May 30, 2023

Bermula RM800 Sahaja, Kongsi Kegembiraan Aidiladha Dengan Mendaftar Korban di Negara Penuh Konflik dan Krisis Kemanusiaan

SHAH ALAM - Kempen Qurban4Ummah yang dianjurkan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia setiap tahun kini buka peluang untuk orang Malaysia yang ingin melaksanakan ibadah korban di 4 negara berbeza dengan harga serendah RM800 sahaja! Negara yang terlibat adalah Syria, Palestin, Yaman dan Malaysia.


Menurut Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan berkongsi objektif utama setiap negara yang dipilih di dalam  Kempen Qurban4Ummah tahun ini yang mensasarkan bantuan utama berbentuk makanan sama ada daging segar mentah atau makanan siap hidang yang akan diagihkan kepada anak-anak yatim, balu, orang-orang tua, orang kurang upaya yang kehilangan anggota badan akibat peperangan serta fakir miskin.

Selain dari pakej korban serendah RM800 yang akan dilaksanakan di luar negara, Peduli Insan juga amat menghargai semua pihak yang ingin berkongsi rezeki sempena Hari Raya Aidiladha ini. Justeru itu, inisiatif Sedekah Adha juga turut dilancarkan di bawah Kempen ini untuk rakyat Malaysia yang ingin menyumbang serendah RM30 sahaja.

Keistimewaan melaksanakan ibadah korban melalui Kempen Qurban4Ummah Peduli Insan adalah setiap peserta akan menerima gambar dan video sembelihan haiwan korban mereka yang akan dikongsikan secara digital serta sijil penyertaan korban sebagai bukti ibadah korban anda semua dilaksanakan dengan telus. Selain itu juga, Peduli Insan berharap para peminat serta rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa Ikon Kemanusiaan Muhibbah mereka - Inteam, UNIC dan Ustaz Dr Zamri Mantop dapat memberi sokongan dan kebersamaan kepada golongan kurang bernasib baik di Syria, Palestin, Yaman serta di dalam Malaysia sendiri dengan mendaftar pakej korban ataupun melalui sumbangan Sedekah Adha.


Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar korban, boleh pergi melalui pautan berikut: https://ezy.la/n5m

Manakala bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan Sedekah Adha boleh berkongsi rezeki melalui akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor 0704 3011 0620 82








MENGAPA NEGARA SYRIA, PALESTIN DAN YAMAN DIPILIH OLEH PERTUBUHAN PEDULI INSAN UNTUK KEMPEN QURBAN4UMMAH 2023?


SYRIA

1. Kira-kira 13 juta rakyat Syria terpaksa dan dipaksa untuk berpindah dan tinggalkan kediaman. Ini berikutan tempat tinggal mereka hancur terus mahupun separa hancur akibat serangan bom atau tembakan. Kemusnahan infrastruktur seperti hospital dan sekolah, ketiadaan sumber air, dan kemudahan lain.

2. 12.4 juta rakyat Syria bersamaan 60% daripada populasi penduduk negara itu menderita kekurangan makanan.

3. 90% rakyat Syria hidup dalam kemiskinan.

4. Syria dulu sebuah negara yang rancak dalam industry makanan, tapi sejak perang berlaku Syria menjadi negara ke-6 yang mengalami masalah krisis makanan.

5. Menurut laporan World Food Program(WFP), harga makanan di Syria naik 532% antara tahun 2020 hingga 2022 dan trend kenaikan ini dilihat terus meningkat.

6. Pelarian Syria paling ramai di Turki – 3.65 juta orang. Kemudian di Lubnan – 1.2 juta orang.

7. Kadar pengangguran: 55% atau lebih

8. Peperangan, kemerosotan ekonomi & keadaan inflasi yang teruk menyebabkan sebahagian besar perniagaan terpaksa ditutup. Ini menyebabkan ramai yang menganggur tiada pekerjaan.

9. 90% rakyatnya hidup dibawah paras kemiskinan dengan hanya mampu memperoleh pendapatan kurang 1USD setiap hari.

