Hai korang! Yaya excited nak share dengan korang tentang Jamu Tun Teja yang tengah trend sekarang ni. Apa yang bestnya, jamu moden ni telah merangkumi semua khasiat yang diperlukan untuk kecantikan dalaman wanita. Kiranya All in One gitu. Hihi
Yaya nak cakap sorry dengan diri sendiri pun ye gak sebab masa berpantang Yaya langsung tak ambil apa-apa jamu tau. Masa tu Dahlia jaundice lama jugak so Yaya takut nak ambil jamu takut kuning dia tak turun atau berulang. Maklumlah orang baru pertama kali bersalin masih zero >.<
Mak mertua Yaya pun tegur tak makan jamu ke Yaya diam je huhuhu. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu senang nak cari jamu tu semua lepas tu masak dalam periuk lagi huhuhu (ala Yaya cakap jelah malas ^^'). Finally jumpa juga jamu moden untuk orang malas macam Yaya ni kekeke. Jamu bukan sebarang jamu okay! Jamu yang hanya menggunakan bahan dan resepi yang premium untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan dan juga kecantikan dalaman. Thank you Fairuz Najwa yang suggest kat kita untuk cuba Jamu Tun Teja sebab katanya jamu ni mesra dengan baby dan juga akan memperbanyakkan lagi susu ibu wow! :O
Bila sampai je Jamu Tun Teja ni kat rumah, Yaya terus terpukau dengan packaging dia yang unik, menarik dan kreatif! Lawa sangat okay corak songket tu. Ekslusif sangat. Tambah pula dengan trademark "Khazanah Istana" tu. Terus jatuh hati untuk first impression. Hee
MANFAAT DAN KEBAIKAN JAMU TUN TEJA
- Mengetatkan kembali otot-otot rahim yang longgar.
- Mencantikkan kulit.
- Mengecutkan peranakan wanita.
- Kitaran haid menjadi lebih teratur dan mengecutkan cyst.
- Menyuburkan rahim.
- Memberikan tenaga
- Menguatkan sistem peranakan.
- Menganjalkan payudara dan punggung yang jatuh.
- Mengempiskan perut sekaligus mengurangkan berat badan.
- Milkbooster bagi ibu yang sedang menyusukan bayi.
Bahan premium yang digunakan dalam Jamu Tun Teja :
Halia Bara
Melancarkan sistem peredaran darah, melegakan sakit otot dan sendi terutamanya belakang badan, pinggang, lesu badan, saluran pernafasan, tambahkan susu ibu, melegakan batuk dan selesema, melegakan gatal pada kulit, mengeluarkan angin dalam badan, melancarkan sistem penghadaman, terbaik untuk rawatan selepas bersalin dan meningkatkan kualiti hubungan suami isteri.
Manjakani
Menguatkan otot vagina, kurangkan masalah keputihan, menghilangkan bau badan, menegangkan kulit serta mengandungi ejen anti-penuaan.
Akar Serapat
Mengetatkan faraj dan organ peranakan, mengatasi kelesuan ketika datang haid, memberikan tenaga dan membuang toksin dalam badan.
Kulit Kayu Manis
Merawat jeragat, membantu mengurangkan kolestrol, meningkatkan kesuburan dan menghilangkan parut pada kulit.
Acai Berry
Membakar lemak berlebihan, membuang toksin dalam badan, mengurangkan iritasi kulit, melambatkan proses penuaan dan sangat baik untuk kesihatan jantung.
Madu Asli
Menambahkan susu badan, memberikan tenaga, meningkatkan imunisasi badan, mencantikkan kulit serta mengurangkan batuk dan asma.
Lada Hitam
Membakar lemak berlebihan, membantu sistem penghadaman, memanaskan badan, membuangkan angin berlebihan serta melegakan ketegangan otot dan juga rasa lesu.
Purasweet
Mengurangkan kandungan gula dalam badan dan merawat tisu rosak.
Collagen, Vitamin C dan Hyaluronic Acid
Menganjalkan kulit, memutihkan kulit, merawat masalah jerawat dan jeragat, mengurangkan kedutan kulit, menurunkan berat badan dan mencegah penyakit berkaitan mata.
Selain pek 15 sachet yang berharga RM88 , Jamu Tun Teja juga terdapat dalam pek travel yang mempunyai 5 sachet yang berharga RM38. Berbaloi beli dengan pek 15 sachet yang boleh bertahan lebih 2 minggu ;)
Siapa yang digalakkan untuk mengambil Jamu Tun Teja?
- Remaja
- Wanita yang sudah berkahwin
- Ibu berpantang
- Perempuan yang berkerjaya
- Surirumah
- Pelajar
- Ibu yang sedang menyusukan bayi
- Wanita yang aktif bersukan
Cara penggunaan : Amalkan 1 sachet samada sebelum sarapan atau sebelum tidur. Untuk kesan yang optimum, boleh amalkan 2 sachet sehari iatu sebelum sarapan dan juga sebelum tidur. Jangan lupa minum banyak air untuk penyerapan khasiat Jamu Tun Teja dengan lebih berkesan.
Rasa pedas-pedas halia bara dan kandungan jamu yang disatukan ni memang pure dan kaw. Fuhh sedap betul badan lepas amalkan Jamu Tun Teja ni ;)
Jom lihat testimoni dari pengguna Jamu Tun Teja
Review dari Yaya : Yaya memang sangat berpuas hati dengan keberkesanan Jamu Tun Teja ni. Bagi Yaya yang memang tak mengambil jamu langsung sebelum ni, memang rasa lesu sikit huhu tapi sekarang Alhamdulillah lebih bertenaga. Paling best dia membersihkan dalaman Yaya juga. Segala kotoran dan keputihan mula keluar secara teratur dan sekarang beransur hilang. Badan pun rasa sedap je dan sememangnya Jamu Tun Teja ni mesra dengan perut Dahlia sebab Yaya menyusukan Dahlia sepenuhnya. Susu Yaya pun konsisten setakat ini walaupun Dahlia nak masuk 6 bulan dah. Hihi Alhamdulillah :)
Untuk maklumat lanjut dan konsultasi, korang boleh berhubung dengan pengedar sah Jamu Tun Teja Fairuz Najwa di talian 012-3478836
Instagram : @jamutunteja_pantaitimur
Terima kasih sudi baca