Showing posts with label Ephyra Skin Snow. Show all posts
Showing posts with label Ephyra Skin Snow. Show all posts

Jun 20, 2016

Ephyra Skincare Series | Produk Penjagaan Wajah Terbaik dari Ephyra


Hai semua! Alhamdulillah hampir separuh bulan Ramadhan kita jalani. Lagi separuh pula harus dijalani dan Syawal menanti. Ramai tak sabar nak balik kampung beraya dengan keluarga tercinta sanak saudara ke tu? Masa nilah kita jumpa saudara yang setahun sekali jumpa tu kan? 

Mesti lagi seronok kalau muka bersih glowing gitu bila balik kampung nanti kan? Ehem ehem. Nak bagitahu ni yang sekarang Ephyra sekarang ada produk baru dan juga harga promosi istimewa untuk satu set Ephyra Skincare Series yang mana mengandungi Ephyra Skin Bar, Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum dan juga yang terbaru ialah Ephyra Skin Snow Advanced White Repair Moisturizer Cream.



Ephyra Skin Bar

Yaya percaya ramai dah tahu kebaikan Ephyra Skin Bar ni. Melambak woh testimoni dari pengguna Ephyra Skin Bar ni. Baunya lembut dan wangi sangat. Muka pun rasa fresh dan soft je lepas dicuci dengan Ephyra Skin Bar ni. 

Antara kebaikan Ephyra Skin Bar ialah :
  • Mencerahkan kulit muka
  • Memudarkan jeragat
  • Melicinkan kulit muka
  • Mengecutkan jerawat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Merawat lebam di bawah mata
  • Menghilangkan whitehead dan blackhead
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah
  • Memberi kesan glowing selepas basuhan pertama dan seterusnya

Tips jimat : Potongkan sabun kepada 4 bahagian dan simpan baki sabun di tempat yang kering. Boleh tahan lebih sebulan tau kalau pandai jimat. Pakai pada waktu pagi dan sebelum tidur. 



Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Paling Yaya suka tentang Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni? Paling suka sangat bila kita apply serum ni sebelum pakai make up! Serius best woo. Make up kita elok je tak kering, tak pecah dan muka terasa lembap sepanjang hari. Suka suka suka! Wajib beli tau! Nak tahu kebaikan yang lain? Yaya senaraikan lagi 10 okay! Hihi

10 Kebaikan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ialah :

1. Mengecutkan jerawat 
2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur 
4. Menghilangkan bintik-bintik hitam 
5. Mencerahkan kulit kusam 
6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah 
8. Menghilangkan lebam bawah mata 
9. Merawat kulit terbakar ( sunburn ) 
10. Memberikan efek kilauan pada wajah 



Yaya suka tekstur serum ini yang sangat mesra dengan kulit. Tidak melekit, mudah meresap dan memberikan efek lembut kepada kulit muka secara serta-merta tau! Titiskan 2-3 titis dan sapukan ke muka serta buat urutan lembut dari bawah ke atas. Feel je masa sapu serum ni. Lahi pula ianya diperkaya dengan Vitamin E, Vitamin C dan Gluthathione serta menggunakan teknologi Nano dalam penghasilannya. Power ke tidok? 



Banyak ni pun dah cukup dah. Sebotol boleh tahan sehingga ke 2 bulan kalau pandai jimat. Gunakan pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. 

Tips : Pastikan sarung bantal korang ditukar seminggu sekali. Kadang-kala kita tak tahu yang muka bermasalah adalah kerana persekitaran tempat tidur yang berhabuk apatah lagi bantal yang kita alas di muka itu penuh bakteria kalau tak ditukar lebih dari seminggu. Fuhh. Cane nak cantik raya ni kalau malas? No no no. Paling malas pun kalau tak nak tukar sarung bantal, korang boleh standby kain batik untuk buat alas bantal muka masa tidur. Tukar setiap 2 hari. Senang kan? Dan please make sure sentiasa ambil berat tentang persekitaran kita untuk kulit muka yang sihat okay!


