Sep 23, 2019

RM1 Je Harga Promosi Bento dan Onigiri di MyNEWS.com



Seronoknya boleh beli sesuatu yang kita suka dengan harga promosi kan? Lagi-lagi boleh dapat set Bento dan Onigiri yang sedap dengan harga RM1 je??!! Omg boleh histeria hahaha. Percaya tak setiap hari Selasa dan Khamis myNEWS mengadakan promosi harga RM1 sahaja bagi set Bento dan Onigiri? :D


Jap I posing depan MyNEWS dulu :p


Untuk pengetahuan korang, pada bulan September ini myNEWS Malaysia sedang mengadakan promosi untuk Bento dan Onigiri hanya untuk RM1. Promosi Bento ini hanya berlangsung pada hari Selasa dan promosi Onigiri pula berlangsung pada hari Khamis sahaja untuk cawangan myNEWS terpilih. 








Antara pilihan Onigiri yang ada di myNEWS ialah :
  • Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese
  • Onigiri Garlic Teriyaki Chicken Mayo
  • Onigiri Teriyaki Salmon
  • Onigiri Tuna Mayo
  • Onigiri Tobiko Kani Mayo



Nak pilih yang mana ni semua nampak sedap


Ok dah pilih :p


Punyalah laku Onigiri dan Bento kat sini. Yaya sempat grab Onigiri sahaja huhuhu ok takpe kita akan teruskan pencarian Bento pulak lepas ni :p




Baru-baru ni Yaya pergi ke Sunway Velocity pastu tetiba nampak myNEWS ada disini. Terus Yaya masuk dan terus hati rasa berbunga sebab kat sini ada Bento! Yeayy!! Walaupun tinggal beberapa set je hihi memang laku area ni sebab kawasan tumpuan orang lalu lalang pergi dan balik kerja. Kebanyakan yang beli pun mereka yang berkerja di sekitar kawasan ni. So memang tak hairanlah Bento dan Onigiri laku keras!



Jumbo Chicken Cutlet


Spicy Belado Spaghetti


Sandwich dia pun nampak sedap!


Sebenarnya terdapat beberapa menu pilihan Bento yang dijual tapi time Yaya pergi ni dah hampir habis dapatlah merasa Jumbo Chicken Cutlet ni syukurlah dapat juga Bento harga RM1 haha. Antara menu Bento lain ialah :
  • MaPo Tauhu
  • Jumbo Chicken Cutlet
  • Salmon Salsa
  • Spaghetti Spicy Belado
  • Curry Laksa
  • Mee Goreng

Yaya memang suka dengan konsep Ready To Eat dari myNEWS Malaysia ni kerana ianya sangat memudahkan dan juga berkhasiat untuk di makan. Korang jangan risau tentang kualiti makanan di myNEWS kerana ianya fresh dan dimasak setiap hari untuk memastikan kualitinya ditahap yang optimun. Ianya juga kaya dengan nutrisi yang seimbang dalam diet pemakanan. myNEWS juga ada sediakan ketuhar pemanas untuk membolehkan pelanggan memanaskan makanan mereka. Rindu pulak time Yaya pergi Jepun dulu sebab konsep disana juga sama seperti yang diamalkan oleh myNEWS ^_^

Muat turun Aplikasi myNEWS untuk mendapatkan Bento dan Onigiri dengan harga promosi RM 1


Untuk korang yang masih belum memuat turun aplikasi myNEWS Malaysia, korang disarankan untuk memuat turun aplikasi ini sekarang di AppStore atau GooglePlay untuk mendapatkan Bento dan Onigiri dengan harga promosi RM 1 bagi bulan September ini sahaja di outlet terpilih. Dalam aplikasi ini ada fungsi e-wallet juga bagi memudahkan urusan secara cashless ;)


Selain Bento dan Onigiri, myNEWS juga menyediakan pelbagai pilihan roti dan pastri dari jenama Maru Bakes. Semuanya memang nampak sedap sangat! Ni antara pilihan yang ada :)





Apa yang menarik, korang boleh dapatkan diskaun RM 0.50 bagi setiap roti atau pastri yang dibeli apabila membuat pembelian melalui aplikasi myNEWS. Sentiasa lihat update dan promosi mereka di aplikasi myNEWS tau! Zaman sekarang ni ada banyak cara untuk berjimat dalam membeli barangan keperluan harian cuma kena rajin je hihi. So jangan lupa muat turun sekarang okay! ^_^

Untuk maklumat lanjut :
Facebook : myNEWSMalaysia
Instagram : @mynews_my




Terima kasih sudi baca

Sep 18, 2019

Bina Potensi Diri Dalam Program Nak Ubah Hidup 2019 Bersama Dr Azizan Osman




Hai korang! Pernah tak korang terfikir sejenak apa yang korang dah dapat capai sehingga harini? Kalau bukan untuk diri sendiri pun, apa yang korang dah dapat sumbang kepada orang tersayang, family dan orang sekeliling?


