Hai korang! Haritu Yaya ada buat IG stories lepas tu ramai tanya okay ke pakai baby sling? Susah tak nak pakai? Baby selesa ke? Tak boleh guna carrier biasa ke? Dan macam-macam lagi soalan dari mommies hee. Yaya pun seronok je sebenarnya sebab kita sebagai ibu sama-sama belajar mana yang terbaik untuk anak tersayang kan.
Sebenarnya Yaya pun pertama kali baru nak berjinak-jinak guna baby sling hihi. Time Dahlia dulu memang langsung tak pernah guna baby sling sebab bagi Yaya macam leceh nak siapkan baby sling ni sebelum guna. In fact, baby carrier pun Yaya jarang guna bila Dahlia dah habis fasa newborn dia. Time pergi travel dan jalan-jalan ke Cameron Highland, Jepun dan Indonesia baru Yaya sewa baby carrier dari mereka yang buat servis ni. Kitorang suami isteri lagi selesa guna stroller sebab rajinnnn sangat nak tunggu lif! Hahaha (read : malas dukung) -.-'
So untuk baby Nuha Jasmine kali ni Yaya nekad nak guna baby sling sebab berpantang kali ni tak strict sangat macam dulu. Hari ke 45 terus meronta-ronta nak keluar jalan dah haha adoi ampun. Yaya mula buat survey baby sling apa yang sesuai untuk baby Nuha dan Yaya jatuh hati dengan Mamaway Ring Sling Carrier! Ada banyak pilihan design dan corak menarik. Yaya of course la pilih warna yang ceria macam Rainbow ni hee ^_^ (Boleh klik SINI kalau nak tengok)
Banyak rupanya kebaikan menggunakan Baby Sling ni antaranya :
1. Baby kurang menangis
Bila baby sentiasa dalam baby sling, mereka akan rasa relaks dan juga boleh tidur lebih cepat dan lena. Posisi baby yang lebih rapat dengan ibu membuatkan mereka merasa lebih selamat.
2. Baby menjadi lebih bijak
Bila bawa mereka keluar berjalan, mereka lebih menerokai dunia luar selain berada di rumah. Tapi pastikan sentiasa amalkan SOP yang ditetapkan tau!
3. Membentuk emosi menjadi baby yang lebih baik
Sudah tentu baby akan merasa lebih selamat apabila berada di dalam dakapan si ibu sentiasa. Emosi mereka juga akan lebih tenteram lebih-lebih lagi boleh mendengar degup jantung ibu. Hello baby kenal tau heart beat ibu mereka. Yelah dah 9 bulan dalam perut kan hihi
4. Ideal untuk menyusukan baby dan berfungsi sebagai nursing cover
Baby sling ni ada banyak kegunaan dan cara nak pakai tau. So ianya juga memudahkan para ibu untuk menyusukan anak mereka biarpun di tempat awam.
5. Mengurangkan kesakitan dan selamat untuk pinggul bayi
Selain dari mengelakkan ibu sakit belakang apabila mendukung bayi terlalu lama, penggunaan baby sling juga melindungi pinggul bayi yang masih lembut. Untuk pengetahuan, Mamaway Baby Sling telah mendapat kelulusan dari International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai “hip-healthy” product.
Mamaway Baby Sling ni comel je dan mudah dibawa kemana-mana tau. Lagi best ianya menggunakan jenis kain yang berkualiti premium bagi menjamin keselamatan dan keselesaan bayi. Ianya juga memudahkan kulit baby untuk bernafas dengan selesa dan juga boleh menyerap peluh dengan baik.
Label jenama Mamaway
Penggunaan baby carrier haruslah mengikut umur dan kesesuaian baby. Tak boleh guna sebarangan tau. Yaya ada nampak parents yang gunakan carrier yang tak sesuai untuk anak mereka. Ada yang sampai tergantung kaki baby tu aduhai kesiannya mesti baby tak selesa. Paling risau ianya boleh memberi efek tak baik dalam jangka masa panjang.
Panduan untuk penggunaan baby wearing. Yang bahagian kiri cara pemakaian yang salah dan bahagian kanan adalah cara pemakaian yang betul. Kalau korang ada nampak parents yang guna cara salah, cepat-cepat tegur dengan baik okay :)
Sebab Nuha masih berumur bawah 3 bulan, jadinya pemakaian secara penuh macam ni adalah yang paling sesuai sekali. Berat Nuha pun dah makin semangat so nampak agak membulat disitu supaya dia dalam posisi yang betul dan selesa.
Kain dibahagian tepi tu boleh dilaras mengikut keselesaan kita. Time ni Yaya selempang naik sebab saja-saja haha
Yang ni gambaran di bahagian belakang
Seronok sangat Nuha tidur dari datang sampai balik hihi selesa sangat dia dalam Mamaway Ring Sling Carrier ni.
