedak asas dan pembayang bentuk wajah

27. Bertindak sebagai Concealer atau juga biasa disebut sebagai penyamar noda, adalah satu dari rangkaian tata rias yang wajib dimiliki agar wajah tampil sempurna, karena foundation ini mampu menutupi jerawat, wajah yang tidak merata, juga boleh menutupi lingakaran hitam di bawah mata

28. Bedak asas yang mengandungi Vitamin C dan Vitamin E yang mampu membantu mencerahkan kulit kusam, menyuburkan kulit dan menambah kelembapan kulit

29. Menjadikan wajah anda lebih cerah dan kelihatan muda. Mengandungi vitamin & antioksidan

30. Dirumuskan untuk adunan licin & sempurna pada kulit. Cari warna yang sesuai untuk kulit anda dengan gabungan warna yang disediakan untuk mendapatkan padanan warna kulit tertentu seperti professional


Nak make up anda lagi cantik? Jangan lupa gabungkan Fairy Tears Potion dan Full Coverage Foundation untuk hasil make up yang pedepow! :D


Testimoni sendiri apabila menggabungkan Fairy Tears Potion dan Full Coverage Foundation (code #002). Saiz yang mudah dibawa kemana-mana! Benda wajib yang ada dalam beg Yaya bila nak berjalan jauh. Lepas cuci muka wajib pakai serum. Hihi


Antara komen yang Yaya terima dari rakan Facebook apabila update gambar. Hihi malu kita :p


Sekarang ni kalau make up pergi event pun, Yaya suka yang light light sahaja. Tak tebal dan yang paling penting, muka rasa ringan dan make up pun tak crack. Yayy! 

Nak rebut harga promosi? Cepat beli sebelum kehabisan stok! ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Instagram pengasas MERVE : @joyrevfa
Link official page MERVE Cosmetic Malaysia :  Merve Cosmetic Malaysia
Instagram : @mervecosmetic_hq
Email : mervemalaysia@gmail.com

Manufactured by :
MERVE Group Holdings Berhad ( 1167228 T )

Distributed by :
MERVE Skin Health Sdn Bhd ( 1173249 P )

Alamat :
B-G-5 Vista Alam, Jalan Ikhtisas,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

No. Tel : 
 +601123650600
‪+60123738787‬



Terima kasih sudi baca 

Apr 27, 2016

MERVE Cosmetic | Siapakah si cantik Joy Revfa?




Inilah dia Cik Joy Revfa yang mendapat tempias viral mengenai adik iparnya yang mempunyai wajah mirip Dato' Siti, Neelofa dan Fasha Sandha. Untuk Cik Joy sendiri, Yaya rasa muka dia macam ala-ala pelakon sinetron Indonesia tau! Dah tu pula, beliau memang mempunyai kacukan Melayu-Indonesia. Memang cantik sangat lahai Cik Joy ni masa jumpa depan-depan. Nak tahu rahsia kecantikan beliau? Teruskan baca :*


Cik Joy Revfa selaku Founder MERVE Cosmetic bersama Encik Ridz yang merupakan Presiden Merve Group. Amboi secocok nampaknya sama cantik sama hensem sama padan. Hihi

Bukan mudah menjadi seorang Joy Revfa ye kawan-kawan. Banyak jatuh bangun yang beliau hadapi sebelum menikmati kejayaan pada hari ini. Serius kagum sangat dengan ketabahan beliau. Dari air muka Cik Joy Revfa yang tenang dan ayu ni, siapa sangka produk beliau kini mula mendapat tempat di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan lain-lain. Idola sangat! :D


Bersama rakan blogger Uzu, Dik Bee dan Onie. Kalau dah jumpa haruslah wefie kan! Excited nak jumpa depa semua ni. Semoga ukhwah terus berkekalan dan sentiasa comel sokmo lepas pakai MERVE. Wee :p


Alalala comeynyaaaa Cik Joyyyy! :'D

Selain bertindak sebagai founder MERVE, Cik Joy Revfa juga merupakan make up artist yang terkenal tau! Pernah menetap di Indonesia ketika beliau melanjutkan pelajaran disana sekaligus menjadi permulaan karier beliau sebagai MUA hebat dalam memberi sentuhan kebanyakan artis Indonesia. Cik Joy Revfa juga pernah terlibat dengan Filem Box Office bertajuk Habibie & Ainun yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Filem ini yang dibintangi oleh Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian.


Berkonsepkan 'Fairy Tales', Yaya sangat tertarik dengan bungkusan produk dari MERVE ini. Mana taknya, comel gila! Kotak dia, botol dia, warna dia dan lain-lain memang mempunyai kelainan dan keunikan tersendiri berbanding produk lain dalam industri kosmetik di Malaysia. Simple but nice. Memang masa first time pegang produk ni pun Yaya amaze sangat dengan reka bentuk dan packaging produk MERVE. Ekslusif dan elegan gitu.


