Hai semua! Macam mana sambutan Ramadhan kali ni? Harap semuanya sentiasa dalam keadaan sihat dan terkawal okay! Pastikan kalau tiada benda yang penting, jangan keluar rumah please dikala Covid-19 masih berleluasa. Kita masih belum menang. Ingat, hanya yang tabah akan menang :')
Tersebak pula mukadimah Yaya kali ni ye huhu ampun. Yaya sendiri pun WFH(work from home) atau berkerja dari rumah sepanjang tempoh PKP ni. Makin double ya sebab buat kerja dari rumah, jaga anak dan uruskan rumahtangga juga fuhh memang salute kat mommies yang kental menjadi surirumah sepenuh masa.
Sekali-sekala surirumah pun nak berehat juga kan. Apa kata reward diri dengan tak payah masak untuk juadah berbuka nanti? Jom kita beli je juadah ready-to-eat BGR Speedmart dari BGR Meal-Pro atau nama umumnya Bangi Golf Resort. Excited Yaya bila dapat tahu BGR ada sediakan servis macam ni. Boleh buat persediaan juadah berbuka puasa kalau tak sempat masak nanti ;)
Korang cuma perlu tunggu sahaja di rumah dan mereka akan membuat penghantaran terus ke rumah korang yeay! Terdapat 4 set pilihan dan Yaya punya ni Set C.
Untuk pengetahuan korang, semua makanan di datangkan dalam bentuk pek vakum sejuk beku. Memang banyak dan berbaloi sangat! Sesuai untuk dimakan oleh 3-4 orang tapi sebenarnya 5 orang pun boleh tau. Kalau family tak ramai, boleh makan beberapa pek dahulu dan selebihnya boleh makan di kemudian hari. Haa best kan?
Cara penyediaan pun mudah sahaja. Cuma perlu rendam dalam air panas mendidih atau menggunakan microwave. Jangan risau kerana mereka menggunakan bungkusan yang menepati piawaian untuk food grade dan kualiti makanan tetap terbaik okay!
Sebagai panduan untuk memanaskan pek vakum, sila rujuk link yang berikut:
Set A: https://youtu.be/00cboFXTZpA
Set B: https://youtu.be/p1mimnd-FXE
Set C: https://youtu.be/J0IVOb29yNw
Set D: https://youtu.be/QmqUqnRx8EY
KuihMuih: https://youtu.be/EVAvjZX_Hcc
Jom kita tengok apa yang ada dalam Set C dan gambaran enak selepas di panaskan hihi ^_^
Spaghetti Chicken Bolognese
Kari Kambing
Sate Ayam dan Kuah Kacang
Spaghetti Carbonara
Tenggiri Masak Lemak Cili Api
Nasi Briyani Basmathi
Gulai Kawah
Rendang Ayam
Mocha 3 in 1
Talam Kacang Merah, Seri Muka Gula Merah dan Talam Caca
Agar-agar Koko
Kek cawan pandan gula melaka
Kenapa pilih BGR SPEEDMART?
• Makanan sedia makan dalam paket vakum ini disediakan oleh chef dan tukang masak bertauliah BGR yang mengutamakan bahan-bahan berkualiti untuk kepuasan pelanggan.
• BGR menggunakan teknologi canggih untuk memasak, penyejukan dan vakum pembungkusan makanan untuk memastikan keselamatan makanan dikekalkan sepanjang proses penyediaan makanan.
• Peralatan khas digunakan untuk mencapai tahap kualiti selamat dan stabil manakala terdapat pengekalan kualiti, kesegaran dan perisa makanan tanpa menggunakan bahan tambahan atau bahan pengawet.
• Plastik yang digunakan dalam pek vakum makanan diperakui selamat dan boleh digunakan untuk memanaskan semula makanan melalui penggunaan air mendidih.
