Sep 17, 2020

Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump | Sangat Memudahkan Para Ibu!



Hai semua! Yaya excited nak share benda best yang akan memudahkan semua para ibu menyusu samada ibu berkerjaya mahupun surirumah yang merupakan EP mom (Exclusive Pumping mom). Yaya teringat pula masa time Dahlia dulu. Terkejar-kejar nak buat stok susu anak ikut time. Yelah sebab nak kena pastikan tengah free sekejap baru boleh buat sesi mengepam. Kadang-kadang tu tiba-tiba ada kerja urgent alamak terpaksa berhenti dan dahulukan kerja yang hakiki. Akibatnya? breast bolah jadi bengkak sebab tak kosongkan betul-betul. Sakit tau kalau teruk sangat boleh sampai demam :(


So apa apa langkah yang kita boleh ambil untuk menangani bengkak susu kerana kesibukan masa selain daripada mengikut jadual pam? 


Inilah jawapannya! Yomums Hands-free Breastpump! Percaya tak ianya sangat ringan dan sangat memudahkan para ibu untuk menggunakannya? Paling best, ianya juga sangat senyap semasa digunakan. Haa lepas ni tak risau kalau nak kena attend meeting dan dalam masa yang sama kita boleh juga pam susu! Yeayy seronoknya! ^_^


Hadir dengan warna baby pink dan baby blue, mestilah Yaya pilih warna pink my favourite hihi



Paling suka sebab takde tiub bagai. Sambungkan semua ni and terus dah siap dan sedia untuk buat stok susu! 


Antara item lain yang ada di dalam 1 set Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump.



Kelebihan Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump :

1. Mudah digunakan
- Kecil, ringan dan boleh diselitkan di dalam bra sahaja tanpa mengganggu para ibu di dalam tugasan harian.

2. Senyap
- Pam pada bila-bila masa termasuk ketika meeting bersama bos! Jangan risau kerana bunyi dan getarannya sangat perlahan sehingga langsung tak didengari orang sebelah pun ;)

3. Hands-free
- Yes! Ni function yang paling Yaya suka! Selain daripada mudah dibersihkan, mudah dipasang dan tiada tiub atau wayar yang diperlukan, mommies juga boleh pam sambil drive kereta, sambil makan mahupun sambil berblog :p

Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump menggunakan Food grade PP + silicone materials, BPA Healthy and odorless. Pastinya selamat untuk kegunaan mommies dan paling penting untuk baby.


Cara penggunaan pun sangat mudah dan senang :
  • Klik power button
  • Terdapat 2 mode iaitu Mode Urutan dan juga Mode Sedutan (Yaya suka pilih mode urutan dahulu dalam 5 minit baru beralih kepada mode sedutan)
  • Mempunyai 5 tahap sedutan (daripada tahap paling lembut dan paling kuat, mommies cuma tinggal pilih sahaja mengikut keselesaan mommies)


Lepas dah guna, transfer susu ke dalam botol atau storage bag dan basuh peralatan (kecuali motor breastpump) sehingga bersih untuk penggunaan seterusnya nanti. 


Kapasiti susu boleh mencapai sehingga 120 ml atau 4 oz ++ 


Review dari Yaya : Such a life saver! Omg memang sangat-sangat pratikal untuk mommies yang selalu busy tapi dalam masa yang sama nak memenuhi tanggungjawab sebagai ibu untuk bagi susu ibu (you know breastmilk is the best milk ever for our baby especially under 6 months). Boleh juga sambil susukan baby, kita pam yang disebelah lagi untuk mengelakkan pembaziran susu. Since now Nuha Jasmine dah sebulan lebih dan minggu depan Yaya dah start masuk kerja, memang handsfree breastpump macam ni sangat memudahkan kerja Yaya nanti. Most of the time Yaya kerja di luar bangunan so masa drive boleh curi masa sekejap pam susu yeayy! Lepas ni dah tak risau nak attend meeting sambil buat stok susu. Even haritu masa pergi event, Yaya standby je bawa Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump ni dalam beg and on the way balik rumah (event hampir 3 jam) lepas tu dah rasa dada tak selesa, sebelum bengkak susu, dalam grab car pun kita boleh pam tau ;). Khas untuk EP mom juga, korang dah tak perlu risau nak buat stok susu baby everywhere and anytime! Yaya sangat recommend Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump ni untuk mommies yang tengah cari breastpump sesuai untuk kegunaan sepanjang masa. ^_^


Yaya bagi 5 bintang untuk Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump! Sangat recommended! 