10. Purata gaji penjawat awam di Syria adalah sebanyak 100,000 Pound Syria, bersamaan 23usd.

- Selepas 12 tahun krisis Syria berlaruatan, 6 daripada 10 orang rakyat Syria didapati kelaparan dan tak tahu bagaimana untuk mendapatkan makanan.

- Mengikut kajian pada 15 March, 2022

- 84% kanak-kanak terpaksa menjadi buruh demi sesuap rezeki

- 71% kanak-kanak terpaksa berkahwin awal dengan harapan akan mendapat kehidupan yang lebih baik.

- Di Jordan, lebih 40% kanak-kanak tak ke sekolah semata-mata mahu bekerja bagi membantu keluarga mencari makanan dan melangsungkan kehidupan.

- Kanak-kanak Syria kekurangan zat makanan.

- Wanita ramai yang menjadi balu apabila suami mereka terkorban ketika perang Syria tempoh hari. Mereka terpaksa membesarkan anak-anak yang masih kecil sendirian.

- Rakyat Syria yang berada di dalam Syria dan juga pelarian Syria hanya berpeluang memakan daging cuma setahun sekali. Itu pun kalau ada yang sudi melakukan korban di sana dan ada rezeki mereka untuk menerima daging korban pada tahun itu.

 

PALESTIN

1. Kadar penggangguran semakin meningkat. Sekitar 60% rakyat Palestin tak mempunyai pekerjaan.

2. Kebanyakan rakyat Gaza tak mampu laksanakan ibadah korban. Bermakna, kebanyakan daripada mereka tak mempunyai lebihan wang.

3. Ekonomi Gaza sangat merunsingkan akibat daripada pengepungan dan sekatan ekonomi oleh Israel.

4. Siri-siri serangan yang dilakukan oleh Zionis Israel juga membuatkan kehidupan mereka huru hara, memerlukan banyak duit untuk membina semula rumah dan tempat perniagaan yang telah runtuh.

5. Penternak juga terkesan akibat kekurangan permintaan dan pembelian haiwan korban membuatkan mereka kerugian besar.

6. Melaksanakan ibadah korban di sana adalah antara bukti solidariti dan kebersamaan kita bersama rakyat Palestin yang bermati-matian mempertahankan Al-Aqsa & Masjid Al-Aqsa.

7. Akibat tangan zalim Israel, ramai yang telah menjadi balu & anak yatim. Mereka terpaksa menjalani episod kehidupan yang sangat sukar.

 

YAMAN

1. Krisis kemanusiaan terburuk abad ini

2. Sejak perang lebih 9 tahun, 4.1 juta rakyat Yaman telah menjadi pelarian di negara sendiri dan 21.6 juta rakyat Yaman kini sangat memerlukan bantuan kemanusiaan.

3. The Global Hunger Index kini meletakkan Yaman sebagai negara yang paling teruk berhadapan krisis kelaparan.

4. Berjuta-juta kanak-kanak Yaman mengalami malnutrisi (kekurangan zat nutrisi yang teruk). Di sesetengah kawasan, 95% kanak-kanak di situ berhadapan malnutrisi.

5.  2.2 juta kanak-kanak Yaman di bawah umur 5 tahun kebuluran.

6. Dalam masa yang sama, hospital-hospital di Yaman telah dibanjiri oleh kes-kes kanak-kanak kekurangan zat. Malah hospital di sana juga tak dapat berfungsi dengan baik. Mereka kekurangan tenaga pakar, tenaga kerja dan juga kewangan.

7. 1.3 juta wanita Para wanita mengandung dan menyusukan anak juga gagal mendapat zat yang sepatutnya pada sepanjang tahun 2022 sahaja. Mereka juga mengalami malnutrisi.

