Walaupun belum punya rumah sendiri, Yaya paling suka gila pergi showroom rumah dan tengok sendiri depan mata hiasan dalaman rumah yang cantik-cantik hihi. Sambil-sambil tengok tu boleh berangan kalau ada rumah sendiri nanti boleh hias macam tu macam ni. Berangan tak salah okay :p
Kebetulan Intech Kitchen yang bertempat di Semenyih Kajang ni tak jauh dari rumah Yaya so kita pun saja la nak jalan-jalan cuci mata. Mana tahu kot terberkenan boleh bodek ayah suruh tambah apa yang boleh dekat rumah yang ayah beli kat Sg. Long tu. Rumah apartment tu kecik comel je tapi ada 3 bilik. Cumanya bahagian dapur tu macam bukan dapur tu yang tengah cari idea nak ubahsuai bahagian dapur.
Masuk je bahagian showroom terus ternampak sijil pengiktirafan dan juga kejayaan yang telah Intech Kitchen dapat sepanjang 10 tahun mereka beroperasi. Terbaik la~
Bila dah jadi mak-mak ni, paling kita teruja kalau ada dapur yang cantik dan selesa untuk memasak. Untuk korang yang masih tengah survey dan tercari-cari kitchen cabinet yang menjadi idaman hati, korang boleh terus dapatkan khidmat Intech Kitchen! Yaya sendiri pun dah masukkan Intech Kitchen dalam wishlist Yaya nanti kalau nak buat ubahsuai. Jom korang tengok hasil kreativiti Intech Kitchen ^_^
Omg omg cantiknya korang! Yaya paling berkenan yang set putih ni! Walaupun orang kata susah nak jaga sebab takut kotor ke apa but heyy kalau dapur cantik macam ni haruslah jaga elok-elok kalau boleh hari-hari nak bagi berkilat macam baru beli tau :')
Yang bestnya lagi tentang kabinet dapur dari Intech Kitchen ini ialah, bila buka je setiap laci macam dapat surprise tau. Nak tahu surprise apa? Contohnya macam rekabentuk laci tu yang sangat fleksibel dan kalau boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam laci tu. Tu yang Yaya teruja sangat dengan kemahiran Intech Kitchen ni.
Bila buka je almari, taraaa~ haa ada banyak bahagian kat dalam laci ni tau. Boleh letak pelbagai stok makanan dan bagi Yaya sangat menjimatkan ruang kerana ianya menggunakan segala space yang ada.
Kat bahagian laci yang nampak kecil ni pun rupanya terdapat bahagian untuk kita letak botol sos, botol kicap dan sebagainya. Bila ada ruang tersorok macam ni, bahagian dapur akan nampak lebih kemas lagi sebab semuanya dah tersimpan molek didalam laci ;)
Ni kalau ada Shawn nak je bagi hint hint jelingan manja "Yangggg nak dapur macam ni please please pleaseee..." hahaha aduhai jatuh cinta okay! Suka sangat ada bar counter macam ni. Untuk design dapur macam ni, ianya menggunakan material 4G Glass. Glass Door ni juga ada dua jenis grade iaitu 3G dan 4G yang mana mempunyai harga dan kualiti yang berbeza
Di Intech Kitchen, korang boleh suarakan idea dan juga pendapat tentang dapur idaman korang. Perkerja mahir mereka akan terus zahirkan apa yang ada di minda korang dalam bentuk lukisan dalam masa kurang 10 minit! Selain tu mereka juga akan berikan cadangan kepada korang dalam pemilihan material untuk kitchen cabinet idaman korang.
Rambang mata kan? Kalau Yaya mesti nak pilih yang ala-ala moden style hihihi
Tiada masalah pinggan berlaga dan sumbing bila ada compartment macam ni.
Dahlia tu yang over nau apesal -.-
Nicenya koranggggg
Nice kannnn! Siapa sangka bila buka je laci rupanya ia berbentuk angle macam ni.
Selain kitchen cabinet, korang juga boleh dapatkan pelbagai khidmat dan servis dari Intech Kitchen dalam pengubahsuaian rekabentuk untuk hiasan rumah korang seperti almari baju, TV cabinet, stair cabinet, bed frame dan lain-lain lagi ;)
Ini antara contoh wardrobe yang turut terdapat di showroon Intech Kitchen.
Nak yang transparent menggunakan kaca macam ni pun ada tau korang. Ekslusif sangat :)
Bersama Owner Intech Kitchen iaitu Jessica. Jess ni memang peramah orangnya dan sudi berkongsi idea dan pendapat untuk menyerlahkan lagi bahagian rumah kediaman.
So korang, macam mana? Dah terfikir-fikir dan terbayang-bayang nak dapur idaman macam mana nanti? Hihi. Semoga murah rezeki nak ada dapur idaman dan berkerjasama dengan Intech Kitchen nanti. Aamiin :)
Untuk maklumat lanjut :
Website :
Facebook :
Instagram :
Alamat :
Alamat: 47, Jalan Mega 1A, Taman Industri Mega, 43500 Semenyih
Telefon: Jessica (012-667 0706) / Jeff (012-6252528)
Terima kasih sudi baca






