Ada berita baik! Sekarang tengah ada promo RM499 sahaja untuk 2 unit Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump (harga asal RM299 untuk satu unit) so mommies boleh pakat share dengan kawan beli sama-sama dan dapat jimat RM99! ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : YomumsOfficial
Instagram :   @yomumsofficial

Pembelian juga boleh dibuat di :




Terima kasih sudi baca

Sep 11, 2020

Mamaway Baby Sling | Pengalaman Pertama Kali Menggunakan Baby Sling



Hai korang! Haritu Yaya ada buat IG stories lepas tu ramai tanya okay ke pakai baby sling? Susah tak nak pakai? Baby selesa ke? Tak boleh guna carrier biasa ke? Dan macam-macam lagi soalan dari mommies hee. Yaya pun seronok je sebenarnya sebab kita sebagai ibu sama-sama belajar mana yang terbaik untuk anak tersayang kan.


Sebenarnya Yaya pun pertama kali baru nak berjinak-jinak guna baby sling hihi. Time Dahlia dulu memang langsung tak pernah guna baby sling sebab bagi Yaya macam leceh nak siapkan baby sling ni sebelum guna. In fact, baby carrier pun Yaya jarang guna bila Dahlia dah habis fasa newborn dia. Time pergi travel dan jalan-jalan ke Cameron Highland, Jepun dan Indonesia baru Yaya sewa baby carrier dari mereka yang buat servis ni. Kitorang suami isteri lagi selesa guna stroller sebab rajinnnn sangat nak tunggu lif! Hahaha (read : malas dukung) -.-'



So untuk baby Nuha Jasmine kali ni Yaya nekad nak guna baby sling sebab berpantang kali ni tak strict sangat macam dulu. Hari ke 45 terus meronta-ronta nak keluar jalan dah haha adoi ampun. Yaya mula buat survey baby sling apa yang sesuai untuk baby Nuha dan Yaya jatuh hati dengan Mamaway Ring Sling Carrier! Ada banyak pilihan design dan corak menarik. Yaya of course la pilih warna yang ceria macam Rainbow ni hee ^_^ (Boleh klik SINI kalau nak tengok)



Banyak rupanya kebaikan menggunakan Baby Sling ni antaranya :

1. Baby kurang menangis
Bila baby sentiasa dalam baby sling, mereka akan rasa relaks dan juga boleh tidur lebih cepat dan lena. Posisi baby yang lebih rapat dengan ibu membuatkan mereka merasa lebih selamat.

2. Baby menjadi lebih bijak
Bila bawa mereka keluar berjalan, mereka lebih menerokai dunia luar selain berada di rumah. Tapi pastikan sentiasa amalkan SOP yang ditetapkan tau!

3. Membentuk emosi menjadi baby yang lebih baik
Sudah tentu baby akan merasa lebih selamat apabila berada di dalam dakapan si ibu sentiasa. Emosi mereka juga akan lebih tenteram lebih-lebih lagi boleh mendengar degup jantung ibu. Hello baby kenal tau heart beat ibu mereka. Yelah dah 9 bulan dalam perut kan hihi

4. Ideal untuk menyusukan baby dan berfungsi sebagai nursing cover
Baby sling ni ada banyak kegunaan dan cara nak pakai tau. So ianya juga memudahkan para ibu untuk menyusukan anak mereka biarpun di tempat awam.

