May 19, 2020

Resepi Susu Pisang Kurma "Smoothie" Menggunakan Beko Vacuum Blender




Hai semua! Pejam celik sekejap je kita dah berada di minggu terakhir bulan Ramadan. Sayu juga hati ni bila tak dapat pulang beraya di kampung seperti tahun sebelumnya. InsyaAllah ada hikmah yang baik untuk semua. Yang penting, semua orang harus menjaga kesihatan diri dan oang tersayang dengan mengamalkan langkah-langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Biasakan diri dengan kehidupan norma baharu yang pastinya memberikan kesejahteraan untuk semua.


Bila dah "Work From Home" ni, terus mencurah macam-macam idea untuk mencuba pelbagai resepi kan? Lagi best bila resepi yang dicuba tu menjadi dan menepati selera dan citarasa keluarga. Yaya teruja nak buat susu pisang kurma smoothie hihi. Sesuai diminum semasa bersahur untuk mengekalkan tenaga sepanjang bulan puasa ni. Kali ni Yaya menggunakan Beko Vacuum Blender TBV8104BX.



Beko Vacuum Blender TBV8104BX.

Mengenai Beko
Beko adalah jenama perkakas domestik dan elektronik pengguna Arçelik A.Ş. dikendalikan oleh Koç Holding. Kalau nak tahu, jenama Beko ini merupakan jenama nombor 1 di Eropah dan merupakan jenama perkakas rumah kedua yang terbesar di Eropah (Disember 2017). Ia merupakan jenama perkakas utama yang berkembang paling pesat di pasaran Eropah secara keseluruhan sejak tahun 2000.


5 Sebab Harus Memiliki Beko Vacuum Blender TBV8104BX

1. Pengekalan Nutrien Secara Maksimum

Dengan menggunakan Beko Vacuum Blender, anda dapat menikmati manfaat kesihatan buah dan sayuran anda lebih lama kerana teknologi pencampuran vakum mengurangkan pengoksidaan untuk mengekalkan lebih 40% khasiat Vitamin C, sambil mengunci kandungan serat tambahan. Dengan ini, anda boleh menyediakan smoothie dan menyimpannya di dalam peti sejuk dengan bekas kedap udara. Dalam masa yang sama, anda boleh mendapatkan nutrien yang segar dan enak pada hari berikutnya.


2. Rasa dan Warna Yang Segar
Dengan menggunakan Beko Vacuum Blender, ia memberikan warna cerah dan rasa segar dari bahan anda dengan lebih lama. Dengan teknologi pengadunan vakum membantu anda menikmati smoothie dan jus yang kelihatan hebat. 


3. Enam Program
Dengan enam program yang mudah, anda hampir dapat melakukan semuanya dengan Beko Vacuum Blender yang hebat ini. Antara fungsinya ialah dapat melakukan penghancuran ais, membuat sos, mengadun smoothie dengan baik dan macam-macam lagi. Pengisar vakum ini dilengkapi dengan enam program yang sesuai dengan keperluan pengguna. Untuk setiap program, anda boleh memilih antara pencampuran vakum atau pencampuran biasa. Untuk lebih fleksibiliti, anda juga boleh memilih antara pilihan tetapan kelajuan. Yaya sendiri dah jatuh cinta dengan fingsi IceCrush yang mana ia membolehkan kita mendapatkan ais halus dan hancur dalam beberapa saat, semuanya hanya dengan menekan butang sahaja.


4. Bilah Tiga Bergerigi
Dengan bilah yang mantap, ia dapat menghancurkan dan mencampurkan apa sahaja dari ais, kacang dan biji hingga buah-buahan dan sayur-sayuran yang keras. Dengan enam bilah, anda kini dapat menghancurkan lebih cepat dan memastikan semuanya lancar dalam beberapa minit. Menggunakan motor 1000w, tetapan kelajuan boleh diubah mengikut citarasa. Yang pastinya bilah ini menggunakan keluli tahan karat.


5. Pembersihan Auto
Selaian Pegangan tegas & stabil serta lengkap dengan fungsi Anti-slip Feet, ianya juga berfungsi  untuk pembersihan automatik. Beko Vacuum Blender ini mempunyai fungsi Auto-clean yang mudah digunakan untuk membersihkan bahagian dalam pengisar. Kita cuma perlu menuangkan air kedalamnya dan pengisar akan beroperasi sendiri untuk membersihkan pengisar sehingga bersih.