Jom berkenalan dengan 5 Produk keluaran MERVE GROUP HOLDINGS BERHAD & MERVE SKIN HEALTH SDN BHD (MARVEILLES)  ^_^




Produk PERTAMA iaitu Minuman Kecantikan & Kesihatan The Beauty Spells iaitu GORGEOUS JUICE . Walaupun baru berada dipasaran awal jun 2015, sambutan dan testimoni yang diterima sangat menggalakkan & keberkesanan minuman ini amat menakjubkan. Produk Gorgeous Juice ini telah terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa 6 bulan! Apa yang mencuri hati pengguna adalah kerana Gorgeous Juice ini mengandungi formula Collagen, Vitamin C, Stem Cell, Bearberry Extract, Pearl Powder dan Diamond Water dan diperkayakan juga dengan ekstrak makanan sunnah iaitu Pomegranate Extract (Buah Delima), Dates Extract (Kurma), dan Bee Pollen (Debunga Lebah). Amalan pengambilan gabungan ekstrak makanan sunnah ini bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, In Sha allah. Produk ini khusus buat wanita yang ingin memperbaiki masalah dalaman terutama buat wanita yang sukar hamil, dingin dalam perhubungan seksual, memperbetulkan aturan haid, memperbanyakkan susu dada & mencantikkan lagi kulit.





Produk KEDUA yang baru 3 bulan muncul iaitu MERVE Full Coverage Foundation yang menjadi viral & kegilaan pengguna wanita yang mampu mencantikkan kulit dalam beberapa saat. Foundation ini diperkaya dgn Super Fruits & Modern Formula ini penuh dengan khasiat untuk kulit kita setiap hari! Foundation ini mengandungi extract Mangosteen, Grapefruit, Goji Berry, Peach, Acai Berry, Pomegranate, L-Glutathione, Stem Cell, Green Tea, Vitamin C, Vitamin E & Aloe Vera yang mampu memulihkan, melembutkan, mencerah & mencantikkan kulit anda setiap hari. Dalam minggu pertama berada di pasaran, hampir 5000 unit licin terjual. MERVE Full Coverage Foundation with Super Fruits ini mempunyai 5 warna istimewa yang boleh diaplikasikan sebagai Primer (Krim Perlindung), Foundation (Alas Bedak), Concealer (Penyamar Noda) & Shading (Pembayang) yang mampu memberi khasiat pada kulit & menukar kulit anda lebih sihat bermaya.



Produk KETIGA pada pertengahan bulan February 2016 lepas. Diberi nama MERVE Fairy Tears Potion, Fairy Tear Potion ini adalah Multivitamin Primer Serum iaitu cairan yang mengandungi formula zat yang berkhasiat untuk memperbaiki struktur kulit yang sangat luar biasa dan baunya juga wangi dengan ektrak Dewberry. Ianya diperkaya dengan pelbagai ektrak semulajadi bersama formula antioksidan yang hebat khas untuk memudarkan kesan parut & melembutkan kulit. Mampu melembapkan kulit serta menjadikan kulit cerah, halus & mulus. Umpama 2 dalam 1 Base Makeup (Primer) dan Zat Cair (Serum). Ianya juga mampu meresap ke dalam lapisan terdalam kulit dan molekul dari formula zat umpama "lapisan Vitamin" yang hebat, lebih tinggi khasiat dan memberi nutrisi pada kulit berbeza dari Krim Wajah yang biasa. Digalakkan memakai potion ini setiap hari sebelum memakai makeup kerana ianya umpama 'perisai' dari bahan-bahan tidak sepatutnya di dalam makeup yang merosakkan kulit anda. Jadi sebelum nak pakai makeup, sapu potion ni dulu dan pakai setiap hari sebelum tidur. Boleh dipakai diwajah, tangan dan seluruh badan yang terdapat kesan luka, parut, rekahan dan kulit kasar.



Produk yang KEEMPAT adalah LIMITED EDITION Fairy Tales Pashmina yang direka khas oleh Cik Joy Revfa sendiri dengan warna pastel dunia khayalan yang ceria. Pashmina available pada minggu terakhir bulan April 2016. Cantik sangat kan Pashmina ni? Yaya berkenan sangat tau!


Produk KELIMA daripada MERVE adalah compact powder yang bakal dihasilkan & akan berada di pasaran dalam bulan July 2016. Memang hebak betul. Nantikan keluaran produk baru dari MERVE Group yang seterusnya. Hihi


Tak sabar Yaya nak cuba ketiga-tiga produk utama diatas. Tunggu sambungan review tau! :)


Jom cuci mata dengan hujan gegambar ketika event tempoh hari. Memang seronok lahai ^_^

Semua memang seronok dapat berjumpa dengan Presiden dan Founder MERVE ni. Sporting je melayan kepala gila blogger haritu. Terima kasih Encik Ridz dan Cik Joy Revfa! Ada rezeki jumpa lagi ya :)

Untuk maklumat lanjut :

Instagram pengasas MERVE : @joyrevfa
Link official page MERVE Cosmetic Malaysia :  Merve Cosmetic Malaysia
Instagram : @mervecosmetic_hq
Email : mervemalaysia@gmail.com

Manufactured by :
MERVE Group Holdings Berhad ( 1167228 T )

Distributed by :
MERVE Skin Health Sdn Bhd ( 1173249 P )

Alamat :
B-G-5 Vista Alam, Jalan Ikhtisas,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

No. Tel : 
 +601123650600
‪+60123738787‬


Terima kasih sudi baca