Hai korang! Sekejap je dah nak penghujung bulan Ramadhan. Semoga kita berkesempatan bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan pula. Macam mana persiapan hari raya korang? Yaya baru nak cari baju raya hari ni tu pun kalau jumpa yang berkenan di hati kalau tak kita pakai jelah apa yang ada. Yang penting baju raya suami dengan anak-anak dah complete :D
Selepas PKP 3.0 diumumkan, Yaya tahu ramai yang berduka tak dapat beraya bersama keluarga. Ziarah pun hanya terhad untuk individu yang berada dirumah yang sama sahaja. Sabarlah ya. Semoga ini adalah PKP yang terakhir buat seluruh rakyat Malaysia. Sama-sama kita berdoa semoga kita, keluarga dan orang sekeliling kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah. InsyaAllah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang baik.
Sebelum PKP di Kuala Lumpur haritu, Yaya sempat hadir memberikan sokongan untuk Kempen Anti Buli Siber Oleh Himaya Premium Hijab Medical Mask yang turut dihadiri dutanya iaitu Wany Hasrita, Amira Othman dan Elfira Loy. Majlis yang penuh tertib dengan pematuhan SOP ini berjalan dengan lancar dan tenang. Terdapat juga rakan media elektronik yang hadir bagi menyokong kempen ini.
Apa itu Buli Siber?
Buli Siber atau sinonim dengan panggilan cyberbully ialah perlakuan yang melibatkan kegunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokong tingkah laku sikap sengaja bermusuh oleh seorang individu atau kumpulan, yang berniat untuk mengugut orang lain. -Bill Belsey (Sumber : Wikipedia Malaysia)
- Ancaman menggunakan SMS, WhatsApp atau perkhidmatan utusan lain
- Menggunakan media sosial untuk membuat imej negatif dari orang yang dibuli
- Memberi tekanan pada gangguan, menggunakan gambar / teks yang dihantar melalui e-mel
- Mengolok-olokkan orang tertentu di media sosial dan di forum
- Membuat dan menggunakan profil palsu untuk memalukan orang yang dibuli
Ganggguan yang diterima mangsa boleh membawa kepada kemurungan, masalah mental dan lebih teruk lagi sehingga membunuh diri. Malah, buli siber juga menyumbang kepada peningkatan kes bunuh diri di kalangan remaja.
Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask iaitu Datuk KK Chua mengadakan kempen Anti Buli Siber.
Menurut Datuk KK Chua, mangsa buli siber tidak lagi boleh berdiam kiri kerana ia akan memberikan kesan yang mendatangkan kemudaratan sehingga membabitkan gangguan mental.
"Buli siber kini tidak lagi mengenal mangsa sama ada remaja, pelajar atau orang dewasa. Langkah paling penting adalah memberitahu ibu bapa atau orang yang anda rasa selamat untuk bercakap mengenainya. Masyarakat juga berperanan mendengar masalah mereka, memberi pandangan positif atau melaporkan kejadian tersebut sekiranya mangsa malu atau buntu," katanya.
Katanya lagi Himaya Premium Hijab Medical Mask terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana di artis juga menjadi mangsa buli siber sehingga menjadi murung dan takut untuk keluar rumah.
"Bagaimanapun, artis Malaysia yang menjadi mangsa buli siber masih terkawal berbanding artis di Korea apabila ramai yang gagal berhadapan dengan situasi itu sehingga membunuh diri. Beberapa bintang K-pop yang telah membunuh diri pernah membicarakan bagaimana mereka bergelut dengan kesihatan mereka kerana menjadi mangsa buli siber dan kita berhadap kejadian itu tidak menimpa artis di Malaysia," katanya.
Artis sering kali menerima kecaman hebat netizen, sehingga apa saja mereka muat naik di laman sosial dikritik hebat.
"Ada artis yang terpaksa mendiamkan diri dan tidak aktif dalam laman sosial buat seketika. Ada yang takut keluar rumah," katanya.
Wany Hasrita pernah menjadi mangsa buli sehingga beliau mengambil langkah menyahaktif sementara lnstagram. la semua berpunca daripada sikap netizen yang membuli di alam maya atas dasar kebebasan. Berselindung di sebalik akaun palsu dan nama yang bukan-bukan.