Ephyra Skin Snow Advanced White Repair (Day & Night Mousturizer Cream)

Kebaikan Ephyra Skin Snow Advanced White Repair ialah :
  • Menambahkan Lembapan Kulit
  • Menghindari Pigmentasi
  • Menyempurnakan Kecantikan dan Keserian Kulit
  • Memutihkan dan Memberikan Kesan Bersinar
  • Mengurangkan Tompok Hitam
  • Menyamaratakan Tona Kulit
  • Melicinkan kulit wajah
  • Memudarkan Kompleksi Kulit 

Bagi yang belum pernah cuba Ephyra Skin Snow ini, seronok Yaya nak bagitahu yang krim ini sangat best dan ringan di muka selepas disapu. Rasa sejuk je muka lepas pakai krim ni. Paling meletop, sebelum pakai make up please please please sapu Ephyra Skin Snow ni selepas serum. Memang make up tak cepat cair dan lebih tahan lama. Lagi best, Ephyra Skin Snow ini mengandungi Arbutin, Vitamin C, Vitamin E dan Esktrak Buah untuk kebaikan dan kesihatan kulit muka kita. nak lagi best, pakai dua kali sehari pada waktu pagi dan juga sebelum tidur. Nanti bangun pagi keesokannya, korang akan rasa muka glowing woh bila tengok cermin. Suka ke tidok? Kena rajin tau! Hee


Bagi Yaya, Ephyra Skin Snow Advanced White Repair adalah produk yang sangat terbaik. Jujur kata, memang Yaya suka sangat dengan Moisturizer ni. Kulit muka Yaya pun makin lembut, jerawat makin kecut dan kini Yaya tengah pulihkan parut jerawat pula.


Perbezaan antara tangan kanan yang tidak disapu serum Ephyra Skin Nano & Ephyra Skin Snow dan tangan kiri yang telah disapu Ephyra Skin Nano & Ephyra Skin Snow. Fuhh malas nak habaq pepanjang. Korang pun boleh tengok sendiri kan! Tangan kiri yang disapu nampak lebih sihat dan berseri gitu. 




Pastikan belian produk Ephyra yang original sahaja tau! Nak pastikan original tu senang je. Ikuti langkah dibawah :

1-HOLOGRAM 'OC' - korang cuba pandang secara serong pada hologram di setiap kotak produk. Ada nampak huruf OC? Cuba sentuh huruf tu. Boleh rasa 'OC' timbul kan. Yes! Itu adalah OCEANLIFE. 
.
2️- QR CODE - yang ini memerlukan apps utk scan. Alaa macam scan harga kat kedai tu. Korang boleh download Apps QR CODE SCANNER @ apps We Chat pun ada. Cuba korang scan. Secara tak langsung, akan terus keluar PENGESAHAN PRODUK TULEN DARI OCEANLIFE / EPHYRA! 


Jom kita buat revision semula. 
Cukup dengan 3 STEP sahaja terus jadi cantik ^_^

STEP 1 - MENCUCI dengan sabun Ephyra Skin Bar. Formulasi semulajadi Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen membersihkan wajah daripada sel kulit mati, minyak berlebihan dan kotoran yang hinggap pada wajah setelah seharian terdedah di luar. 


STEP 2 - MERAWAT dengan serum Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum dengan NANO TECHNOLOGY yang dipatenkan di Switzerland menjadikan serum ini sangat mudah menyerap sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam, tidak melekit dan tidak berminyak! 


STEP 3 - MELINDUNGI dengan pelembap Ephyra Skin Snow White Repair. Pelembap muka PERTAMA dengan GENO WHITE TECHNOLOGY ini merupakan pelembap dengan "smart peptide" yang boleh mengawal kadar penghasilan melanin dalam kulit mengikut keperluan kulit kita. Melanin yang terlalu banyak menjadi faktor masalah jeragat dan kulit kusam tau! Pelembap ini juga memberikan kelembapan dan mengekalkannya sehingga 24 jam! 