• Produk BGR SPEEDMART lazat, selamat serta mendapat pengiktirafan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (Mesti) dan Sijil HALAL daripada Jabatan Kebajikan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Nyum nyum semuanya sedap sangat! Paling Yaya suka of course Sate dengan Kuah Kacang! Sedap betul! Kari Kambing pun omg sedap! Spaghetti pun sedap Dahlia makan licin hihi. Pilihan pencuci mulut yang rare pun tak kurang hebatnya semua sedap tau. So untuk semua, korang boleh terus order untuk persediaan berbuka puasa bila tak sempat masak nanti hihi thank you BGR kerana menyediakan servis yang sangat-sangat membantu kami untuk menyediakan juadah berbuka puasa yang enak dan mudah disediakan di kala Perintah Kawalan Pergerakan ini ^_^
Terima kasih sudi baca
BGR speedmart ready to eat..biasa tiap2 thn berbuka kt BGR tp thn ni tk dpt la kan..tp ada servis penghantaran camni bgs
ReplyDeletewah..makanan2 die pun nampak sedap dh. boleh la order kalau tak smpt nk memasak atau yg dok bujang. tgk packaging mcm ni mcm makanan tentera la plak.hehe
ReplyDeleteBagusnya set begini - lengkap dengan pencuci mulut sekali. Untuk orang bujang seperti Rawlins, ini memang sangat berbaloi kan.
ReplyDeleteSekali hantar haaaa ko sekotak. Mudah juga ek buat macamtu, nak makan baru panaskan...kek cawan tu lahaiii...tapi Sis suka gitu, sebab makan tak bazir, ni bekas besar-besar, makan tak habis, buang aje kannn..berbaloi lee order macam ni..
ReplyDeleteWow!!!!!! Sedap nyer nampak food Bangi Golf Resort. I think I saw this in your IG right. Thank you for sharing again.
ReplyDeletesedapnyaaa dah la menu banyak s8ap ada satay dan dessert. puas hati kalau beli camni
ReplyDeleteWow cantik dan kemasnya packaging dia. Sampai-sampai je terus unpack dalam pinggan dan boleh terus berbuka. Nampak sedap tu dah pasti semua menunya
ReplyDeleteTalam Kacang Merah, Seri Muka Gula Merah dan Talam Caca tu menarik lah walaupun frozen senang dan mudah nak sedia waktu berbuka nanti heheheeh kalau dapat tu mesti best...
ReplyDeleteWah menarik nya BGR Speedmart Ready-To-Eat ni. Mudah je panaskan. Banyak pulak menu menu dia.Kuih talam caca tu nampak menarik :)
ReplyDeletewah sedap2nya yang penting blh delivery tu. mudah sangat siap desert pun blh kan. best
ReplyDeletebagsu sebab ianya semua froze..jadi ada pilihan untuk kita samada nak makan berbuka mahupun sahur
ReplyDeleteMemang mudahkan sekarang ni nak beli makan dihujung jari je. Malah masa tempoh PKP ni bisnes makanan dalam talian memang dicari ramai.
ReplyDeleteBanyak juga menu yang bgr pos ye. Dessert pun ada. Kenyang macam ni berbuka puasa dengan bgr meal.
ReplyDeletepaling akak rindu BGR ni adalah kambing golek dia. durian buffet dia. udang dia. huwaaa sedapnyaaaaa. hahaha time puasa ni memacam muncul bila teringat kat BGR.
ReplyDeleteWaaahhh.. Mudahnya mcm tu. Tinggal panaskan balik je.
ReplyDeleteMenu pun nampak best best.
Sedapnya sate.best gak ni kalau dapat berbuka dengan sate.
hamboi. sampai ke dessert ada frozen ekk.
ReplyDeletemenarik! kalau dekat ni, confirm aida oder tau, yaya.
kesemuanya nampak sedap!!! and complete, semua ada, tu yg penting.
Bestnya ready made je semua kan.. Seronok dpt makan kuih melayu time puasa2 nih.. Selalu time ramadan la za suka cari kuih2
ReplyDeleteMeriah betul. dah kira stok berbuka puasa sebulan la ni ya. Alhamdulillah rezeki bulan puasa buat yaya sekeluarga.
ReplyDeleteSalam ramadhan...enak btul juadah yaya..cikguzim follow sini ya
ReplyDeleteOh yumsss semua sedap sedap belaka, cuma heat up and tadahhh dah boleh makan
ReplyDelete