5. Mengurangkan kesakitan dan selamat untuk pinggul bayi
Selain dari mengelakkan ibu sakit belakang apabila mendukung bayi terlalu lama, penggunaan baby sling juga melindungi pinggul bayi yang masih lembut. Untuk pengetahuan, Mamaway Baby Sling telah mendapat kelulusan dari International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai “hip-healthy” product.


Mamaway Baby Sling ni comel je dan mudah dibawa kemana-mana tau. Lagi best ianya menggunakan jenis kain yang berkualiti premium bagi menjamin keselamatan dan keselesaan bayi. Ianya juga memudahkan kulit baby untuk bernafas dengan selesa dan juga boleh menyerap peluh dengan baik.


Label jenama Mamaway 


Penggunaan baby carrier haruslah mengikut umur dan kesesuaian baby. Tak boleh guna sebarangan tau. Yaya ada nampak parents yang gunakan carrier yang tak sesuai untuk anak mereka. Ada yang sampai tergantung kaki baby tu aduhai kesiannya mesti baby tak selesa. Paling risau ianya boleh memberi efek tak baik dalam jangka masa panjang.


Panduan untuk penggunaan baby wearing. Yang bahagian kiri cara pemakaian yang salah dan bahagian kanan adalah cara pemakaian yang betul. Kalau korang ada nampak parents yang guna cara salah, cepat-cepat tegur dengan baik okay :)


Sebab Nuha masih berumur bawah 3 bulan, jadinya pemakaian secara penuh macam ni adalah yang paling sesuai sekali. Berat Nuha pun dah makin semangat so nampak agak membulat disitu supaya dia dalam posisi yang betul dan selesa.



Kain dibahagian tepi tu boleh dilaras mengikut keselesaan kita. Time ni Yaya selempang naik sebab saja-saja haha


Yang ni gambaran di bahagian belakang


Seronok sangat Nuha tidur dari datang sampai balik hihi selesa sangat dia dalam Mamaway Ring Sling Carrier ni.


Kalau nak tahu, ring dari Mamaway ini sangat berkualiti yang mana telah diuji dan ianya mampu menampung berat sehingga 50kg tau. Mampu tak mampu nak kendong jelah! Haha


Review dari Yaya : Omg best rupanya pakai Mamaway Ring Sling Carrier ni! Like best gila! Tak payah susah-susah nak tolak stroller dalam mall. Lagipun Nuha kecil dan ringan lagi memang sesuai guna baby sling macam ni. Mula-mula memang berpeluh sikit nak fahamkan cara pakai sebab Yaya first time kan tapi bila dah pandai wah syoknya 2-3 minit je dah siap pasang hihi. Lagi pula leher, kepala dan tulang baby macam Nuha masih lembut lagi so memang sesuai guna baby sling macam ni je. Nuha seriously tidur lena sangat dari kitorang sampai, pergi makan, shopping, jalan-jalan makan aiskrim dah tak larat jalan baru balik pun still tidur lagi. Dalam kereta baru dia bangun dan susukan hee (Tips bawa baby keluar : Susukan kenyang-kenyang sebelum sampai so dia akan tidur lena dalam carrier sepanjang kita jalan. Tips lain sila bawa baby kat tempat yang ada air cond supaya dia dan kita sama-sama lagi selesa hihi). 


Kenapa rasa macam first time letak gambar family dalam blog eh? Haha

Khas untuk pembaca blog Yaya :

🔥Guna code ✨MAMABLOG-YAYA✨untuk menikmati diskaun RM25 untuk pembelian lebih RM180 😘⁣


Contoh demo pemakaian Mamaway Baby Sling Koala Position untuk newborn


Yang ni pula contoh demo pemakaian Mamaway Baby Sling Koala Position untuk baby 3-6 bulan ke atas


So, Yaya memang sangat recommend untuk parents yang tengah cari baby sling yang sesuai, beli je Mamaway Baby Ring Sling ni okay! Ada banyak lagi corak dan design cantik untuk korang pilih. Boleh tengok di https://my.mamaway.com/ ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Mamaway Malaysia
Instagram : @mamawaymy


