Feb 27, 2020

Ephyra Plus Kini Berwajah Baru Dengan Tambahan Manfaat L-Cystein




Hai korang! Korang tahu tak yang Ephyra dah berwajah baru? Ya sekarang ni dah makin comel dan menarik dengan inovasi tambahan dan manfaat L-Cystein yang berperanan sebagai agen anti-penuaan! Yaya memang excited la sebab dengan umur yang nak masuk 30 tahun ni kalau boleh memang nak nampak awet muda je biar orang teka umur kita 27 tahun je lagi best kalau teka baru lepas grad haha overrr (ampun) :p. Inovasi baharu yang diberi nama Ephyra Plus ini sememangnya menambah kegembiraan buat peminat dan pengamal Ephyra sendiri. Siapa je taknak manfaat ditambah dalam satu sachet yang penuh kebaikan kan?


Kalau tanya Yaya sejak bila Yaya amalkan Ephyra, Yaya dah minum Ephyra sejak dari Premium pack lagi yang mana waktu tu time belum kahwin lagi uols. Memang syok la bila terus-menerus dapat effect positif lepas minum Ephyra ni sampai sayang nak habiskan hahaha. Bila tahu Ephyra Plus dah dilahirkan, terus excited ya nak cuba! *mata love love*. Selain dari kaum wanita, kaum lelaki juga boleh minum Ephyra ni tau! Ibu mengandung, berpantang dan menyusu pun boleh minum. Lagi best khas untuk mereka yang ada masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan sebagainya memang sesuai sangat amalkan Ephyra ni.

Buat yang masih belum mengenali apa itu EPHYRA Plus? Jom Yaya share serba sedikit apa yang Yaya tahu..

EPHYRA PLUS atau dulu lebih dikenali sebagai EPHYRA PREMIUM, telah berada di pasaran sejak tahun 2012 tau. Dulunya kotak lebih besar dan mempunyai 30 sachet tapi sekarang ianya telah diberi nafas baru, di kecilkan supaya mudah di bawa kemana-mana (easy travel) dan satu kotak mempunyai 15 sachet. Jangan risau, even kotak dikecilkan tapi kandungan serbuk dalam sachet masih lagi sama iaitu 15g. Yaya suka rasa Ephyra Plus ni yang sangat sedap seakan sugus berperisa oren. Memang best! Untuk yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, parut jerawat dan jeragat memang digalakkan untuk try. Bonus point, badan pun akan rasa lebih bertenaga, pelawasan semakin lancar dan hormon semakin stabil dimana period pun akan lebih teratur. All in one tau!


Formulasi EPHYRA Plus
  • Mengandungi lebih dari 10 bahan terbaik dari sumber semulajadi yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral.
  • Di tambah dengan bahan baru iaitu L-Cystein – agen utama antioksida
  • Peranannya dalam proses detoksifikasi dan meningkatkan kadar glutathione dalam badan, iaitu penting dalam perlindungan tisu badan dan mencerahkan kulit secara semulajadi.
  • Ia juga sangat bagus untuk melawan radikal bebas yang dapat melambatkan proses penuaan sekaligus dapat memberi keanjalan pada kulit.
  • L-Cystein digabungkan dengan Vitamin C dalam EPHYRA menjadikan ia sangat bagus untuk mencerahkan kulit, merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona tak sekata, tingkatkan metabolism badan dan berikan tenaga yang berpanjangan.


9 Kandungan Utama + 1 Kandungan baru EPHYRA Plus (L-Cysteine):

Bahan-bahan yang terdapat dalam Ephyra Plus selain daripada L-Cysteine, ialah seperti Astaxantin, Gam Akasia, Salmon Ovari Peptide, Serbuk Tomato, Marigold Extract, Acerolla Cherry, Superberry ( Cranberry extract, Bilberry Extract ), Acai Berry dan, juga Kolagen Ikan Laut Dalam di mana ianya sangat bagus bagi membantu sistem badan menjadi lebih teratur, menstabilkan hormon dan meningkatkan tenaga agar tak mudah lesu dan penat untuk menguruskan hal-hal seharian. 


Cara Minum EPHYRA PLUS :

Cara nak bancuh Ephyra Plus ni sangat mudah tau. Tuang je 1 sachet Ephyra Plus ke dalam gelas atau shaker berisi air suam atau air sejuk dalam 180ml. Bagi Yaya mesti nak guna air sejuk hihi barulah rasa fresh lepas minum. Nak diingatkan, jangan guna air panas sebab ianya boleh mematikan nutrient yang ada didalam air tu. Lepas tu, kacau atau shake sampai larut dan biarkan dalam 1 sehingga 2 minit dan selepas itu boleh terus diminum.


