Terharu dan bahagia Yaya bila dapat berjumpa dengan CEO & Pengasas Aura Rezeki. Perasaan teruja masih dirasa sehingga kini. Maklumlah sebelum ni bila Yaya nak balik kampung dan lalu highway, selalu ternampak karikatur beliau. Paling tertarik mestilah dengan kecomelan dan tahi lalat tu. Bila jumpa depan-depan masyaAllah cantik betul ye awet muda sangat Puan JM Miswan ni. Kita rasa rendah diri sangat bila jumpa beliau tapi Puan JM sangat humble dan selalu tersenyum (✿◠‿◠)
Sebelum sesi bermula, Yaya sempat meninjau ruang kerja di HQ Aura Rezeki yang bertempat di Bandar Bukit Mahkota, Bangi ini. Bila masuk pun dah rasa tenang dan gembira. Rupanya baru perasan ada banyak lampu garam sebagai hiasan dalaman disini. Patut rasa happy je!
Aura Rezeki dah menerokai hampir seluruh pelusuk Malaysia termasuk Brunei tau ♥
Visi & Misi Aura Rezeki yang membuatkan Yaya tertarik dan yakin dengan produk mereka 👍
Hari bersama Influencer (blogger & tiktokers) ini turut dihadiri oleh Ben Ashaari, Uzu, Auni dan Wawa Amdia. Seronok dapat berjumpa dengan kenalan lama dan baharu. Banyak ilmu baru yang Yaya dapat sepanjang perkongsian tempoh hari bersama Puan JM dan lain-lain.
Ketika sesi perkongsian dari Puan JM
Yaya suka sangat dengan aura positif Puan JM. Muka beliau comel je tapi bila jumpa depan-depan memang terasa aura beliau tu. Payah nak explain kena jumpa sendiri :p
Ramai antara kita yang sedar akan kewujudan garam bukit atau garam Himalaya tapi kurang peka tentang kebaikan dan khasiatnya jika diamalkan secra konsisten. Selain garam untuk masakan, Aura Rezeki juga telah lama berinovasi dengan garam untuk mandian. Haa nak tahu tak apa kebaikan Garam Mandian Aura Rezeki? Lets check it out!
Antara 10 Manfaat Mandi/Bilas Air Garam Bukit Himalaya :
1. Menghilangkan keletihan
Apabila sepanjang hari melakukan banyak aktiviti, tubuh pasti akan merasa letih. Untuk mengurangkan keletihan, boleh dilakukan dengan mandian garam bukit. Mandi dengan air garam bukit dapat membantu peredaran darah dalam tubuh badan. Peredaran darah halus boleh berguna untuk melegakan otot yang tegang, sehingga keletihan yang terjadi dapat hilang serta-merta dan tubuh menjadi lebih nyaman lagi.
2. Membersihkan kulit
Air garam bukit sendiri mempunyai mineral-mineral yang boleh membuat kulit menjadi sihat kerana ia mempunyai nutrisi didalamnya. Mandi dengan air garam bukit boleh membantu membersihkan kulit secara semulajadi dengan mengeluarkan bakteria dari kulit, sehingga kulit menjadi lebih bersih dan lebih sihat. Kulit bukan sahaja bersih, tetapi juga boleh mengelakkan jerawat dan bakteria yang melekat.
3. Mengatasi Masalah Kulit
Bagi membersihkan kulit pula, air garam bukit mempunyai pelbagai nutrien yang mampu mengatasi masalah kulit dari serangan bakteria dan kuman yang melekat pada kulit dengan mengupas kulit yang tidak sihat. Sesetengah masalah kulit yang boleh diatasi dengan mandi garam, iaitu gatal-gatal, kulit berkulit dan beberapa masalah kulit yang lain. Di muka, air garam bukit dapat membantu mengurangkan keadaan rosacea.
4. Membuat badan rasa lebih tenang
Menggunakan air garam bukit untuk mandi boleh membantu memudahkan peredaran darah. Sekiranya peredaran darah lancar, bukan sahaja melegakan keletihan kerana otot berehat, tetapi ia juga akan membuat tubuh menjadi tenang. Tubuh melegakan kerana aliran darah ke seluruh tubuh termasuk otak.
5. Mengatasi Insomnia
Nutrien yang terkandung di dalam air garam bukit mempunyai manfaat untuk menjadikan tubuh badan menjadi tenang. Tubuh yang rileks akan memberi keselesaan badan terutamanya semasa tidur. Dengan badan yang santai, tidur akan lebih tenang dan lebih baik. Oleh itu, apabila anda bangun, tubuh anda menjadi lebih bertenaga dan bersedia untuk melakukan pelbagai aktiviti dengan selesa.
