Showing posts with label Fesyen Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Fesyen Muslimah. Show all posts

Sep 22, 2015

Butik D'yana Bandar Baru Bangi - Grand Opening

Assalamualaikum semua 


Yaya rasa berbesar hati kerana berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Butik D'yana di Bangi Sentral baru-baru ini. Terima kasih kepada blogger fesyen yang sangat comel siapa lagi kalau bukan Cik Sizzling Suzai kerana sudi mengajak Yaya ke sini. Terharu okay. ^_^

Magento Commerce

Yaya percaya ramai yang sudah mengenali jenama D'yana kan? Yaya selalu perasan tag besi dia yang eksklusif yang selalu ada di hujung lengan jubah atau maxi dress D'yana. Kalau nampak je tag besi macam tu mesti kita ingat mahal lepas tu bila tanya kakak kedai rupanya masih murah dan berbaloi untuk dimiliki! Kualiti pula mestilah tiptop gitu.


See. Ramai gila dah mula menunggu seawal pagi untuk menjadi 100 orang pelanggan pertama. Power gilos. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan cawangan Butik D'yana yang keenam. Cawangan lain ialah Wangsa Melawati, Shah Alam, Alor Setar, Sg. Petani dan juga Seremban 2. Dimasa akan datang, Butik D'yana akan dibuka di Kota Bharu dan juga Pasir Tumboh, Kelantan. Maknanya ada 8 cawangan la lepas ni. Fuh. Double power gilos. 


Berkonsepkan busana dan fesyen muslimah, D'yana memberikan rekaan koleksi jubah yang praktikal, bergaya dan memberikan penampilan anggun kepada si pemakai. Koleksi D'yana juga diberikan sentuhan dengan perincian labuci, lace, manik dan juga hiasan kristal yang menjadi permintaan ramai ketika ini. Tidak ketinggalan, D'yana turut menyediakan pelbagai pilihan selendang panjang yang mevariasikan lagi pilihan busana dan juga fesyen berhijab untuk muslimah.



Butik D'yana menawarkan berbagai jenis rekaan jubah yang menggunakan fabrik yang selesa dan berkualiti tinggi. Setiap jubah juga didatangkan dalam pelbagai saiz dari S sehinggalah XL. Tapi apa yang Yaya suka, ada juga saiz 34 kalau nak ikutkan ia bersaiz XS macam tu. Kena pandai pilih dan cari okay! Finally jumpa dah butik yang menawarkan rekaan bersaiz petite. Tak payah nak hantar kedai alter lagi. Jimat tu! 




Nak cari baju tunang, dinner, kenduri, majlis formal atau santai, boleh dapatkan di Butik D'yana okay! Cantik cantik hoii fuhh geram tengok!



Selain shawl yang cantik dan meletup, dress jubah untuk kanak-kanak pun ada! Jelesnya dulu zaman kanak-kanak Yaya cuma di Sogo dan Kamdar sahaja. Sekarang banyak jubah budak yang cantik-cantik. Oh mengapa~~ Hukhuk 


Antara muka-muka yang rambang mata ketika berada di Butik D'yana.


Makanan juga disediakan bagi pengunjung di Butik D'yana. Semua sedap-sedap pula tu. Alhamdulillah. Murah rezeki mereka menjamu pelanggan.


Antara tenaga kerja yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran pada hari tu. Memang terbaik la korang! *kelihatan muka masing-masing masih tenang dan gembira sebelum butik diserbu macam semut. Haha


Yaya bersama Chief Executive D'yana Boutique, Puan Ira Abdullah. Cantik dan lemah lembut. Rasa nak cubit pipi Puan Ira ni. Haha comel.


Serangggg~~!!



Dalam masa kurang sejam, banyak jubah dan shawl dah out of stock! Hebat betul penangan D'yana pada hari itu. Tahniah D'yana! Semoga terus maju jaya dalam industri fesyen muslimah! 



Bersama Puan Ira dan rakan blogger yang baru jumpa sekali dan beberapa kali dah jatuh hati. 
Sizzling Suzai, Syafiqah Hashim dan Innanie Ariffin . Muah ciked! :*



Terima kasih Butik D'yana yang sangat mesra melayan kami dan pelanggan yang lain. Staf mereka juga sangat baik dan peramah tau! Maka dengan itu, ayuh ajak makwe, ibu, adik, kakak, saudara mahupun orang tersayang shopping di Butik D'yana cawangan Bandar Baru Bangi. Sesuai dengan tagline mereka iaitu, "Your Muslimah Fashion Specialist". Terawat betul perasaan bila dah dapat idea butik best untuk beli jubah cantik dengan harga berpatutan.  ^_^


Untuk maklumat lanjut :


Website : http://www.dyana.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/Dyana.com.my

Instagram : https://instagram.com/dyana.com.my/

Outlet  D'yana: http://www.dyana.com.my/dyana-outlets

Email: dyana.bangi@gmail.com

Contact number: 018-5878020

Alamat Butik D'yana Bangi :

NO 5-19-01 JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 8A,
BANGI SENTRAL, BANDAR BARU BANGI,
43650 BANGI, SELANGOR

Operating Hour: 11 am – 8 pm (Monday-Sunday)



Terima kasih sudi baca 

Jun 20, 2015

Ariani Lebaran 2015 - Muslimah Fashion Show

Assalamualaikum semua 


Pada 11 Jun lepas, yaya bersama beberapa rakan media dan blogger yang lain telah menghadiri Majlis Ariani Lebaran 2015 Fashion Show yang bertempat di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. 