Kalau nak tahu, ring dari Mamaway ini sangat berkualiti yang mana telah diuji dan ianya mampu menampung berat sehingga 50kg tau. Mampu tak mampu nak kendong jelah! Haha
Review dari Yaya : Omg best rupanya pakai Mamaway Ring Sling Carrier ni! Like best gila! Tak payah susah-susah nak tolak stroller dalam mall. Lagipun Nuha kecil dan ringan lagi memang sesuai guna baby sling macam ni. Mula-mula memang berpeluh sikit nak fahamkan cara pakai sebab Yaya first time kan tapi bila dah pandai wah syoknya 2-3 minit je dah siap pasang hihi. Lagi pula leher, kepala dan tulang baby macam Nuha masih lembut lagi so memang sesuai guna baby sling macam ni je. Nuha seriously tidur lena sangat dari kitorang sampai, pergi makan, shopping, jalan-jalan makan aiskrim dah tak larat jalan baru balik pun still tidur lagi. Dalam kereta baru dia bangun dan susukan hee (Tips bawa baby keluar : Susukan kenyang-kenyang sebelum sampai so dia akan tidur lena dalam carrier sepanjang kita jalan. Tips lain sila bawa baby kat tempat yang ada air cond supaya dia dan kita sama-sama lagi selesa hihi).
Kenapa rasa macam first time letak gambar family dalam blog eh? Haha
Khas untuk pembaca blog Yaya :
🔥Guna code ✨MAMABLOG-YAYA✨untuk menikmati diskaun RM25 untuk pembelian lebih RM180 😘
Contoh demo pemakaian Mamaway Baby Sling Koala Position untuk newborn
Yang ni pula contoh demo pemakaian Mamaway Baby Sling Koala Position untuk baby 3-6 bulan ke atas
So, Yaya memang sangat recommend untuk parents yang tengah cari baby sling yang sesuai, beli je Mamaway Baby Ring Sling ni okay! Ada banyak lagi corak dan design cantik untuk korang pilih. Boleh tengok di https://my.mamaway.com/ ^_^
Untuk maklumat lanjut :
Website : https://my.mamaway.com/
Facebook : Mamaway Malaysia
Instagram : @mamawaymy
Terima kasih sudi baca
comel jer Yaya.. tp dlu2 beli Boba tu. tp most of the time laki yg galas. heee
ReplyDeleteBabywearing memang best! Sbb senang takyah tolak2 stroller and skin to skin all the timeee! I'm a babywearer myself tapi anak2 dah besar. Nnt kaki anak boleh keluarkan tu kalau pakai, nampakkan mcm kaki katak.
ReplyDeleteHave fun pakai ring sling, mama.
Akak suka pakai Boba Wrap dulu. Masa zaman tu memang beli barang semua dari oversea. Tak banyak seller dr Malaysia. Tapi tengok baby wearing semakin popular. Ada macam-macam design dan brand. Akak prefer yang macam yaya pakai ni. Makin cantik ring sling ni. Ingat tak selalu tengok bibik Indonesia pakai camni. Baru tahu selesa rupanya guna kain ni. Senang simpan dalam bag.
ReplyDeleteWahh good information ni.. belajar dulu from mommy2 bloggers boleh guna ilmu2 ni dimasa hadapan :)Cara dukung anak pun penting especially posture badan mereka kan..
ReplyDeleteyaya belom kwen lg tp da minat dgn baby sling ni.suka usha tgok baby sling yg cantik n dlm ms yg sama, baby pon selesa.tq share.nk beli utk dri sdri lmbt lg.haha.plan utk belikan utk ank bua akn dtg je la.heeee 😁
ReplyDeletebest ya kalau Ada baby Carrier jenis wrap ni. anak duduk elok je dalam wrap tu
ReplyDeleteSuka dengan sling ni.. sangat kalerful dan cantik. Nampak anak yaya oun selesa duduk didalamanya
ReplyDeleteMasa zaman ada anak kecik dulu memang suka pakai baby sling ni... kalau pakai yang jenis biasa tu penat lahaiiii lebih-lebih lagi kalau berjalan jauh... alih-alih, ayahnya la yang kena pakai baby carrier tu... kalau pakai yang wrap, rasa selesa dan tak penat sangat... maybe sebab dia melekap terus kat badan kan... btw, cantik la design baby sling Mamaway ni... hehehehe... ala, baby dah besar dah... tunggu anak saudara la pulak...
ReplyDeleteCantik warna baby sling ni, you and your baby also nampak selesa.
ReplyDeleteCx pon pakai mamaway ni. Bila jalan jauh, senang sangat. Kalau tidak, esok tu mesti tangan sakit² sebab dukung anak lama sangat. Anak cx dah 9bulan. Tapi dia taknak dekat orang lain tau. So cx yg kendong dia . So mamaway baby sling ni memang best. Terbaik. Mudah kerja cx. Kadang tu bila dia nangis taknak berenggang, cx angkut pakai ring sling ni time masak ke, jemur baju ke.😂 Hehe asal dia diam . Haha
ReplyDeleteWow nampak simple tak sangka baby sling Mamaway ni boleh tampung baby sehingga 12 bulan! kalau ada kwn2 tanya saya akn syor kan this brand!
ReplyDeleteaaa kiud nya design ni
ReplyDelete