6. Menghilangkan kotoran dan peluh di badan
Mandi dengan air garam bukit dapat menghilangkan kotoran dari tubuh lebih baik daripada mandi dengan air kosong. Kandungan mineral garam bukit dapat menghilangkan kotoran dengan cepat. Selain kotoran, mandi dengan air garam juga dapat mengatasi masalah peluh yang berlebihan yang dapat menyebabkan kerengsaan dan bau badan yang tidak enak. Untuk itu, mandi dengan air garam boleh menghilangkan masalah bau badan dan mengelakkan kerengsaan pada kulit
7. Mengatasi Kesakitan
Bukan sahaja ia melegakan otot, mandi dengan air garam juga boleh menghilangkan sakit otot dan sakit sendi. Mandi dengan air garam boleh membantu otot menjadi lebih rileks. Kandungan Magnesium dan kandungan mineral lain dalam air garam boleh diserap melalui kulit dan mengatasi masalah otot dan beberapa tisu lembut di dalam badan. Mineral yang diserap melalui kulit boleh berfungsi untuk menguatkan tulang dan kulit dan tisu penghubung yang dapat menangani sakit badan.
8. Membantu Kulit Menyerap Mineral
Kulit mudah menyerap dengan air dengan mandi dengan air garam bukit. Untuk mendapatkan hasil penyerapan yang lebih baik, jenis garam yang digunakan boleh menjadi garam merah jambu dari Himalaya. Kerana, dalam garam merah jambu, terdapat lebih banyak kandungan mineral yang dapat diserap oleh tubuh dan berguna untuk mengekalkan tubuh yang sihat
9. Boleh digunakan untuk detoksifikasi
Mandi dengan air suam sangat disukai oleh badan kerana suhu air sama dengan suhu badan, terutamanya dengan penambahan garam ke air suam. Selain disukai oleh badan, mandi dengan air hangat dicampur dengan garam boleh melawan racun di dalam badan. Garam bukit boleh menjadi penyelesaian terbaik jika ia telah campurkan dalam air suam dan boleh mengeluarkan toksin dari kulit. Keluarnya toksin atau detoksifikasi boleh menjadikan tubuh menjadi segar dan menambah tenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti
10. Membuat Badan Bertenaga
Mineral garam bukit adalah baik untuk mengekalkan tulang yang sihat dan tisu penghubung menjadi lebih kuat. Di samping itu, mandi dengan air garam bukit juga mampu menguatkan otot dan menggalakkan peredaran darah. Penjanaan otot dan peredaran darah yang lancar dapat menjadikan tubuh lebih kuat terhadap cuaca sejuk, mengatasi arthritis dan keletihan mental atau fizikal.
Untuk perempuan, kita memang suka kalau benda yang mencantikkan ni betul tak? Begitu juga Yaya, Garam Mandian Aura Rezeki dengan wangian pati bunga rose ni dah jadi favourite Yaya dalam tempoh seminggu lepas. Bila buka je botol dan hidu garam mandian ni, auto kepala rasa ringan ye haha! Wangi sangat bau rose dia. Not typical bau perfume rose yang biasa kita bau tapi ni bau rose yang sangat sedap, menenangkan hati dan juga jiwa. Haa ni baru bau je bila dah mandi dengan mandian garam ni, auto rasa lagi rileks dan tenang. Ada yang kata banyak lagi khasiat mandian garam Aura Rezeki ni tau. Tak percaya? Trylah dulu (>‿◠)✌
- Larutkan 2-3 sudu Garam Mandian Aura Rezeki ke dalam baldi bersama 5 liter air atau sesuai dengan kecukupan untuk bilasan terakhir selepas selesai mandi
- Niatkan sebagai kesihatan, buang aura negatif atau apa sahaja doa yang terniat di dalam hati
- Mandi dari awal hingga akhir gunakan air garam, paip air biarkan terbuka atau boleh juga untuk bilasan terakhir
- Selesai mandi, lap badan seperti biasa
- Mandi pagi atau mandi selepas balik kerja. Digalakkan mandi pada waktu pagi dengan niat yang baik
Untuk pembelian dan maklumat lanjut :
Web : https://aurarezeki.com.my/
Ecommerce : https://produk.aurarezeki.com.my/ecommerce/eMALL
Facebook : https://www.facebook.com/OfiicialAuraRezeki
Instagram : @aurarezekiofficial
Tiktok : @jmmiswan
Terima kasih sudi baca
wow didnt know there are so many benefits to take a bath with salt. need to try this out soon!
ReplyDeleteMemang banyak khasiat mandi garam nie. My late grandparents memang ajar kami amalkan mandian garam. Now I know about this, bleh cari gak kelak.
ReplyDeleteMandian garam ni Kak Sal lom pernah try tapi bila baca khasiat tu terus cam tertarik tau. Nak sangat hilangkan keletihan badan ..
ReplyDeleteI memang teringin nak cuba petua mandi garam ni. Memang selalu dengar kebaikan dia. Boleh lah cuba aura rezeki ni!
ReplyDeleteI heard about this product before coz my friend also using, helps to maintain healthy skin
ReplyDeleteThanks so much for sharing this,.learn so much more about this mandian garam, gonna check out more. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteAda maskulin version bah! Boleh la give this a try bah! Look at the benefits of these products!
ReplyDeleteGaram mandian ni bagus. Akak letak dalam bath tub dan berendam. Tenang. Hehehe. Cunalah.
ReplyDelete