Jom kita buat Susu Pisang Kurma Smoothie yang sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan :

5 biji Pisang Emas
3 biji Kurma yang telah dibuang biji
1 Cawan Susu Segar
1 Mangkuk Ais
Pelbagai Hiasan (optional)

5 biji Pisang Emas

3 biji Kurma yang telah dibuang biji

1 Cawan Susu Segar

1 Mangkuk Ais

Seterusnya, masukkan semua bahan kedalam Beko Vacuum Blender


Masukkan pisang


Masukkan kurma


Masukkan susu segar


Masukkan ais


Sedia untuk dikisar!


Buka bahagian atas untuk masukkan pengisar


Pastikan ditutup rapat sebelum proses mengisar dimulakan


Terdapat 6 pilihan butang yang berlainan fungsi



Kita pilih Smoothie!


Semasa proses Smoothie


Ini pula semasa proses Vacuum + Blend fuhh makin lembut halus la smoothie kita


Taddaa~! Dah siap. So yummy!


Yaya tambah Brownie Chocolate Chip sebagai topping hihi lagi sedap kunyah rasa krup krap bila minum



Mudah je kan nak buat Smoothie yang berkhasiat dan sedap? Proses penyediaan sangat mudah dan cepat dengan Beko Vacuum Blender ni. Kalau ada yang nak beli atau nak hadiahkan orang tersayang, boleh belikan Beko Vacuum Blender ni untuk mereka ;)


Untuk Maklumat Lanjut :

Facebook : Beko Malaysia
Instagram : @beko.my



Terima kasih sudi baca



May 18, 2020

SUBWAY® MALAYSIA Encourages Malaysians To “DISCOVER AND PAY FORWARD” This Ramadan




Subway® Malaysia is launching a community-giving campaign “Discover and Pay Forward” forthe month of Ramadan, pledging to donate 7,000 meals to frontliners, the homeless and the poor for every Subway sandwich purchased from the 11th of May until the 23rd of May 2020. Subway Malaysia Country Director Samad Shariff said the community-giving initiative, in partnership with Coca-Cola was the latest in a series of activities to support those most severely impacted by the Covid-19 crisis.

“At Subway we are committed to providing delicious, nutritious food choices for all Malaysians. In keeping with this promise, we will donate up to 7,000 Subway meals to those in our community who have been severely affected by the current Covid-19 outbreak and to the frontliners who are fighting the spread of the virus in Malaysia,” Mr Shariff said.

The campaign comes in conjunction with the launch of Subway Malaysia’s refreshed menu with 12 all-new ingredients and flavours that encourage every Malaysian to “rediscover what you love” at Subway but to also play a part in helping our frontliners and those in need.

“In the spirit of Ramadan, our new campaign invites guests to rediscover what they love about Subway while helping us give back to our community in need, during this time of giving. For every Subway sandwich purchased, we’ll provide a meal for those in need. Our aim is to donate thousands of meals in time to spread some festive cheer for Hari Raya,” Mr Shariff said.

Since the enforcement of the Movement Control Order (MCO) on the 18th of March, Subway Malaysia has provided more than one thousand Subway meals to frontliners at Sungai Buloh Hospital, the homeless, stranded students at Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) and underprivileged communities through thenot-for-profit organisation, Yellow House KL.


Subway Malaysia’s fresh menu creates a great balance between the classic favourites Subway is renowned for and new flavour combinations, such as Bulgogi Chicken with mozzarella cheese, Breaded Chicken Cutlet with Spicy Mayo sauce and Smoky Chicken with Hot Pepper sauce.


In addition, the new menu includes tasty cheeses such as sliced cheddar and mozzarella cheese, three new sauces – spicy mayo, hot pepper and cheese; mixed greens, chilli flakes and add-ons such as avocado and chopped mushrooms. A new side of macaroni & cheese is also available as the perfect accompaniment for those wanting something a bit more decadent to their meal.




To further curb the spread of Covid-19, Subway Malaysia ensures the health and safety of all its employees and guests with additional already stringent health, safety, and hygiene procedures.


Malaysians can participate in Subway Malaysia’s “Discover and Pay Forward” campaign from 11th of May until 23rd of May 2020 and experience the tantalising, fresh new menu via takeaway from all Subway restaurants or through delivery via Foodpanda and GrabFood. For further information, visit https://subwayisfresh.com.my/

May 13, 2020

Jom Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal dengan “Merchant Recruitment Incentive” di PG Mall



Hai korang! Yaya percaya ramai dah pernah dengar mengenai platform PG Mall kan? Kalau sebelum ni kita selalu gunakan platform PG Mall untuk membeli-belah dan membeli barangan keperluan harian, apa kata lepas ni kita ambil inisiatif untuk menjana pendapatan melalui PG Mall pula? Lagi best tanpa mengeluarkan sesen modal pun. Aik macam mana tu? Tapi dengar macam best kan? ;)