8. Harga makanan di Yaman meningkat 60% berbanding tahun lalu.

9. Peperangan membuatkan ramai yang kehilangan tempat tinggal, terbunuh, tertindas, dan kehilangan pekerjaan.


 

KESIMPULAN

1. Pelarian Syria, rakyat Palestin dan Yaman kini terpaksa hidup bergantung harap kepada bantuan kemanusiaan sahaja. Tanpa bantuan, sukar untuk mereka meneruskan kehidupan.

2. Sepanjang tahun mereka hidup dalam kelaparan.

3.  Kebuluran telah membunuh banyak nyawa di Syria, Palestin dan Yaman.

4.  Berpeluang makan daging hanya setahun sekali, pada Aidiladha. Itu pun kalau saudara seagama dari negara luar sudi melakukan ibadah korban di sana. Dan jika direzekikan keluarga mereka menerima agihan daging korban yang dilakukan. Sebab jumlah mereka terlalu ramai, sedangkan jumlah yang melakukan ibadah korban di sana tak menentu.

5. Mereka adalah golongan yang benar-benar memerlukan. Benar-benar fakir. Makan untuk meneruskan kehidupan, bukan makan untuk kenyang seperti kita.

6. Daging-daging yang mereka terima betul-betul untuk dimakan oleh keluarga mereka yang kelaparan. Bukan menjadi lebihan dan lama tersimpan seperti di dalam peti sejuk beku rumah kebanyakan kita.

Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar korban, boleh pergi melalui pautan berikut: https://ezy.la/n5m

Manakala bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan Sedekah Adha boleh berkongsi rezeki melalui akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor 0704 3011 0620 82

Terima kasih sudi baca   

May 19, 2023

5 Sebab Mengapa Fernleaf Malaysia Komited untuk Memenuhi Keperluan Protein Rakyat Malaysia

Dengan segala kemudahan dan teknologi moden yang wujud pada hari ini, pengambilan diet dengan zat makanan yang mencukupi adalah sangat penting untuk membantu tumbesaran dan mengamalkan gaya hidup yang aktif. Walaupun semua nutrien adalah penting untuk tumbesaran, terdapat tiga jenis nutrien untuk tumbesaran yang anda mesti ketahui: karbohidrat, lemak dan protein. Secara umumnya, apabila kita bercakap mengenai protein, ramai yang membayangkan seseorang yang mempunyai otot besar dan sering ke gim untuk bersenam. Walaupun kenyataan tersebut benar secara asasnya, fungsi protein dalam badan kita sebenarnya bukan sahaja untuk membina otot. Protein sebenarnya merupakan komponen penting dalam diet harian, sama ada untuk orang dewasa atau kanak-kanak, kerana ia berfungsi sebagai salah satu blok binaan asas sel dalam badan kita.

Susu tepung Fernleaf Protein+ ialah salah satu produk terbaharu Fernleaf, yang diperkenalkan baru-baru ini di Malaysia, yang bertujuan untuk menyokong keperluan protein rakyat Malaysia. Irene Cheah, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands (M) Sdn Bhd berkata, “Susu tepung Fernleaf Protein+ merupakan campuran susu tepung dan soya yang berkrim dan berprotein tinggi. Ianya sesuai untuk seisi keluarga dari umur 1 tahun dan ke atas. Ia mengandungi tiga jenis protein yang boleh membantu rakyat Malaysia memperolehi sumber protein yang mencukupi untuk tubuh mereka, apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.”


Walaupun kebanyakan orang secara umumnya memahami tentang fungsi asas protein, ramai yang tidak menyedari bahawa pengambilan protein yang tidak mencukupi boleh memberi kesan kepada pertumbuhan dan fungsi sel-sel kita. 


Antara 5 Kelebihan pengambilan protein yang cukup setiap hari adalah :


1. MEMBINA & MEMBAIKI TISU-TISU BADAN  – Tulang, otot, kulit, kuku, dan rambut kita terbina daripada protein. Selain daripada membaiki sel-sel yang rosak, pembentukan hormon dan enzim, serta mengangkut oksigen melalui sel darah merah, protein juga membantu badan untuk membina jisim otot, yang menjadikannya makronutrien penting untuk diambil sebagai sumber tenaga bersama-sama dengan jumlah karbohidrat dan lemak yang bersesuaian.


