Dec 24, 2017

Tangani Masalah Kulit Kering dan Berjerawat dengan Magic Jelly Lovera




Hai korang! Yaya tak taulah eh lepas bersalin ni jerawat Yaya naik, pastu selalu rasa kulit miang-miang je haha sebab bukan setakat kulit muka je kering, kulit badan pun rasa kering jugak padahal dah pakai losyen apak banyak pastu minum air pun rasanya dah bergelen. Hmm. Kulit muka Yaya kering sebab terpaksa tidur dalam air cond hari-hari (walhal Yaya tak tahan sejuk) tapi sebab baby Dahlia ada eczema dan takleh berpeluh nanti eczema dia trigger makanya kami laki bini yang tak tahan sejuk ni berselubung la demi kesejahteraan anak huhu.


Dalam pada kulit muka Yaya memang agak ketara keringnya sebab bila pakai makeup memang boleh nampak jelas muka kita jadi cakey :( Sebenarnya kulit muka Yaya ni jenis combination tau. Bahagian T wajah tu berminyak dan selain dari tu kulit muka Yaya memang kering ja. Jenuh kita ni sebelum make up tepuk toner, pakai moisturizer, sapu primer baru buh foundation apa semua tu but still nampak cakey macam kulit mengelupas gitu sobs.


Oleh kerana Yaya memang mempunyai masalah kulit kering, Yaya sendiri sebenarnya dah pernah beli dan guna sendiri Magic Jelly Lovera ni dulu. Yaya pakai share dengan adik Yaya sebab time tu kami tengah ada masalah jerawat. Jerawat Yaya tak teruk sangat tapi jerawat adik Yaya masyaAllah teruk sangat lepas dia salah guna produk sebelum ni. So sekarang baru sempat nak review hihihi. Jom korang baca khasiat Magic Jelly Lovera ni untuk kegunaan kita tak kira lelaki atau perempuan pun boleh guna tau!

KHASIAT MAGIC JELLY LOVERA UNTUK KULIT

1. Merawat jerawat di muka dan juga badan 
2. Membantu menyerikan wajah yang kusam
3. Memudarkan parut 
4. Menghilangkan bintik gelap
5. Memulihkan Ekzema
6. Menghidratkan kulit kering
7. Merawat dari selaran matahari
8. Mengecilkan liang pori
9. Membantu meringankan ruam, kulit alergi dan sensitif
10. Mengurangkan selulit
11. Anti penuaan


Tekstur Magic Jelly Lovera ni memang best sebab ianya bersifat sejuk, tidak berminyak, mudah meresap ke dalam kulit dan paling penting tidak melekit! Memang mudah di apply dan sangat mesra dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ianya juga mesra solat tau korang :)


MAGIC JELLY LOVERA sebagai Perapi Rambut Semulajadi

Pernah tak korang guna perapi rambut atau conditioner yang kita pakai lepas syampu tu tapi tak tahan lama so rambut nampak kering, tak bermaya dan mengerbang?

Jangan risau sebab Magic Jelly ini juga boleh digunakan di rambut! Yasss! Picit sedikit dan ratakan di bahagian rambut. Korang pun tahu kan khasiat aloevera yang boleh membantu menyihatkan rambut disamping melebatkan lagi rambut kita hihi

KHASIAT MAGIC JELLY LOVERA UNTUK RAMBUT

1. Membantu mengurangkan kelemumur
2. Melicinkan rambut yang tidak teratur
3. Boleh digunakan sebagai serum rambut
4. Menggalakkan pertumbuhan rambut


MAGIC JELLY LOVERA JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI :

1. Pelembap kulit
2. Base Make up
3. Serum muka
4. Serum rambut
5. Serum bulu mata (panjang dan menggalakkan pertumbuhan)
6. Pelembap bibir
7. Pelembap muka siang / malam
8. Membantu merawat luka-luka kecil seperti kesan melecur.
9. Merawat bibir mengelupas & kering
10.Kegunaan luaran


Jom tengok testimoni dari pengguna MAGIC JELLY LOVERA ^_^







Banyak lagi testimoni power power dari Magic Jelly Lovera kalau korang nak tengok boleh lawat laman Facebook dan juga Instagram Magic Jelly Lovera okay!