Untuk pengetahuan semua, PG Mall  adalah platform perdagangan (E-Commerce) No 1 Malaysia yang ditubuhkan sejak 2017 dan disokong oleh PG Group. PG Mall bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfoilio perniagaan mereka dari perspektif global. PG Mall adalah satu-satunya "e-commerce tempatan” di Malaysia PG Mall menggunakan konsep “ConsuMerchant” yang membuatkan ianya berbeza dari perniagaan online yang lain. Iaitu perniagaan yang berkongsi keuntungan yang memberi peluang kepada pengguna / pembeli untuk menjadi usahawan dan membina empayar perniagaan tetap dengan PG Mall. Wow kan korang? :D


Forever Cash Back up to 3.5%

Siapa kat sini suka cash back? Yaya suka gila okay! Mana taknya, lepas korang beli sesuatu servis atau barangan, korang boleh dapat semula duit korang tau. Lagi besar amaun yang korang beli, lebih banyak cash back yang bakal korang dapat. Well hello best gila tau! Kalau nak dapat lagi banyak cash back, jangan lupa untuk join program referral dari PG Mall ;)


PG Mall menawarkan ganjaran pengembalian wang berterusan kepada mereka sebagai ganti pembelian dan sokongan berterusan mereka, melalui program "Forever Cash Back" PG Mall sendiri, di mana mereka akan diberi penghargaan kerana merujuk pembeli baru untuk membeli-belah dengan PG Mall melalui program “referral” pertama ini di dunia.


Merchant Recruitment Incentive – Jana Pendapatan Tanpa Modal



Kalau nak tahu, kita semua mampu untuk menjana pendapatan tanpa modal dengan “Merchant Recruitment Incentive” di PG Mall ni.


Bagi korang yang mempunyai rakan di luar sana yang menjual produk yang berkualiti atau ada diantara pembaca Yaya yang juga berkawan dan kenal dengan pemilik jenama itu sendiri, sebagai kawan yang baik, jom galakkan mereka untuk menjual produk mereka di platform PG Mall! Kalau korang yang baca ni pun ada menjual produk yang best, tunggu apa lagi? Wajib join Merchant Recruitment Incentive ni okay :)


Apa itu Merchant Recruitment Incentive?

“Merchant Recruitment Incentive” ni ialah Insentif khas sebagai tanda usaha untuk anda yang berjaya memperkenalkan atau merekrut mereka ke PG Mall. Terdapat pelbagai insentif yang diberikan untuk pedagang yang berlainan yang membawa ke PGMall (Rujuk gambar “Merchant Recruitment Incentive” untuk keterangan lanjut).


Cara untuk merekrut atau memperkenalkan peniaga atau rakan anda ialah dengan mengisikan maklumat pedagang yang direkrut dalam borang dari pautan ini (https://bit.ly/RecruitMerchant). Dan ianya tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk pertanyaan atau info lanjut boleh la menghubungi Ketua E-Dagang PG Mall (Bok 011-5509 7916)


Iprice Insights 



Merujuk kepada “Mapping Malaysia Leading e-commerce Players - 2020 Quarter 1 Report” di Iprice Insights, PG Mall www.pgmall.my berada di tangga ke 3 platform e-dagang utama pilihan rakyat Malaysia. Manakala PG Mall adalah platform e-dagang No.1 keluaran Malaysia. Menarik bukan? Jadi PG Mall merupakan antara platform yang popular di kalangan pengguna dan juga pembeli online. So korang ni antara yang bertuah menjadi orang terawal untuk join program ni ;)



Iprice Insights menghuraikan pertumbuhan PG Mall dalam beberapa tahun ini. Layari https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ untuk info lanjut. Jadi sebagai perniaga, Yaya percaya pasti  ramai yang teruja untuk menyertai Insentif baharu dari PG Mall kan.


Banyak barangan keperluan harian yang boleh dibeli tau! Daripada skincare, make up, produk kesihatan, pakaian, barangan eletrik dan eletronik, perkasasan rumah, aksesori, barangan kecantikan dan macam-macam lagilah!


