Hai korang! Yaya excited nak share dengan korang minuman sarang burung kegemaran Yaya ni. Dari botol kaca kepada Beauty In Pouch iaitu pek mesra yang lebih mudah dibawa kemana sahaja, Yaya masih setia dengan Ecolite Collagen Bird's Nest ni tau! Ayah Yaya pun kalau nampak air sarang burung Ecolite ni dalam peti ais, seronok je dia minum sebab memang sedap lagi-kalau minum sejuk2 tu fuhh sedap betul.
Tapi sebelum tu, ada ke yang tak pernah rasa lagi minuman sarang burung Ecolite ni? Sebelum ni bila Yaya beli, memang Yaya selalu share di IG story, ada kawan-kawan yang tanya macam mana rasa dia? Rasa ubat ke? Rasa pahit ke? Oh nooo sayangku. Rasanya terlalu sedap kalau dengan Ecolite ni. Yaya cakap kat dia try lah beli and Yaya suggest kat dia untuk beli perisa original sebab tu perisa yang paling Yaya suka. Lepas seminggu dua tu dia dm Yaya semula and bagitahu dia dah beli and suka sangat. Dia tak sangka air sarang burung Ecolite ni sedap sangat hihihi Yaya pun tumpang happy sebab dia suka ^_^
Pacakging lama
Packaging baharu
Jom Yaya share antara manfaat sarang burung yang jarang orang tahu baik untuk kesihatan mahupun kecantikan :
1. Melawan radikal bebas
Salah satu kegunaan sarang burung adalah membantu melawan radikal bebas kerana kandungan antioksidan di dalamnya.
Antioksidan berperanan penting dalam melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan stress dan seterusnya merosakkan sel-sel tubuh dan masalah kesihatan yang lain.
2. Mencegah risiko penyakit kardiovaskular
Sarang burung juga boleh mencegah penyakit kardiovaskular (melibatkan jantung dan pembuluh darah).
Dengan pengambilan air sarang burung secara konsisten, ianya mampu mengawal paras kolestrol dan juga mengawal dari pembuluh darah tersumbat.
3. Melindungi kesihatan kulit & Mencerahkan kulit
Kelebihan sarang burung adalah ianya mampu melembapkan, mencerahkan, dan melindungi kulit. Ini kerana, protein didalam sarang burung ini terbukti mampu melindungi lapisan penghalang kulit (skin barrier), dan bersifat anti-aging.
Kandungan sarang burung dalam pengambilan seharian mampu memudarkan flek dan kedutan serta membuatkan kulit tidak kusam. Kandungan nutrisi yang baik ini juga sering dijadikan bahan dalam produk kecantikan.
4. Menjaga kesihatan otak dan minda
Penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, stroke dan sebagainya merupakan keadaan yang berkait dengan gangguan kognitif akibat peradangan di otak. Sarang burung diyakini memiliki sifat pelindung sehingga membantu mengurangi risiko seperti penyakit di atas.
5. Bagus untuk merangsang sistem imun tubuh badan
Sarang burung juga digunakan secara tradisional untuk membersihkan Phlegm, mengurangkan batuk kering yang kronik dan melegakan keletihan. Sarang burung juga boleh digunakan untuk merangsang selera makan, memperbaiki pencernaan dan merangsang pergerakan usus menjadi lebih baik.
Haa macam mana? Best kan bila baca kebaikan dan manfaat pengambilan sarang burung ni? Apatah lagi kalau dengan Ecolite Collagen Bird's Nest! Memang sedap, menyegarkan dan harga pun berbaloi ^_^
Pek baharu Ecolite Collagen Bird's Nest Beauty In Pouch ini hadir dengan 3 perisa iaitu :
- Original
- Longan
- Lychee & Rose Syrup
Original flavour contains : Bird’s Nest, Rock Sugar, Cane Sugar, Water
Longan flavour contains : Bird’s Nest, Rock Sugar, Collagen Peptide Dried Longan Piece, Water
Lychee & Rose Syrup contains : Bird’s Nest, Rock Sugar, Lychee Syrup, Rose Syrup, Water
Kalau curious macam mana rupa sarang burung tu, haa dia macam jelly ni tapi penuh dengan khasiat dan kebaikan tau!
Disarankan minum semasa perut kosong dengan pengambilan sehari sekali samada pada waktu pagi sebelum sarapan atau pun pada waktu malam sebelum tidur ;)
Review dari Yaya :
Kelainan yang Yaya selalu rasa lepas minum Ecolite Collagen Bird's Nest ni pastinya perut rasa lebih kenyang (wow boleh kuyus hihi), emosi lebih stabil, kulit kering terasa lebih lembab dan jerawat pun payah nak naik. Badan rasa lebih fresh dan jarang demam atau tak sihat. Alhamdulillah. Yang penting jangan lupa minum banyak air kosong juga barulah kesihatan jalan seiring kan? ^_^
Kalau nak beli, boleh terus beli di Guardian yang terdekat di seluruh Malaysia
Loose Pack : RM5.00 / 1 pouch
Cluster Pack : RM30.00 (6 pouch)
Lagi best bila ada harga promosi untuk cluster pack boleh beli buat stok sendiri hihi
Ramai pencinta perisa Lychee & Rose Syrup tapi bagi Yaya, Yaya suka semua~!!! :p
Untuk maklumat lanjut :
Website : Ecolite
Instagram : @ecolite_malaysia
Facebook : Ecolite Malaysia
Terima kasih sudi baca