Kata Wany Hasrita, tanpa kita sedar, sikap keterlaluan netizen membahayakan individu berkenaan. Mungkin ramai beranggapan ia sekadar tulisan dan jangan diberi perhatian.
"ltu silap kerana ia lebih kekal dan meresap dalam ingatan. Apa yang diperkatakan akan terngiang-ngiang dalam pemikiran hingga mengganggu proses kehidupan. Serba-serbi jadi tidak keruan. Netizen perlu tanam sikap tanggungjawab sosial dan nilai murni dalam kehidupan. Bukan artis saja menjadi suri teladan kepada generasi akan datang tetapi selagi netizen itu bergelar manusia, mereka juga dipertanggungjawabkan," katanya.
Baru-baru ini, Amira Othman juga menjadi mangsa buli apabila beliau dimasukkan ke hospital selepas otot pahanya didapati terkoyak dan berdarah selepas kali pertama menyertai kelas senam berbasikal indoor tetapi orang menuduhnya mengambil makan pil. "Saya enggan melayan tuduhan atau kecaman netizen kerana saya dan keluarga lebih tahu siapa diri saya," katanya.
"Kami juga bercadang untuk mengembangkan perniagaan Himaya Premium Hijab Medical Mask ke Indonesia sebagai negara yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi dan ramai wanita berhijab," katanya.
Terima kasih sudi baca
kempen yang sangat bagus, kita perlukan lebih banyak awareness tentang cyberbully, tahniah himaya
ReplyDeleteAkak suka face mask Himaya. Soft je. Pastu headloops dan tak berjerawat. Bagus inisiatif mereka untuk hentikan buli siber. Sekarang ni banyak sangat kes netizen kena buli siber. Selebriti kena buli siber. Mereka yang membuli ni memang tak pernah buat silap eh. Perfect sangat ke hidup mereka. Geram plak bila tengok komen-komen negatif mereka. Harap program ni berjalan lancar dan lets support.
ReplyDeleteCantiknya design dan warna-warnanya. But yes, cyberbully is a serious crime, and most netizens are doing it without them realising it, daily.
ReplyDeleteMemang bagus kan kempen camni. Bully mmg benda yang paling kena banteras x kira la di alam maya atau nyata
ReplyDeleteakak pun pakai mask ni yaya, anak akak yang sulung pun suka mask ni sebab anti acne, kalau pakai mask 3 ply yang keras tu, jerawat merata timbul haha
ReplyDeletekempen buli cyber ini kita harap ia akan beterusan jangan bermusim macam musim perayaan jer kerana ia adalah masalah masyarakat yang semakin hari semakin teruk dan sakit sangat tengok. Ehhh ada mask lah cantik nak juga hehehehehe
ReplyDeleteKempen yang sangat bagus. Kalau boleh Himaya cuba buat kempen ini dari sekolah ke sekolah sebagai pendedahan dan pendidikan. Sebab isu buli tak kiralah samada secara fizikal atau cyber , jika ia mendatangkan kemudaratan pada mangsa apatah lagi sehingga mangsa membunuh diri ianya tetap salah dan juga jenayah.
ReplyDeleteKempen mcm. Ni dpt beri kesedaran tentang kes buli. cantik gak face mask dia
ReplyDeleteKempen yang bagus..stop cyber bullying..btw cantik cantik Himaya Premium Hijab Medical Mask ni..suka tengok warna2 dia..yang bercorak pun cantik jugak
ReplyDeleteSeriously cantik Facemask dia! Boleh berOOTD at the same time memenuhi syarat SOP! And the awareness on cyberbully too! Good move!
ReplyDeleteFirst time I heard of Himaya hijab. This campaign is good. Thank you for sharing this information with me.
ReplyDeleteCantik mask nya. lagi cantik kempen yang di bawa sebab siber buli ni memang sangat2 tak bagus! kesian pd org yg pernah kena.
ReplyDeletethanks so much for sharing about this great initiative, we all need to work together to stop cyber bullying. cheers,siennylovesdrawing
ReplyDeleteCuber bully memang patut dihapuskan terus. Boleh buat orang stress. Bagus kempen anjuran Himaya ni.
ReplyDeleteDua hari sebelum raya baru smapai masknya tu color oren.. beli tanda sokongan kepada buli siber ni.. bagus kempen gini, kekadang kita pun tak sedar kita juga mangsa buli siber kan..
ReplyDelete