Dec 2, 2018

Jakel Menaja 200 Pemenang Cabutan Beli dan Menang Pakej Ekslusif Umrah



"Ingat Kain, Ingat Jakel". Terngiang-ngiang mantra Jakel ni dalam kepala Yaya lepas balik dari Majlis Penyampaian Hadiah untuk 200 Pemenang Cabutan Bertuah Beli & Menang Pakej Ekslusif Umrah pada 29hb November 2018 lepas yang berlangsung di Jakel Mall, KL. 


Bila cakap pasal Jakel ni, Yaya dari kecil mesti pergi ke outlet mereka yang berada di Jalan TAR untuk membeli kain pasang bersama ibu. Jakel memang pilihan utama kami untuk membuat baju raya. Masa tu outlet Jakel tidaklah segah sekarang. Seiring dengan kemajuan ekonomi dan permintaan yang banyak, Jakel kini telah mempunyai bangunan bertingkat sendiri di tengah bandar dan juga perkerja yang tidak terbilang banyaknya. Memang seronok masuk Jakel Mall fuhh Yaya paling suka layanan dari customer service mereka. Layanan kelas pertama tau!


Yaya sendiri berasa teruja untuk hadir ke majlis penyampaian hadiah ini kerana sama-sama dapat meraikan para pemenang yang hadir pada hari itu. Semuanya wajah berseri-seri dari sebelum majlis bermula lagi dan masing-masing mula berkenalan di antara satu sama lain manalah tahu mereka dalam kelompok jemaah yang sama nanti kan.


Untuk pengetahuan korang, semua pemenang dipilih melalui Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia.


Menurut Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel, penganjuran peraduan Beli & Menang ini adalah sebagai salah satu alternatif bagi pihak Jakel dalam menghargai para pelanggan setia mereka yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel sejak perniagaan ini bertapak di Malaysia. Jakel yang menjalankan perniagaan berlandaskan syariah ini juga ingin berkongsi rezeki bersama para pelanggan kesayangan mereka. Bagi Jakel, kejayaan Jakel pada hari ini adalah daripada pelanggan sendiri. Oleh kerana itu, Jakel ingin sentiasa memberikan yang terbaik buat pelanggan mereka dari semasa ke semasa dengan projek CSR yang dijalankan.


Majlis penyampaian hadiah dan taklimat yang telah diadakan di Jakel Mall in juga sebagai tanda penghargaan kepada 200 bakal jemaah umrah yang telah dipilih melalui cabutan yang dijalankan. Selain itu, pemberian mock-up cek berjumlah RM1.3 juta turut diserahkan kepada pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd. Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd ini merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk membawa 200 orang pemenang ke Tanah Suci Mekah dan para pemenang akan pergi menunaikan ibadah umrah secara berperingkat mulai Januari 2019 nanti.


Penyerahan Mock-up cek kepada Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd


Wajah pemenang yang merupakan bakal jemaah lelaki yang akan menunaikan ibadah umrah bersama Jakel.


Wajah pemenang yang merupakan bakal jemaah perempuan yang akan menunaikan ibadah umrah bersama Jakel.


Betullah orang kata, "Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu". Terpancar sinaran wajah yang bercahaya seakan tidak percaya yang mereka merupakan insan bertuah yang akan pergi menunaikan ibadah umrah secara percuma di bawah tajaan pihak Jakel. Paling istimewa, mereka cuma perlu menyediakan kelengkapan diri, passport dan duit poket sahaja dan selebihnya seperti tiket kapal terbang, makanan sepanjang disana dan penginapan yang cuma sejauh 50 meter sahaja ke Masjidilharam semuanya ditanggung oleh pihak Jakel. Siapa tahu dengan berbelanja RM1000 dalam satu resit di Jakel, mereka memenangi Pakej Ekslusif Umrah dari pihak Jakel? ^_^


Ketika majlis sidang media bersama Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel


 Jualan Akhir Tahun 2018

Bersempena Jualan Akhir Tahun 2018 Jakel yang telah berlangsung sekarang mulai 23 November 2018 sehingga 6 Januari 2019, inilah masanya untuk korang semua membuat persiapan awal dan membeli kelengkapan diri seperti baju raya, baju pengantin, kain langsir, cadar dan lain-lain lagi dengan potongan harga yang istimewa di Jakel. Pelbagai koleksi kain terbaharu dengan corak yang fresh dan trendy untuk semua golongan wanita termasuk koleksi terkini Hanis Zalikha sempena Ramadhan 2019 nanti.


Koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019 di Jakel


Jualan Akhir Tahun 2018 di Jakel. "Beli Awal Tempah Awal" ;)


Inilah masanya untuk kita pula mencuba nasib dengan membeli-belah di Jakel. Mana tahu tahun hadapan kita pula termasuk dalam kelompok 200 bakal pemenang dan jemaah umrah untuk pencarian yang seterusnya? Good luck untuk semua! :)



Untuk maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

Instagram :






Terima kasih sudi baca

2 comments:

  1. menarik tahniah untuk semua yang bertuah

    ReplyDelete
  2. Asalam alangkah bertuahnya..syukur ..

    ReplyDelete