Hai korang! Macam mana progress bulan Ramadhan ni? Yaya tengok ada juga yang dah buat persiapan hari raya nanti. Arahan larangan merentas negeri pada Aidilfitri juga telah diwarkan di media massa demi kebaikan semua. Walaupun kita masih dibelenggu dengan Covid-19 yang masih belum berkesudahan, hidup masih perlu diteruskan. Kuatkan hati dan semangat okay?
Seperti orang lain, Yaya juga dah mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan secara santai dan kecil-kecilan. Kalau dulu, Yaya memang tak pandai nak berniaga mahupun menjual. Tapi bila tengok orang lain boleh berniaga secara sampingan walaupun busy dengan kerja hakiki dan anak, Yaya pun try beranikan diri. Rupanya seronok ya! Dalam masa yang sama, Yaya enjoy dapat ramai kawan baru yang sudi berkongsi ilmu.
Rupanya dalam perniagaan ni ada banyak prinsip yang boleh kita pelajari. Yaya ternampak haritu ada orang share tentang pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga dari Richworks. Wah seronok ye bila ada program macam ni untuk membantu mereka yang nak mula berniaga bagi meningkatkan ekonomi diri!
Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini. Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial. Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.
“Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju.”
“Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah.” - Radz Mohd
RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus,
Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.
RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu. “Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian.
“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup.”
Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya -Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta. Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di
www.binabisnesberjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini.
“Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang.”
Jom bermula sekarang! Daftar Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga secara percuma di :
TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL
Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
TENTANG DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.
Jangan lupa untuk mendaftar Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga dari Richworks ni tau! Jom sedut ilmu secara percuma untuk mula berniaga dengan mengikut asas dan prinsip yang betul! Barulah kesilapan dapat dielakkan ;)
Untuk maklumat lanjut :
Instagram : @azizanosman_official
Facebook Page : Azizan Osman
Youtube : Azizan Osman
HUBUNGI KAMI
Richworks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton 13/29
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA
Laman web: www.richworks.com
Tel: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly
+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)
Emel: karini@richworks.com.my ; omkarini.rich@gmail.com ; azrin.richworks@gmail.com
Terima kasih sudi baca nullhttp://www.binabisnesberjaya.com/null