Harga Sebotol : RM70.00 (60ml) 


Review dari Yaya : Sejujurnya memang Yaya sangat berpuas hati selepas seminggu penggunaan MAGIC JELLY LOVERA ni. Weh korang serius dalam masa sehari je kulit kering kat bahagian muka Yaya dah jadi lembut dan tak kasar mengelupas tu  terutama kat sekitar bibir. Yaya memang sejenis minum air banyak gila tau (sebab nak produce susu untuk baby) tapi still kulit Yaya memang jenis kering dan sensitif kan nak buat acane huhu. So MAGIC JELLY LOVERA memang sangat membantu Yaya mengembalikan balik kelembutan kulit wajah cewahh haha serius best oo sekarang ni Yaya memang buh ja MAGIC JELLY LOVERA dalam beg senang sikit bila rasa kulit muka rasa kering dan ketat, Yaya sapu je MAGIC JELLY LOVERA dan pastikan sebelum pakai make up kita apply dulu MAGIC JELLY LOVERA. Jerawat seketul kat dahi Yaya pun cepat je kecut lepas sapu dan segan-segan je dia nak keluar haha! So korang apa lagi benda ni memang wajib untuk semua perempuan terutama yang ada masalah kulit kering dan berjerawat. Kenalah beli satu kan? ;) 


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Lovera Malaysia
Instagram : @loveramalaysia





Terima kasih sudi baca



21 comments:

  1. Menarik untuk dicuba...

    ReplyDelete
  2. wah... samalah kita pon tgh try magic jelly ni.. bgus

    ReplyDelete
  3. Kita boleh cuba tak sis? kulit kita pon kering hm

    ReplyDelete
  4. Ana dah beli LOVERA ni. Memang best kan. Kulit rasa moist bila pakai. Takde dah isu kulit kering. Yg best lovera ni serbaguna. Boleh jd kan krim rambut, based make up, serum muka dll. Best lah senang ckp.

    ReplyDelete
  5. Saya pun pakai ni yaya. Tapi mostly untuk tumit kaki merekah and kalau aneeq kene gigit dek nyamuk. Best pakai ni

    ReplyDelete
  6. wah bagusnya produk yang mesra muslim macam ni! bahan-bahan yang digunakan pun organik. :D

    ReplyDelete
  7. Ramai pos pasal jelly ni, tak melekit kan ? rasa macam nak cuba sapu dekat parut parut muka hahaa

    ReplyDelete
  8. sy suka produk mesra wuduk. sebab senang nak solat nanti n lagi best produk ni ada aloe vera

    ReplyDelete
  9. Eh bestnya produk ni. Bahan semulajadi plak tu aloevera & banyak khasiat untuk kulit. Teringin nak cuba.

    ReplyDelete
  10. Tiada bukti saintifik. Tapi saya sendiri pernah mengalaminya. Kalau tumbuh jerawat, banyakkan minum air. Terus gunakan skin regime yang dah ada. Tapi terus minum air dengan kerap. Abaikan jerawat di muka. Jangan tgk cermin. Tgk cermin bila nak cuci muka dan pakai krim/moisturizer sahaja. Lama-kelamaan jerawat akan pulih. Cuma jangan risau sangat kawah di muka itu. Kalau risau, itu yang membuatkan ia terus membiak.

    ReplyDelete
  11. Wow.. 3 hari je dah boleh nampak perubahan? Boleh tahu all the ingredient? Menarik ni..

    ReplyDelete
  12. Yang paling best tu mesra solat.. haa. dah tak perlu risau part yang tu kan.. nak cari satu lah nanti

    ReplyDelete
  13. Berkenan lama dah aloe vera ni...boleh jadi 1st aid kit kat rumah

    ReplyDelete
  14. Banyak juga kegunaan Lovera Jelly ni. Memang suka jika produknya cepat meresap dan tidak melekit. Tambahan Aloe Vera memang bagus untuk penjagaan kesihatan.

    ReplyDelete
  15. Akak memang guna product aloe vera..MJL ni pun akak gunakan sebagai based makeup..dah nak habis dh..so far sangat bagus sebab ianya melembap..

    ReplyDelete
  16. Magic Jelly Lovera ni memang berkesan. K.Sal suka pakai kat muka sebab nak bg muka lembap ckit..sambil tu dapat pudarkan parut jerawat .. best!!

    ReplyDelete
  17. Suka produk aleovera ni sebab ianya dari bahan organik best!

    ReplyDelete
  18. Nampak mcm menarik..aloe vera kan memamng bagus utk penjagaan kulit

    ReplyDelete
  19. bagusnya Magic Jelly Lovera. bolehlah nanti cuba, nak apply kat kulit muka sebab kadang-kadang suka mengelupas

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  20. Saya juga ada masalah yang sama selepas bersalinkan Fateh. Kulit kerang di sekitar mulut. Amat malu sekiranya kulit menjadi putih, nampak macam air liur kering haha. This product might help!

    ReplyDelete
  21. Nice product, i have dry skin too should try.

    ReplyDelete