Terima kasih sudi baca

Sep 9, 2020

PG Mall 916 Gold Cultural Day | Hari Kebudayaan Emas Setiap 16hb September



Hai korang! Yaya percaya ramai dah pernah dengar mengenai platform PG Mall kan? Mana taknya, sekarang kan PG Mall atau www.pgmall.my dah menjadi platform E-commerce Nombor 1 di Malaysia. Bermula sejak 2017, PG Mall merupakan satu-satunya platfrom tempatan E-commerce  yang berada di Malaysia. Iprice insight sendiri telah menyenaraikan PG Mall sebagai Top 3 E-commerce site <LINK> . Wow kan? Lagi pula PG Mall menerima segala jenis pembayaran termasuk e-wallets ;)


Bermula dari 15hb sehingga 17hb September 2020 ini, Malaysia Gold Association (MGA) telah mengisytiharkan 9.16 atau tarikh 16hb September sebagai Gold Cultural Day atau Hari Kebudayaan Emas. 


Objektif 9.16 sebagai Gold Cultural Day ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang hiasan emas yang merupakan ikatan dalam budaya Malaysia, sebagai salah satu alternatif untuk merangsang ekonomi emas tempatan dan juga membantu perdagangan dua hala bagi Malaysia. Harga yang ditawarkan pula adalah dari serendah RM24x/g. Untuk mereka yang suka mengumpul emas sebagai koleksi peribadi mahupun sebagai aset jangka masa panjang, jangan lupa rebut peluang untuk menambah koleksi korang pada Gold Cultural Day nanti tau!;)


Banyak sangat pilihan barangan kemas di PG Mall tau rambang mata dibuatnya.

Hari istimewa untuk perhiasan emas 916 ini juga bakal menawarkan harga istimewa dengan harga kilang dan juga penghantaran percuma kepada para pelanggan PG Mall.


Yaya pun baru tahu yang mana angka "916" adalah angka yang bermakna bagi industri Emas, 916 mewakili 22 karat emas, yang merupakan sejarah yang paling popular digunakan untuk perhiasan emas di negara-negara seperti Malaysia dan Singapura. Padanlah trend emas ini telah bermula sejak dari dulu lagi. Ibu Yaya pun belikan emas untuk anak-anak bagi nampak manis apabila di pakai. Dalam masa yang sama, memang takkan rugi pun beli emas sebab ianya aset yang sangat berbaloi.


Bagi jualan emas sepanjang tempoh ini berlangsung, ianya turut dibuka untuk semua peruncit atau pemborong yang berminat menyertai kempen ini. Boleh terus layari  https://pgmall.my/Jewellery-1


Comelnya anting-anting emas ni kan? Harga pun berpatutan hee


Jangan lupa claim semua store coupons di PG Mall okay!




Wait! Ada lagi promosi di PG Mall tau!

Touch n Go 


Bermula 1hb-30hb September 2020, khas bagi pengguna E-wallet Touch n Go dan ekslusif bagi pelanggan baru di platform PG Mall, jangan lupa mendaftar bagi melayakkan korang untuk mendapat reward RM3 apabila berbelanja minimum RM15 menggunakan E-wallet Touch n Go korang tau! Klik -> https://pgmall.my/tngnewshopper


Boost


Dari 1hb September – 4hb Oktober 2020, terdapat promosi RM3 cashback untuk pengguna apabila berbelanja minimum RM15.


Health and Beauty Essential week 


• 15hb September - 30hb September 2020 

• Potongan RM30 apabila berbelanja minimum RM150 di PG Mall dan juga free shipping capped at RM4. Gunakan code : LOVEPGHB30 


• Potongan RM25 apabila berbelanja minimum RM100 di PG Mall dan juga free shipping capped at RM4. Gunakan code: LOVEPGHB25 



Berbaloi kan korang? Haa jom kita beli barangan keperluan di PG Mall! Senang sangat kita klik klik je dari atas katil katil dan tunggu item kita dihantar sehingga di depan rumah. Lagi best untuk mereka yang tak sabar nak tambah koleksi emas, jangan lupa rebut peluang membeli barangan emas dengan harga yang sangat berbaloi nanti okay? Jom kita survey dulu yang mana berkenan di hati di https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=545