2. MENYOKONG SISTEM PERTAHANAN BADAN  - Bagi orang dewasa dan kanak-kanak, pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu pemulihan daripada kecederaan. Protein juga membantu menyokong sistem pertahanan badan untuk mencegah jangkitan dan penyakit yang tidak diingini. Kekurangan protein dan malnutrisi boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang, seperti pertumbuhan terbantut, kehilangan jisim otot, daya tahan yang lemah serta masalah berkaitan dengan jantung dan paru-paru.


3. BADAN KITA TIDAK BOLEH MENGHASILKAN ASID AMINO PERLU SECARA SEMULAJADI  - Memandangkan badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu, ianya mestilah diambil melalui diet yang mengandungi protein. Asid amino perlu adalah penting untuk memastikan badan kita dapat berfungsi pada tahap optimum.


4. MENINGKATKAN KEKENYANGAN  - Makanan berprotein tinggi seperti produk tenusu yang diperkaya dengan protein membantu mencapai saranan pengambilan protein yang disyorkan, terutamanya dalam keadaan kurang selera makan, melangkau masa makan, atau sikap memilih makanan. Protein membantu meningkatkan kekenyangan yang seterusnya, membantu orang ramai mengekalkan berat badan yang sihat.


5. ASAS PEMBINAAN OTOT  - Diet berprotein tinggi dapat membantu membina jisim otot. Protein adalah bahan binaan asas untuk otot. Anda boleh meningkatkan hasil pembinaan otot melalui senaman yang sesuai berserta dengan diet berprotein tinggi. Itulah sebabnya protein sering dikaitkan dengan pembina badan, gim, dan bisep besar.


Minumlah segelas susu berkhasiat hari ini! Memperkenalkan susu tepung Fernleaf Protein+ baharu yang dihasilkan dengan kombinasi unik – susu New Zealand dari lembu yang bebas menikmati rumput segar dan 3 jenis protein (whey, kasein dan soya). Susu tepung Fernleaf Protein+ lazat, berkrim dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dari umur 1 tahun dan ke atas. Setiap gelas Fernleaf Protein+ mengandungi 10g protein, iaitu 90% lebih protein daripada susu tepung biasa*. Ianya diperkaya dengan kalsium, vitamin B2, dan vitamin D, untuk membantu memenuhi keperluan protein dan nutrisi harian anda!

Fernleaf Protein+ boleh didapati dalam 2 pek saiz – 800g (RM31.00) dan 280g (RM11.70). Walaupun kita boleh mendapatkan protein daripada pelbagai makanan, termasuk ikan, ayam dan telur, namun, dengan melengkapkan diet kita dengan minuman kaya protein seperti susu tepung Fernleaf Protein+, ia boleh membantu kita memperolehi kadar protein harian yang diperlukan tanpa memerlukan masa yang banyak menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Dengan harga sekitar RM1.40 segelas, semua orang kini mempunyai pilihan yang berpatutan untuk pengambilan protein harian yang mencukupi dan boleh meraih manfaat daripada diet protein tinggi. Untuk menyediakannya, tambah tiga sudu besar susu tepung Fernleaf Protein+ ke dalam satu gelas (200ml) air suam dan kacau rata. Anda boleh meminumnya secara sedia ada atau dalam bentuk popsicle, smoothie, bar protein atau banyak resipi lain supaya anda boleh menikmatinya di mana-mana dan pada bila-bila masa.


Macam ni, Yaya buat resepi Fernleaf  Protein+ bersama pisang emas. Memang sedap sangat! Korang juga boleh pelbagaikan juga dengan tambahan chia seed. Nak buat popsicle pun boleh! ^_^


Fernleaf Protein+ kini boleh didapati di Shopee (Kedai Rasmi Fernleaf) dan Lazada (Kedai Utama Fernleaf), serta di pasar raya besar dan kedai utama di seluruh negara.



Terima kasih sudi baca