Showing posts with label Ikan Bakar. Show all posts
Showing posts with label Ikan Bakar. Show all posts

Apr 30, 2021

Menu Istimewa Sempena Bulan Ramadan dan Hari Raya di The Manhattan FISH MARKET

 


Hai korang! Macam mana perjalanan Ramadan korang tahun ni? Yaya doakan semoga semuanya dipermudahkan. Macam tak percaya sekejap je dah 18 Ramadan kan. Lagi 2 minggu pula tibanya Syawal. Mesti ramai dah mula buat persiapan raya kan hihi


Kalau korang pergi berjalan-jalan mencari keperluan hari raya dan juga mencari idea untuk tempat berbuka puasa bersama keluarga, apa kata korang try berbuka puasa di The Manhattan FISH MARKET. Bermula 13 April 2021 dan seterusnya, The Manhattan FISH MARKET menyediakan juadah baharu yang istimewa sempena bulan Ramadan dan Hari Raya nanti iaitu Feisty Arabic Ikan Bakar.


Siri "Flavours of the World" kali ini memberi keunikan buat pencinta makanan laut dengan rasa mewah yang digandingkan bersama kesegaran menu hidangan laut mereka. Berkonsepkan hidangan Timur Tengah,  Yaya percaya yang korang juga akan suka dengan menu baharu dari The Manhattan FISH MARKET ini.


Ikan Bakar dengan resepi istimewa sos tomato pedas


Hidangan platter bersama Sotong goreng, Udang, Kupang dan nasi.


Scallop Fish Chicken


Flaming lobster yang super special


Istimewanya, menu flaming lobster ini akan dihidangkan panas dengan aroma lobster yang baru dibakar dengan sos istimewa


Fuhh memang terbaik!

Untuk mereka yang nak mencuba Feisty Arabic Ikan bakar ini, The Manhattan FISH MARKET tutut menyediakan pilihan set yang sesuai dengan selera korang. Jom tengok!


Feisty Arabic Ikan Bakar Duo | RM59.90

Hidangan ikan bakar dengan sos tomato pedas, disajikan bersama 2 set Garlic Herb Rice yang sesuai dimakan untuk 2 orang.


Feisty Arabic Ikan Bakar Gembira | RM119.90

Hidangan ikan bakar dengan sos tomato pedas, disajikan bersama 2 set Garlic Herb Rice, Scallop Fish Chicken yang merupakan menu kegemaran ramai, 3 minuman  Strawberry Gembira dan juga 3 Chowder of the day yang sungguh sedap! Hidangan ini sesuai untuk 3-4 orang.


Feisty Arabic Ikan Bakar Bersama-sama | RM159.90

Hidangan ikan bakar dengan sos tomato pedas, disajikan bersama 2 set Garlic Herb Rice, Udang Pedas, Sotong Goreng dan juga Kupang. Untuk set ini, ianya turut disertakan dengan 4 minuman  Strawberry Gembira dan 4 Chowder of the day. Lagi best bila ada 2 hidangan pencuci mulut iaitu Aiskrim Vanilla dengan Fistikli Baklava yang sangat sedap! Hidangan ini sesuai untuk 4-5 orang.


Feisty Arabic Ikan Bakar + Flaming Lobster | RM288.90

Hidangan ekslusif sempena bulan Ramadan dan Hari Raya yang istimewa dari The Manhattan FISH MARKET kali ini ialah gabungan Feisty Arabic Ikan Bakar bersama Flaming Lobster. Hidangan premium ini termasuklah Ikan Bakar dengan sos tomao pedas, 2 set Garlic Herb Rice, 4 minuman Strawberry Gembira, 4 Chowder of the day dan pencuci mulut yang enak iaitu Vanilla Ice Cream with Fistikli Baklava. Hidangan istimewa ini sesuai dimakan untuk 4-5 orang.


Kalau nak cuba menu yang lain daripada yang lain, wajib cuba siri "Flavours of the World" dari The Manhattan FISH MARKET okay! Rasa sendiri kelainan dan keunikan menu Feisty Arabic yang istimewa ini. 





Bagi Yaya, Yaya memang sangat puas hati dengan menu baharu dari The Manhattan FISH MARKET kali ini. Selalunya kalau pergi makan kesini, Yaya hanya order set favourrite yang selalu Yaya makan. Kali ni bila dapat cuba menu baharu mereka, jatuh cinta pula dengan menu ikan bakar ni. Korang pun jangan lupa try okay! Istimewa untuk bulan Ramadan dan Hari Raya ini dan seterusnya.


Paling wajib jangan lupa try Vanilla Ice Cream with Fistikli Baklava ni tau! Pencuci mulut yang istimewa ini merupakan pastri berlapis yang diisi dengan kacang cincang dan direndam dalam madu. Berinspirasikan dari negara Timur Tengah atau secara khususnya dari Turki yang terkenal dengan pelbagai hidangan pencuci mulut yang unik, sedap dan istimewa. So korang jangan lupa try kerana ianya in limited time only! 


Next time nak datang lagi bawa orang tersayang pula. Yaya pergi ni The Manhanttan FISH MARKET cawangan Sunway Pyramid. Alang-alang cari baju raya, boleh terus berbuka puasa disini ;)





Untuk maklumat lanjut :



Instagram : @mfmmy


Terima kasih sudi baca