Tips pengambilan Ephyra
  1. Amalkan minum EPHYRA Plus sama ada sebelah pagi (sebelum sarapan ketika perut sedang kosong) atau sebelah malam (sebelum tidur).
  2. Khasiat minum waktu pagi – Badan bergerak aktif dan dapat menyerap segala nutrisi, tenaga berpanjangan dan wajah berseri.
  3. Khasiat minum waktu malam – Badan menyerap segala nutrisi ketika tidur kerana badan sedang rehat, tidur lebih lena dan bangun pagi akan rasa segar, pelawasan makin lancar. *Rujuk gambar
  4. Kurangkan minum kafein, bagi mereka yang suka minum kopi boleh jarakkan masa pengambilan kopi – 1 jam selepas minum Ephyra
  5. Banyakkan minum air masak selepas minum Ephyra untuk hasil optimum

Siapakah yang sesuai amalkan EPHYRA PLUS?

Ada yang tanya Yaya, perempuan je ke boleh minum Ephyra Plus ni? Jawapannya, Ephyra Plus boleh diambil oleh kaum lelaki dan wanita yang berumur seawal 20an sehingga 50an. Amat sesuai bagi korang yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan mengalami keletihan yang berpanjangan. Juga boleh diambil untuk ibu yang sedang mengandung, berpantang dan menyusu untuk try minum Ephyra Plus ni. Untuk mereka yang menghadapi masalah kulit jerawat, jeragat, kulit kusam dan lain-lain pun sangat digalakkan untuk mengamalkan Ephyra Plus ini.



Antara yang menarik tentang Ephyra Plus ialah :
  • Membantu tubuh melawan radikal bebas, mencerahkan kulit, merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona tak sekata; meningkatkan metabolism badan dan memberikan tenaga yang konsisten.

  • Ephyra Plus merupakan nafas baru EPHYRA Premium Drink yang menjadi star product selama 8 tahun!

  • Dengan mengekalkan rasa lama yang sedap dan segar, EPHYRA Plus "ditambah" dengan manfaat L-Cystein yang merupakan antara agen anti-oksida & anti-penuaan terbaik di dunia!



Testimoni Yaya


Sebelum & Selepas

Korang boleh nampak keadaan muka Yaya yang penuh jerawat di dahi, hidung dan pipi tu? Tak tahulah salah makan apa atau salah guna produk apa tapi masa tu memang kalau boleh taknak keluar rumah dan nak bagi muka rehat je dari sebarang produk sebab takut bertambah teruk. Terus konsisten balik amalkan Ephyra dan tak sampai seminggu keadaan muka Yaya pun semakin pulih. Nak pergi event pun bertambah yakin lepas jerawat semakin kecut dan parut semakin pudar hihi. Kalau nak tahu, Yaya bermula minum Ephyra sebab terbaca yang ianya boleh membantu melegakan masalah eczema. Serius kata memang masalah eczema yang Yaya hadapi time tu agak teruk. Lepas minum Ephyra, masalah ezcema Yaya terus berkurang dan terus hilang! 


Yaya berharap eczema tu tak datang lagi sebab kita je tahu peritnya nak menahan gatal dan miang. Lagi sedih bila parut eczema tu lambat baik. Tapi lepas mengamalkan Ephyra, Yaya memang selalu yakin dengan produk ni kalau kawan-kawan ada masalah eczema ke apa, Yaya memang suggest produk ni kat diorang. 


Yaya ingat lagi 3 minggu sebelum majlis kahwin Yaya, Yaya memang konsisten mengamalkan Ephyra untuk pastikan kulit sentiasa dalam keadaan sihat dan terhindar dari penyakit macam demam bila penat sangat nak uruskan persiapan majlis. Yang lagi best, pagi-pagi nikah tu Yaya minum Ephyra je untuk persediaan majlis yang sangat sibuk satu hari tu. Mana taknya, pagi nikah, tengah hari bersanding dan petang pula terus outdoor photoshoot. Alhamdulillah tenaga Yaya masa tu sentiasa konsisten dan Yaya percaya itu juga berkat mengamalkan Ephyra. Fuhh harap korang baca pengakuan ikhlas ni. Sesungguhnya Ephyra memang sangat-sangat bagus. Siapa belum cuba, wajib cuba okay! ❤ 

