Showing posts with label Bukit Bintang. Show all posts
Showing posts with label Bukit Bintang. Show all posts

Nov 30, 2015

Kontiki Restaurant, Federal Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua 


Haritu kan Yaya berpeluang menjamu hidangan mewah di Restoran Kontiki, Federal Hotel Kuala Lumpur bersama rakan blogger dan juga geng dari Projek Travel. Dekat je dengan Times Square dan bersebelahan dengan Plaza Low Yat Bukit Bintang, Semua makanan kat sini sedap-sedap sungguh lahai lepas tu Yaya dok pulun Lamb Chop dia ja. Tak sempat rasa udang fresh yang gemuk-gemuk tu sob sob punya layan la western food dia. Lepas tu makan buah honeydew diorang sungguh-sungguh. Mana tak nya, manis sungguh la honeydew depa macam kunyah madu perisa honeydew. Yaya pulak hantu buah-buahan memang la makan tu je. Memang terbaik okay! Sebelum tu jom cuci mata dulu dengan pemandangan kat sana. Credit picture : feeqsays.com . Geram tengok gambar dia lawa-lawa sangat! 





Menariknya, terdapat kepelbagaian makanan yang disajikan, Dari makanan timur hingga ke barat, semua ada. Kuih muih tradisional pun ada tau! Sesuai sangat untuk pelancong asing yang ingin mencuba makanan tradisi di Malaysia.

Buka setiap hari dan mengikut masa seperti yang ditetapkan :
 A la carte selection : 24 hours
Buffet Breakfast from 6.30am - 10.30am
Buffet Lunch from 12 noon - 2.30pm
Buffet Dinner from 6.30pm - 10pm 
Hi-Tea on weekends from 12.30pm to 4pm.



Tiki Buffet Lunch
Mondays - Fridays (excl. Public holidays) 12pm - 2.30pm
RM88++ (Adult) RM48++ (Child/Senior citizen)

Tiki Buffet Dinner
Mondays - Thursdays & Sundays 6.30pm - 10pm
RM98++ (Adult) RM58++ (Child/Senior citizen)

Tiki BBQ Buffet Dinner
Fridays & Saturdays 6.30pm - 10pm
RM118++ (Adult) RM68++ (Child/Senior citizen)
(Ini Buffet yang kami makan haritu. For me, memang puas hati dengan harga yang ditawarkan. Makanan semua sedap sangat! )

Gastronomic Hi-Tea A Plenty
Saturdays & Sundays 12.30pm - 4pm
RM68++ (Adult) RM38++ (Child/Senior citizen)








Nyum nyum sedapnya! Lapar balik tengok :')





Alaa gambar ni pecah sikit. Ambil dari Facebook. Huhu. Tapi suka gambar ni. Cantik kan. Huhu. Thanks feeq! ^_^
Antara rakan blogger yang turut hadir. Memang sporting dan happening sangat masa ni. Hee. Jumpa lagi korang! ^_^



Kontiki, Federal Hotels International
c/o The Federal Kuala Lumpur,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Tel : +603-21489166



Terima kasih sudi baca 

Feb 26, 2015

Pelancaran Moist Diane dan Kelebihan Syampu serta Perapi Rambut Moist Diane.

Assalamualaikum semua 



Tempoh hari Yaya bersama media blogger yang lain berkesempatan untuk menghadiri pelancaran Moist Diane di The Edge Hair Studio, Grand Millennium Hotel, Bukit Bintang. 


Produk penjagaan rambut keluaran Jepun ini sememangnya sangat popular disana dan mereka mula mendapat tempat di pasaran Malaysia pula. Wah! Grand banget! 




Semasa pelancaran produk bersama orag kuat produk Moist Diane.


Rakan blogger juga diberi peluang mencuba skrub ringan di booth yang disediakan. Seronok! Hehe


Yang istimewa mengenai Moist Diane ialah campuran dari 8 jenis bahan yang sangat bagus untuk kesihatan rambut terutamanya Morroccan Argan Oil! Argan Oil antara minyak yang bagus untuk muka juga tau. 


8 jenis bahan yang terkandung dalam produk penjagaan rambut Moist Diane ialah :

  • Baobab Oil
  • Moroccan Argan Oil
  • Cupuacu Butter
  • Virgin Prune Oil
  • Lupine Oil
  • Andiroba Oil
  • Mango Seed Oil
  • Marula Oil



Amboi bertuah nya lahai rambut kita bila dapat dibelai dengan minyak ni semua. Masa ni memang tak sabar nak cuba syampu dan perapi dari Moist Diane ni. Hee


Bersama orang atasan produk Moist Diane. Watashi yaya natcumi cumi. Hehe :p




Okay. Ni part yang yaya paling suka sangat. Haha. Semua sedap rambang tekak nak makan. Eh rambang tekak? haha


Selesai jamuan ringan, para media diberi peluang untuk cucian rambut secara percuma di The Edge Hair Studio. Best gilaa



Oleh sebab cucian dilakukan secara terbuka, yaya ambil keputusan nak cuci sendiri dirumah je. Boleh mandi lama lama boleh main sabun. Ehh. Haha. Nak tahu kesan positif syampu dan perapu Moist Diane pada yaya?


Haaa bau dia wangiiiiiii sangat! Rasa tenang je. Kalau cuci rambut sebelum tidur, lena je rasa. Rambut pun rasa lembut. Walaupun syampu dan perapi Moist Diane berasaskan minyak, rambut yaya langsung tak rasa berminyak. Rasa ringan dan fresh gitchew.


Mana nak dapat syampu dan perapi dari Moist Diane? Sila terjah Watson berhampiran anda! Selamat mencuba! ^_^



Terima kasih sudi baca