Bagi Yaya sendiri, Yaya memang selalu positif dan suka play safe je dalam hidup ni. Tak berani nak ambil peluang sebab perasaan takut yang menebal dalam diri. Takut apa? Takut tak jadi, takut tak sempat, takut takde masa, takut orang tak suka, takut orang tak support haih macam-macam jenis takut lah. Rupanya Yaya masih tak cukup positif dengan diri sendiri. Kadang-kadang kita rasa keyakinan diri kita dah tinggi rupanya tak cukup tinggi lagi sebab banyak sangat KALAU dalam kepala. Patutnya apa nak takut kan? Redah jela!


Terpanjang pula mukadimah ni :p Sebenarnya bukan apa, semangat dalam diri masih berkobar-kobar lepas hadiri Program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Selangor. Program 3 hari bermula 30 Ogos hingga 1 September 2019 ini telah dihadiri oleh seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. 


Program Nak Ubah Hidup 2019 Bersama Dr Azizan Osman

Objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup ini ialah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Sepanjang 11 tahun menganjurkan program dengan tujuan yang sama, apa yang kami lihat ialah semakin ramai orang faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan, malangnya ramai yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul. 


Akibatnya, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan yang tak berjalan lancar seperti yang diinginkan. 


Atas sebab itu, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu. Memandangkan Dr Azizan Osman sendiri pernah lalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan, dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta sering gagal dalam perniagaan beliau melihat ini sebagai peluang untuk beliau membantu lebih ramai orang lain. 


Apa yang menariknya, kegagalan beliau dalam bisnes sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang, dan pada saat itu beliau berjanji, bila beliau berjaya dalam bisnesnya nanti beliau akan membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara. 




Jika sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar di satu-satu program anjuran RichWorks hanya sekitar 10,000 orang kehadiran peserta, tapi kali ini jumlah kehadirannya mencecah lebih dari 12,000 peserta hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan 4 bulan yang lalu. Ini semua atas inisiatif Dr Azizan Osman yang nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.  


Kepercayaan yang tinggi yang diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya. Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada antaranya telah mampu membina jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok dan banyak lagi. 



Apa yang lebih menarik, program yang juga berlangsung pada tanggal 31 Ogos tarikh kemerdekaaan dan maal hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan. 


Program Nak Ubah Hidup ini juga dihadiri oleh selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Afiq Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. Dan pihak RichWorks juga telah menghantar jemputan khas kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Media sebagai salah satu cara untuk mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.


Masih terngiang-ngiang lagi gempita dewan di Setia City Convention Center yang Yaya hadiri tempoh hari. Memang meremang satu badan bila kita dalam kumpulan vibes yang sangat strong dan positif! 


Yaya memang dah lama nak join program Dr Azizan Osman ni tapi tak pernah berkesempatan lagi sehinggalah dijemput sebagai media. Memang sangat berbesar hati dan sanggup ambil cuti untuk luangkan masa seharian bagi menjana ilmu dan potensi diri. Rezeki Yaya juga Yaya duduk dalam barisan usahawan muda yang dah bergelar jutawan. Time ni Yaya duduk sebelah artis Noraniza Idris. Aura yang mereka bawa semua memang lain macam! Yaya sendiri pun ikut teruja dan sama-sama bergabung dalam vibes tu! Fuhh meleleh air mata kita wakk.. InsyaAllah ada rezeki nak sangat pergi lagi ^_^


Apakah Proses Pembaharuan Diri Dalam Nak Ubah Hidup & Berjaya?

Bagi Yaya sendiri, lepas Yaya menghadiri Program Nak Ubah Hidup tempoh hari, banyak perubahan positif yang dapat Yaya rasai. Kalau sebelum ni selalu rasa teragak-agak dan kurang keyakinan diri, Yaya jadi lebih bertenang dan mula yakin dengan kemampuan diri untuk lakukan yang tebaik dalam setiap keputusan yang Yaya ambil. Yaya ada masalah selalu rasa nervous untuk mulakan sesuatu.


Contohnya, Yaya dilantik untuk menjadi presentor aplikasi Kementerian di Kedah minggu lepas. Selalunya memang tiada masalah bagi Yaya tapi kalini tetamunya bukan calang-calang. Yaya kena present di hadapan Tuanku Sultan Kedah KBDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan YBM Saifuddin Nasution. Maunya Yaya tak cuak! Tapi aura Program NUH ni beri aura keyakinan yang lain kat Yaya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dapat pujian dari bos di HQ lagi hee malunya. Mungkin bagi korang alah biasa je tapi bagi Yaya benda ni besar tau untuk kehidupan Yaya sendiri :') 


Yaya harap dapat join lagi Program Nak Ubah Hidup ni akan datang. Mungkin next program nak bawa suami sekali hihi. Memang seronok dan confirm korang takkan menyesal! Tambah lagi untuk mereka yang sedang usahakan perniagaan. Korang lagilah wajib pergi! Balik tu korang akan bertukar menjadi orang lain yang lebih optimis, positif dan penuh keyakinan diri. *promise*


Terlepas program NUH 2019? Jangan risau dan cepat daftarkan diri untuk menjadi sebahagian dari peserta Program Nak Ubah Hidup 2020. Inilah masanya untuk korang keluarkan potensi diri! Sertai dengan mengklik pautan di bawah untuk menjadi yang terawal dalam NUH2020. Jom!




Terima kasih sudi baca