Istimewanya, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajah Haminah sudi mencemar duli untuk hadir pada majlis berprestij ini. Selain itu, tetamu kehormat yang turut hadir ialah Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah Majimor Binti Sharif ( isteri kepada TYT Pulau Pinang), Datuk Seri Shahrizat ( Menteri Pembangunan Wanita) dan juga Datin Seri Hamidah (isteri kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia). 


Rasanya mesti semua dah tahu jenama Ariani ni kan? Ariani merupakan jenama terkenal yang selalu mendapat tempat dihati kaum wanita. Even ibu yaya pun pakai tudung Ariani tau! Hehe. Lagi pula, Kesemua produk Ariani direka dengan unsur eksklusif, kesopanan dan kotemporari.


Ariani juga telah menempa nama lebih 8 tahun dalam industri fesyen muslimah. Yaya sememangnya kagum dengan produk Ariani yang sangat konservatif dan penuh gaya. Untuk pengetahuan, Nurul Syuhada Nurul Ain dan Bella Dally telah dipilih sebagai Duta Galeri Ariani pada tahun ini. Datin Farah Haryani selaku Pengarah Pemasaran Ariani Textiles And Manufacturing (M) dalam ucapannya memberitahu, Ariani ingin memberi persepsi bahawa jenama ini boleh dipakai oleh semua lapisan masyarakat dan golongan usia. Selain up-to-date , ia tetap mengekalkan ciri-ciri unik, moden, canggih dan elegan untuk membuat si pemakai lebih yakin dan bergaya.

Nurul Syuhada Nurul Ain dan Bella Dally selaku Duta Galeri Ariani pada tahun ini. Rozita Che Wan pula merupakan model bagi kebanyakan koleksi Ariani Lebaran 2015.


Para hadirin telah diberi peluang untuk melihat koleksi dari Galeri Muslimah Ariani melalui pertunjukan fesyen 'Graceful Lebaran by Ariani' dan 'Lavish Lebaran by Ariani' bersama Koleksi Ariani Lebaran 2015 yang begitu eksklusif dan mempersona. Jujur kata, kebanyakan koleksi Ariani kali ini memang cantik dan sangat sesuai untuk dimiliki oleh semua golongan wanita. Cantik, sopan dan elegan gitu. Kebanyakan koleksi menggunakan warna pastel dan sangat lembut untuk pandangan mata. Nampak young and sweet je. ^_^


Jom cuci mata dengan Koleksi Ariani Lebaran 2015 yang cantik dan awesome ni! 
*tarik nafas hembus dan tarik nafas balik


Phewh. Jatuh rahang jugalah tengok model ni semua memperagakan koleksi yang cun melecun dari sempena Ariani Lebaran 2015.


Persembahan dari Humood AlKhudher turut menceriakan suasana pada petang itu. 

Majlis perasmian Ariani Lebaran 2015 ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajah Haminah sekaligus juga merasmikan website Ariani iaitu www.arianionline.com . Website ini memberi peluang kepada peminat jenama Ariani dari semua golongan untuk membeli koleksi di Galeri Ariani secara online.  Selain memudahkan pelanggan dengan adanya jual beli secara online, Galeri Ariani sentiasa memberikan jaminan pada pelanggannya dalam penghasilan tudung dari kualiti fabrik yang terbaik. 


Dari pelbagai jenis variasi harga yang ditawarkan, dari selendang ke tudung, koleksi instant, Ariani juga telah membawa revolusi baharu dalam fesyen muslimah tanah air. Sememangnya website ini buat kita rambang mata nak pilih yang mana. Harga pun berpatutan tau! So lepas ni peminat koleksi Ariani boleh order je di  www.arianionline.com okay! ^_^



Selain itu, Ariani juga telah melancarkan koleksi pakaian siap, Ariani Ready-To-Wear. Koleksi yang dikeluarkan ini khas untuk mereka yang sentiasa mahukan penampilan up-to-date tetapi masih mengekalkan ciri-ciri muslimah. Contohnya macam gambar Bella Dally ni. Cantik kan?




Fuhh yaya berkenan dah dengan koleksi Ariani Ready-To-Wear ni. Semuanya cantik sangat. Lagi-lagi outfit gambar pertama tu. Beg tu cantik! Warna kuning fav yaya! Hehe


Gambar bersama rakan blogger, fashionista, hijabista yang famous amos ini membuatkan diriku terasa begitu kecil sekali. Semuanya cantik dan baik sangat. ^_^



            

            




Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi Ariani :



Terima kasih sudi baca