Showing posts with label #hakubimalaysia #hakubiwhitec #skinbrightening. Show all posts
Showing posts with label #hakubimalaysia #hakubiwhitec #skinbrightening. Show all posts

Nov 10, 2017

Hakubi White C Review




Masalah kulit kusam bagi yang selalu terdedah kepada matahari, sinaran UV dari cahaya telefon bimbit, aktiviti seharian yang sibuk sehingga terlupa rutin penjagaan kulit muka dan juga masalah wajah yang tidak sememangnya musuh ketat semua wanita. Kalau boleh kita sentiasa nak nampak muka kita berseri walaupun jarang menggunakan alat solek. Betul tak?


Jom atasi masalah kulit seperti kusam, bintik hitam, pigmentasi, jerawat, kedutan, kulit kering dan lain-lain lagi dengan Hakubi White C Series! Sato Pharmaceutical Co Ltd dari Jepun ini telah melancarkan produk pemutihan baharu iaitu Hakubi White C Plus dengan Vitamin C, L-Cysteine dan B6 untuk kulit yang sihat dan juga Hakubi White C Gel yang berfungsi untuk memudarkan bintik hitam dan kedutan halus pada muka. 


Hakubi White C Plus


Hakubi White C Gel


Jom kita berkenalan dulu dengan Hakubi White C Plus ini. Harga bagi sebotol comel yang mengandungi 180 biji tablet ini cuma berharga RM 122.85.

Hakubi White C Plus :
  • Mengandungi formula unik bagi membaik pulih struktur kulit dari tanda pigmentasi, jeragat, bintik hitam dan kulit kering. 
  • Selain menyihatkan lagi kulit kita, ianya juga merupakan makanan tambahan yang diperlukan oleh sistem tubuh badan kita.
  • Mengandungi khasiat Vitamin C, L-Cysteine, Vitamin B6.
  • Boleh diambil 3 kali sehari dengan 2 biji setiap kali pengambilan.



Kebaikan Hakubi White C Plus yang lain ialah :


  • Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan dan menggalakkan penyembuhan kulit.
  • Vitamin C dan L-Cysteine membantu menjaga kesihatan tubuh badan.
  • L-Cysteine menggalakkan metabolisma pada kulit.
  • Kalsium Pantothenate atau Vitamin B5 membantu penyerapan Vitamin C di dalam badan dan juga detoksifikasi.
  • Vitamin B6 mengaktifkan metabolisma kulit dan membantu meningkatkan kesihatan kulit.

Terlalu banyak pendedahan cahaya matahari pada kulit akan menyebabkan bintik gelap, pigmentasi, dan juga sunburn. Hakubi White C berfungsi untuk melembapkan serta melindungi kulit dan pada masa yang sama mengekalkan kesihatan kulit dengan mengurangkan bintik gelap pada kulit. Lepas ni takde masalah dah nak ke pantai atau kawasan yang kering dan panas. Kan ada Hakubi White C Plus. Hihi


Hakubi White C Gel yang sangat best ini pula cuma berharga RM 97.40 dan korang akan jatuh cinta hanya selepas sekali pemakaian!

Hakubi White C Gel :
  • Formula gel jernih yang meresap lembut pada kulit bagi memudarkan parut jerawat, jeragat dan masalah kulit yang lain.
  • Menyekat pengeluaran melanin dan melindungi kulit daripada kecacatan dan jeragat.
  • Mengetatkan liang pori, membersihkan dan memperbaiki keadaan kulit serta mengekalkan kulit yang sihat.
  • Melembapkan kulit dan menghalang kulit menjadi kering dan berjerawat. 
  • Ekstrak Licorice atau Glycyrrhizate Dipotassium dalam gel bertindak sebagai agen anti-radang untuk melegakan kerengsaan pada kulit.
  • Berkesan pada kulit dengan cara mengaktifkan sintesis kolagen pada kulit muka.
  • Memudarkan kesan bintik hitam sekaligus menghalang kedutan halus pada kulit wajah.

Suka sapu ke seluruh muka! Muka terasa sangat fresh dan soft! Parut jerawat pun makin pudar. Wee~


Menariknya setiap tiub belum pernah dibuka dan hanya kita sendiri yang akan memotong hujung tiub sebelum penggunaan bagi menjamin kebersihannya.


Jatuh cinta dengan tekstur Hakubi White C Gel yang sangat mesra pada kulit dan mudah meresap dan tidak melekit. Kesan lembut pada kulit akan berlaku serta merta dan korang akan dapat lihat parut jerawat dan garis halus akan muka berkurangan dalam masa beberapa hari sahaja!




Yaya suka sangat Hakubi White C Gel ni tau! Antara gel wajib dan kawan baik Yaya sekarang. Korang pun wajib ada kalau nak hilangkan parut jerawat dan garis halus pada wajah < 3


Yang pastinya, jangan lupa ambil Hakubi White C Plus bersama barulah kesihatan kulit dan kaedah pemutihan, keserian kulit wajah, masalah pigmentasi, garis halus dan proses memudarkan parut jerawat menjadi seiring gittew.  ;)

Mana nak dapatkan Hakubi White C Plus dan hakubi White C Gel? Korang boleh dapatkannya di semua cawangan SaSa dan juga Watsons yang terpilih di seluruh Malaysia ^_^

Nak beli secara online di Watsons Malaysia pun boleh tau! Klik sahaja link produk dibawah ya :)



Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Hakubi Malaysia

#hakubimalaysia #hakubiwhitec #skinbrightening



Terima kasih sudi baca