Jom tengok testimoni yang lain pula ;)







Dari Ephyra packaging lama sehinggalah inovasi Ephyra Plus baharu, Yaya memang puas hati sangat dengan kebaikan yang Yaya dapat dari minuman berkhasiat ni. Paling suka sebab dia rasa oren sugus dan lagi best bila diminum sejuk dengan air Cuckoo! :p


Suka dengan tagline, "Shine & Bright with Ephyra" ❤ 


Ephyra juga telah mendapat kelulusan KKM dan diklasifikasikan sebagai makanan tambahan serta mempunyai Sijil HALAL dari JAKIM. Lagi kagum kerana produk ini pernah mendapat award bagi kategori Super Health Brand 2016-2018!

Harga :

- 1 kotak EPHYRA Plus (15 sachet) – RM 88
- 2 kotak EPHYRA Plus (30 sachet untuk penggunaan sebulan) – RM 176


Kaum wanita yang berkerjaya, surirumah mahupun mereka yang selalu sibuk dengan aktiviti harian, jangan lupa minum Ephyra Plus untuk mengekalkan kecergasan diri, kecerdasan minda dan juga tenaga sepanjang hari! Lagi pula sejak Yaya jadi mak-mak ni kan lagilah kena sentiasa jaga badan dengan menjaga kesihatan serta kecantikan diri luaran dan dalaman barulah suami sayang. Ehh :p 


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Ephyra Oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u

Oceanlife Marketing SDN BHD
10-3, 3rd Floor, Block B, Platinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur.



Terima kasih sudi baca

14 comments:

  1. beza sangat muka yaya lepas minum ephyra ni. Bagus untuk luar dan dalam lepas consume. No wonder la ramai yang jatuh cinta dengan ephyra ni

    ReplyDelete
  2. Cantik packaging baru ephyra ni.. dah lama dengar kebaikan ephyra ni.. tambah lagi dengan fomulasi yg baru ni mesti lagi hebat.. lagi bestnya sesuai untuk orang yg ada ezcema.. boleh perkenalkan kat kawan nanti.

    ReplyDelete
  3. wah seronoknya dpt review produk ni. menarik.
    aida pun pernah amalkan dulu. dah plus dah ekk?
    confirm lebih baik.
    aida dulu num dgn air sejuk. sedap!!! nyaman sgt.
    penting ni. utk dalaman. baru la luaran pun cantik menawan dan sihat.

    ReplyDelete
  4. Halal tu buat tertarik hati nak pergi cari juga produk ni. Lama betul Memey dengan produk ni ye?.

    ReplyDelete
  5. I think I saw your review about this product on your IG kan. This product looks good lol. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  6. You look so different! Maybe I should give this product a go. It's not that expensive, too. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  7. Beza sangat~sangat~sangat muka Yaya lepas consume Ephyra. Tapi untuk condition auni yang kidney failure ni, hanya mampu tengok je la. Tapi pernah guna Ephyra Bar, memang best. Dah lah bau marine, relief stress !

    ReplyDelete
  8. Ephyra memang sedap. Dulu memang amalkan Ephyra badan rasa segar dan kulit pun cantik. Nanti nak consume balik. Lama pulak stop

    ReplyDelete
  9. nampak packacging dia lebih wow n elegent gitu. dulu pernah jugak consume ephyra ni sekejap.

    ReplyDelete
  10. Owhh packaging baru dah ya..lama betul tak ambik. Sis ingat nak sambung balik amalkan produk ephyra ni

    ReplyDelete
  11. Produk Ephyra ini kita kenal dah lama hehehe memang dari dulu menggunakan Mimei sebagai duta sampai sekarang dengan kotak yang lebih nampak eligent dan juga lebih maju tahniah buat Ephyra moga terus maju jaya..

    ReplyDelete
  12. Now Rawlins dah tahu apa rahsia kejelitaan dan keremajaan Yaya. Nampak gaya Rawlins pun perlukan bantuan Ephyra nie - almaklum pertambahan usia kan hehe

    ReplyDelete
  13. Patutlah makin cantik and flawless, rupanya ini rahsia kecantikan Yaya

    ReplyDelete
  14. Sama macam kawan Sis, dia amalkan minum Ephyra ni haaa...memang halus mulus kulitnya..Sis je belum nak try hehehe

    ReplyDelete