Kalau korang tengah free, jom tengok website www.pgmall.my sekarang. Mana tahu nak tambah shopping untuk persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang. Ada pelbagai tawaran dan promosi menarik sedang berlangsung ;)





Untuk Maklumat Lanjut : 

Website: www.pgmall.my
Facebook: PGMallOfficial
Instagram: @pgmall.my



#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Raya #RayaCampaign #PGMallSeller #PGMallMerchant #iPrice #2020Q1report



Terima kasih sudi baca

May 3, 2020

Sediakan Juadah Berbuka Puasa Dengan Mudah, Pantas dan Enak dengan BGR Speedmart Ready-To-Eat



Hai semua! Macam mana sambutan Ramadhan kali ni? Harap semuanya sentiasa dalam keadaan sihat dan terkawal okay! Pastikan kalau tiada benda yang penting, jangan keluar rumah please dikala Covid-19 masih berleluasa. Kita masih belum menang. Ingat, hanya yang tabah akan menang :') 


Tersebak pula mukadimah Yaya kali ni ye huhu ampun. Yaya sendiri pun WFH(work from home) atau berkerja dari rumah sepanjang tempoh PKP ni. Makin double ya sebab buat kerja dari rumah, jaga anak dan uruskan rumahtangga juga fuhh memang salute kat mommies yang kental menjadi surirumah sepenuh masa.


Sekali-sekala surirumah pun nak berehat juga kan. Apa kata reward diri dengan tak payah masak untuk juadah berbuka nanti? Jom kita beli je juadah ready-to-eat BGR Speedmart dari BGR Meal-Pro atau nama umumnya Bangi Golf Resort. Excited Yaya bila dapat tahu BGR ada sediakan servis macam ni. Boleh buat persediaan juadah berbuka puasa kalau tak sempat masak nanti ;)



Korang cuma perlu tunggu sahaja di rumah dan mereka akan membuat penghantaran terus ke rumah korang yeay! Terdapat 4 set pilihan dan Yaya punya ni Set C.


Untuk pengetahuan korang, semua makanan di datangkan dalam bentuk pek vakum sejuk beku. Memang banyak dan berbaloi sangat! Sesuai untuk dimakan oleh 3-4 orang tapi sebenarnya 5 orang pun boleh tau. Kalau family tak ramai, boleh makan beberapa pek dahulu dan selebihnya boleh makan di kemudian hari. Haa best kan?


Cara penyediaan pun mudah sahaja. Cuma perlu rendam dalam air panas mendidih atau menggunakan microwave. Jangan risau kerana mereka menggunakan bungkusan yang menepati piawaian untuk food grade dan kualiti makanan tetap terbaik okay!


Sebagai panduan untuk memanaskan pek vakum, sila rujuk link yang berikut:


Jom kita tengok apa yang ada dalam Set C dan gambaran enak selepas di panaskan hihi ^_^



Spaghetti Chicken Bolognese



Kari Kambing



Sate Ayam dan Kuah Kacang



Spaghetti Carbonara



Tenggiri Masak Lemak Cili Api



Nasi Briyani Basmathi



Gulai Kawah



Rendang Ayam



Mocha 3 in 1



Talam Kacang Merah, Seri Muka Gula Merah dan Talam Caca


Agar-agar Koko




Kek cawan pandan gula melaka


Kenapa pilih BGR SPEEDMART?

• Makanan sedia makan dalam paket vakum ini disediakan oleh chef dan tukang masak bertauliah BGR yang mengutamakan bahan-bahan berkualiti untuk kepuasan pelanggan.

• BGR menggunakan teknologi canggih untuk memasak, penyejukan dan vakum pembungkusan makanan untuk memastikan keselamatan makanan dikekalkan sepanjang proses penyediaan makanan. 

• Peralatan khas digunakan untuk mencapai tahap kualiti selamat dan stabil  manakala terdapat pengekalan kualiti, kesegaran dan perisa makanan tanpa menggunakan bahan tambahan atau bahan pengawet.

• Plastik yang digunakan dalam pek vakum makanan diperakui selamat dan boleh digunakan untuk memanaskan semula makanan melalui penggunaan air mendidih.

• Produk BGR SPEEDMART lazat, selamat serta mendapat pengiktirafan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (Mesti) dan Sijil HALAL daripada Jabatan Kebajikan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



Nyum nyum semuanya sedap sangat! Paling Yaya suka of course Sate dengan Kuah Kacang! Sedap betul! Kari Kambing pun omg sedap! Spaghetti pun sedap Dahlia makan licin hihi. Pilihan pencuci mulut yang rare pun tak kurang hebatnya semua sedap tau. So untuk semua, korang boleh terus order untuk persediaan berbuka puasa bila tak sempat masak nanti hihi thank you BGR kerana menyediakan servis yang sangat-sangat membantu kami untuk menyediakan juadah berbuka puasa yang enak dan mudah disediakan di kala Perintah Kawalan Pergerakan ini ^_^ 


Kalau berminat boleh terus order di Lazada & E-Kitchen Bandar Baru Bangi di link https://www.lazada.com.my/shop/bgr-foodservice/  atau hubungi 03-89299888 dan juga boleh email kepada mealpro@bgrrest.com



Terima kasih sudi baca