Testimoni dari Yaya sendiri yang mempunyai masalah jerawat yang agak teruk haritu di bahagian dahi. Gambar After pula baru Yaya ambil pagi tadi hihi malu kita. Yaya kalau pergi kerja memang tak pakai make up yang berat melainkan pencuci, toner, serum, moisturizer dan juga bedak baby! Haa lepas tu pakai lipstik mekah. Tu je rutin penjagaan wajah Yaya sebelum pergi kerja. Kalau pergi event je kita make up tapi still tak tebal. Hihi


Thank you Ephyra Skincare Series! Muahciked :*


Ephyra Skincare Series yang kini semakin mendapat tempat di hati pengguna tegar Ephyra. Jangan lupa dapatkan set Ephyra Skincare Series dengan harga promosi iaitu RM 140(SM) RM 150(SS) sahaja! Kalau beli secara berasingan memang tak dapat la harga ni sayang sayang oii! Antara produk penjagaan wajah yang wajib bagi setiap wanita! Wajib try okay! ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Oceanlife2u

Instagram : @ephyra2u

Hotline: 019-399 9238 / 03-4141 7889



Terima kasih sudi baca

Jun 6, 2016

Kempen Sayangi Kulit Wajah Anda Dengan Ephyra


Terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra.


Antara masalah kulit yang timbul termasuklah jeragat, tompok hitam atau ‘melasma’ yang menyebabkan wanita kurang berkeyakinan diri untuk berjumpa orang ramai. Seawal usia 20-an, wanita berisiko untuk berdepan dengan masalah kulit wajah.  Jeragat terutamanya, bukan sahaja mencacatkan penampilan seseorang malahan tanpa pengawalan dan rawatan yang betul ia boleh menjadi masalah serius.


“Kajian menunjukkan 80-90% wanita Asia mengalami masalah jeragat akibat sinaran UV. Sinaran UV dari matahari yang berlebihan menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit untuk melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin berlebihan, ia akan menyebabkan tompok hitam terjadi dan tidak terkawal.”

Kempen kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda!” yang dianjurkan Ephyra memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan menghargai kulit wajah mereka dalam cabaran cuaca hari ini.


Pengarah Urusan & Pengasas Ephyra, Pn. Amiza Amiruddin memberitahu Ephyra kini menambah dua lagi produk penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair & Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair. Disamping ‘killer product’ mereka iaitu sabun pencuci muka Ephyra Skin Bar.

Serum yang berteknologi Nano & dipatenkan di Switzerland ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya adalah air. Manakala pelembap muka dengan teknologo Geno-White pula sangat mudah menyerap dan langsung tidak melekit atau berminyak apabila digunakan.

Ia dirumuskan khas dan difokuskan kepada masalah kulit wanita Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kendur dan kulit kusam. Formulasi semulajadi yang hebat digunakan dengan kandungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E yang diekstrak dari sumber buah-buahan.

Duta Ephyra, Memey Suhaiza & Norman Hakim pun turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra setelah hamper 4 tahun. Malahan apa yang menarik Ephyra yang terkini telah menerima Anugerah Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017. Anugerah ini memberikan kredibiliti dan keyakinan pengguna tentang kualiti produk tempatan seperti Ephyra.


Semalam, Yaya baru je terima parcel Ephyra Skin Care Series. Tak sabar nak cuba dan rasa sendiri keberkesanan produk terbaik dari Ephyra ni. Tambahan pula nak Hari Raya kan, semua nak berseri-seri dan nampak cantik. Tunggu review dari kita tau! ^_^

Untuk konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk Ephyra hubungi :

Hotline : 019-3999 238 / 03-4141 7889


Terima kasih sudi baca