Untuk Maklumat Lanjut : 

Website: www.pgmall.my
Facebook: PGMallOfficial
Instagram: @pgmall.my


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #Touchngo #boost #health&beautyessentialsweek #916sale #Goldculturalday #MGA #MalaysiaGoldAssociation

Terima kasih sudi baca

Sep 1, 2020

Serikan Rumah Idaman Dengan Sentuhan Dari Qube Malaysia


Hai semua! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-63! Sempena slogan Malaysia Prihatin pada tahun ini, semoga kita semua kekal bersemangat dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam pada masa yang sama, Yaya berharap kita semua sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan norma baharu secara selamat dan juga berlapang dada. 


Semasa tempoh PKP ni, Yaya percaya masih ramai yang mendapat kelonggaran untuk bekerja dari rumah dan tak kurang juga mengambil kesempatan untuk mengemas dan mencantikan rumah masing-masing betul tak? Tapi dalam masa yang sama kadang-kadang kita keliru konsep apa yang sesuai untuk rumah kita. Yelah, bila dah bercampur segala macam konsep, caca marba jadinya. Apa kata korang rilek je dan serahkan pada yang pakar ;)


Sempena sambutan kemerdekaan kali ini, Qube Malaysia mengadakan promosi istimewa kepada para pelanggan mereka yang sedang mencari pereka hiasan dalaman bagi memperindahkan kediaman mereka. Pernah dengar ungkapan "Rumahku Syurgaku"? Mesti seronok kan bila rumah kita nampak cantik, kemas dan teratur sentiasa. Dengan sentuhan pakar dari Qube Malaysia, impian mendapatan hiasan rumah idaman korang pasti tercapai.


Kalau sebelum ni harga permulaan bagi hiasan dalaman rumah bermula RM75,000, kali ini Qube Malaysia menawarkan pakej bebaloi serendah RM60,000 sahaja bagi 4 jenis hiasan yang merangkumi hiasan area ruang tamu (living room), ruang dapur (kitchen), bilik tidur (bedroom) dan juga almari pakaian (wardrobe).


Lebih menarik, para pelanggan boleh memilih sendiri jenis hiasan dalaman bagi setiap jenis ruang yang disenaraikan tadi seperti contoh yang disediakan :

Ruang Tamu



Ruang Dapur


Almari Pakaian


Bilik Tidur

Semua nampak cantik dan berbaloi kan? Yaya paling berkenan dengan jenis konsep Living Room Modern Contemporary B, Kitchen Type A, Wardrobe Type B dan Bedroom Type B. Kalau korang pulak macam mana? :)


Bayangkan dengan hanya bermodalkan RM60,000, korang dah boleh dapatkan konsep hiasan bagi rumah idaman korang tanpa pening kepala lagi. 


Lagi sekali Yaya ingatkan, harga yang sangat menarik dan berbaloi ini lengkap dengan hiasan bagi ruang seperti yang berikut:
✅ Ruang Tamu (sehingga * 130 kaki persegi)
✅ Dapur (sehingga * 120 kaki persegi)
✅ Bilik tidur (sehingga * 160 kaki persegi)
✅ Almari pakaian (sehingga * 100 kaki persegi)
✅ Pilihan dan gaya hiasan dalaman seperti yang ditunjukkan. Klik Sini untuk melihat video gambaran hiasan dari qtips

* Harga promosi yang tertera adalah berdasarkan built-up area seperti yang telah ditunjukkan.

Pakej bagi harga ini TERMASUK :
- Pemasangan dan kelengkapan
- Lampu
- Perabot dan juga aksesori.


So apa tunggu lagi? Dapatkan tempahan hiasan dalaman bagi rumah idaman korang dari pakar hiasan dari Qube Malaysia ^_^


Untuk Maklumat Lanjut :

Instagram : @qubemalaysia
📞  +603-6151 9973






Terima kasih sudi baca